Itijima PAS Sarawak dan Mengapa Sarawak Mundur Dalam Malaysia

Kehadiran peserta seramai 120 orang ke Itijima PAS Sarawak baru-baru ini di Bintulu mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Kehadiran perserta dari Miri, Bintulu, Petrajaya, Kota Samarahan, Saratok dan Tanjung Manis telah menunjukkan suatu perkembangan yang cukup baik untuk PAS Sarawak mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk negeri Sarawak.  Antara agenda Itijima PAS Sarawak adalah untuk menawan sekurang-kurang dua DUN dalam PRN ke11 yang akan datang.

Pembentang kertas kerja disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Ustaz Anuar Ali Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, YB Alan Ling, ADUN Piasau, YB Dr Hatta Ramli, ahli parlimen Kuala Krai merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Al-Hiss,Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan YB Ir Khalid Samad,Ahli Parlimen Shah Alam/AJK PAS Pusat. Kertas kerja yang dibentangkan semasa itijima PAS Sarawak lebih fokus pada post mortem PRU ke13 yang lalu.

Selain daripada itu kita juga ingin mengulas tentang kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang memberi jaminan pembangunan sama rata untuk semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak semasa sambutan Hari Malaysia baru-baru ini di Sarawak menegaskan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya tidak akan meminggirkan Sabah dan Sarawak, malah sentiasa berusaha memastikan pembangunan sama rata untuk semua negeri di Malaysia. Perdana Menteri berkata, satu kompromi sudah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Katanya, hak autonomi dan kedudukan kedua-dua negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.

Masalah pembangunan yang tidak sama rata antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia memang sangat ketara sejak dari dulu lagi. Kita ambil contoh Sarawak yang kaya dengan sumber asli dan bahan galian tapi rakyatnya masih ramai yang hidup dalam kemiskinan terutama yang hidup di luar bandar dan pedalaman.

Antara beberapa faktor yang menyebabkan Sarawak mundur adalah seperti berikut:-

-          Jalan perhubungan yang tidak elok dan sukar untuk menembusi kawasan pedalaman - Struktur geografi Sarawak yang berbukit cerun dipenuhi dengan rangkaian sungai-sungai yang berliku-liku antara faktor utama mengapa pengangkutan yang paling utama di negeri ini adalah melalui sungai dan udara. Tambahan pula Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Adakah sebab ini Sarawak tidak dapat dibangunkan? Mengapa Semenanjung Malaysia boleh dibina semua jaringan jalanraya yang baik walaupun keadaannya hampir serupa dengan Sarawak, sedangkan Sarawak masih ketinggalan jauh berbanding Semenanjung Malaysia. Kemana perginya peruntukan berbilion ringgit yang disalurkan oleh kerajaan pusat selama ini untuk pembinaan jalanraya dan infrastruktur di Sarawak? Adakah berlaku ketirisan dan penyalahgunaan dana dalam hal pengurusan peruntukan tersebut?
-          Kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam terutama dalam kawasan luar bandar dan pedalaman
-          Kekurangan perumahan kos murah dan mampu milik menyebabkan ramai penduduk luar bandar yang berhijrah ke bandar tinggal di kawasan setinggan
-     Kekurangan sistem pusat Pendidikan awam seperti pusat pengajian tinggi untuk
      menampung pelajar yang kurang berkemampuan untuk belajar ke luar negara.
-    Kekurangan sistem pusat Kesihatan awam termasuklah hospital-hospital awam di luar
      bandar
-     Peruntukan berbilion-bilion ringgit tidak sampai ke golongan sasaran terutama untuk
      pembangunan di luar bandar dan pedalaman.
-     Projek untuk rakyat kurang diberi perhatian dan  kebanyakkan projek-projek Mega hanya
      dikuasai oleh kroni-kroni yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa
-     Tiada perancangan khas yang sistematik untuk menaiktaraf dan meningkatkan ekonomi
      kehidupan penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman

Itulah antara beberapa faktor yang boleh kita senaraikan dan kemukakan, sebenarnya masih banyak lagi yang tidak dalam senarai tersebut. Sekarang persoalannya mengapakah selama 50 tahun Sarawak dalam Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan?

Adakah penduduk Sarawak boleh diberi jaminan yang pembangunan di Sarawak sama rata macam di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh PM?
Sebagai sebuah negara penyumbang terbesar sumber galian seperti petrol dan balak sepatutnya  masalah infrastruktur dan  kemudahan jalan penghubungan tidak berlaku di Sarawak kalau peruntukan tersebut diguna sepenuhnya. Adakah mungkin disebabkan ada ketirisan serta penyalahgunaan peruntukan  dan  kuasa  menjadi punca  negara Sarawak mundur?

Antara beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan Pusat dan kerajaan Sarawak lakukan untuk memajukan Sarawak adalah seperti berikut:-

-           Jalan Perhubungan ke seluruh pelusuk Sarawak perlu diperbaiki sepenuhnya dengan
            adanya kemudahan pengangkutan yang membolehkan penduduk di kawasan luar bandar
            dan pedalaman dapat menjual produk dan  hasil petanian mereka  ke bandar dengan kos
            yang berpatutan
-          Memberi lot-lot tapak perumahan kepada penduduk yang tidak memiliki rumah sendiri
            termasuk membina lebih banyak lagi rumah kos rendah dan mampu milik
-          Membina infrastruktur dan kemudahan awam di semua tempat yang stratigik agar semua
            penduduk yang memerlukan dapat manfaatnya
-          Membina lebih banyak pusat pengajian tinggi seperti universiti di kawasan luar bandar
            agar pelajar yang kurang berkemampuan dapat belajar dengan kos yang berpatutan
-          Membina pusat kesihatan seperti hospital dan kelinik di kawasan luar bandar
-           Membina lebih banyak balai polis dan bomba di kawasan luar bandar agar keselamatan
            penduduk di luar bandar terjamin dari ancaman bahaya
-          Membina jaringan perhubungan telekomunikasi seperti internet agar memudahkan
            penduduk di luar bandar dapat maklumat terkini
-          Memberi perkhidmatan dan latihan secara percuma kepada penduduk luar bandar supaya
            dapat berdikari dan menaikan taraf kehidupan dengan menjanakan ekonomi sendiri
-           Manfaatkan tanah Sarawak yang luas sebagai Hub atau pusat peladangan dan pertanian
            cara moden (Penduduk tempatan diberi keutamaan untuk menjalankan projek ini)
-           Baitulmal Sarawak sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan 8 asnaf
            bukan digunakan untuk perniagaan dan untuk kepentingan sesuatu pihak. (pemberian
            zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin
            itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakiran itu.)
-          Setiap peruntukan yang disalurkan dari kerajaan pusat hendaklah telus dan perlu dipantau
            dan diodit agar ianya tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu yang ada kepentingan
-           Jawatankuasa Penyelaras Program Tinjauan Hak Tanah Adat Negeri perlu dilaksanakan
            dengan melantikkan Jawatankuasa yang profesional, bebas dari pengaruh sebarang parti
            politik dan khusus bagi menyelaras pelaksanaan tinjauan tanah bagi pengeluaran geran
            komunal serta mengkaji dana yang diperlukan bagi tujuan sesuatu projek

Ini adalah beberapa cadangan yang perlu ditangani oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak untuk membangunkan Sarawak supaya sama atau intensiti yang lebih besar dari Semenanjung dari segi pembangunan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat tempatan. Kalau hasil kekayaan sumber asli Sarawak digunakan dengan sebaik mungkin dan digunakan secara adil sudah pasti Sarawak sudah lama membangun dari Semananjung Malaysia.

Mungkin masih banyak lagi isu-isu atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan Sarawak mundur selain dari yang tersebut diatas. Walaupun tidak nafikan pembangunan di kawasan bandar ada kemajuan dengan adanya 'Politik Pembangunan' tetapi kawasan di luar bandar dan pedalaman masih jauh ketinggalan dari arus pembangunan.  'Politik Pembangunan’ hanya menguntungkan pihak tertentu saja sedangkan pembangunan di luar bandar masih terabai. Banyak tanah-tanah orang asal digunakan oleh syarikat peladangan hanya untuk kepentingan peribadi tanpa mengira nasib penduduk tempatan yang kehilangan hak atas tanah adat mereka.

Dimana punca kesilapan tersebut? Adakah disebabkan oleh projek pembangunan tersebut hanya dinikmati oleh golongan tertentu atau mereka sengaja membiarkan penduduk luar bandar terus bergantung dengan subsidi kerajaan agar mereka ini terus patuh dan taat setia kepada pihak pemerintah.

Sepatutnya rakyat Sarawak yang melabur (mengundi) BN dapat menikmati hasil pelaburan mereka dengan pembangunan yang memberi manfaat dan menguntungkan mereka tetapi sebaliknya berlaku. Sampai bila rakyat Sarawak mahu sedar dan memberi peluang kepada mereka ini terus memerintah? 50 tahun atau 100 tahun lagi barulah hendak berubah dimana ketika itu anak, cucu, cicit kita hidup merempat di negara sendiri.

Sarawak dianggap sebagai deposit untuk kemenangan BN di peringkat pusat, sepatutnya kerajaan pusat yang dikuasai oleh BN berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang telah memberi kemenangan besar sehingga kerajaan BN dapat berkuasa semula. Sebagai balasan Sarawak perlu diberi keutamaan dalam membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman agar ianya setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Janji PM untuk pembangunan sama rata kepada semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak hanya indah khabar dari rupa sekiranya masalah yang tersebut tidak diatasi dan dilaksanakan dengan segera secara adil, jujur dan ikhlas.

Sebagai kesimpulannya, kalau tidak berlaku penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa, kita yakin Sarawak boleh maju setanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Sama-samalah kita berfikir cara yang terbaik untuk membangunkan Sarawak.  Kejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada ketelusan pelaksanaannya iaitu bebas dari rasuah, salah guna kuasa dan setiap projek tidak berlegar di kalangan kroni yang ada kaitan dengan pemimpin tertentu sahaja. Secara dasarnya, Sarawak perlu berubah dengan adanya pemimpin yang jujur,amanah dan ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat Sarawak dan berlaku adil kepada semua agar semua rakyat Sarawak dapat menikmati hasil yang sama rata tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman poltik.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Sarawak PAS Ijtema and Why Sarawak Backward in Malaysia

The presence of 120 participants to Ijtema Sarawak PAS recently in Bintulu got unexpected response. The presence of participants from Miri, Bintulu, Petrajaya, Kota Samarahan, Saratok and Tanjung Manis has demonstrated a progression that is good enough to Sarawak PAS expand its influence into all corners of the State. Among the agenda of Ijtema Sarawak PAS is to capture at least two state assembly in the coming of the 11th State General Election.

Paper presenters delivered by the leadership of Pakatan Rakyat which consists of Ustaz Anuar Ali Sabah PAS deputy commissioner, YB Alan Ling, Piasau assemblyman YB Dr Hatta Ramli, Kuala Krai MP cum PAS Elections Department Director, Dr Dzulkefly Ahmad, executive director of PAS Research Centre, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, PAS Youth deputy chief and YB Khalid Samad Ir, MP for Shah Alam / PAS Central Committee. A paper presented at the Sarawak PAS ijtema is more focus on GE-13 post mortem ago.

Apart from that we also want to comment on Datuk Seri Najib Razak's statement that assures equitable development for all states including Sabah and Sarawak. A statement of Datuk Seri Najib Razak during the Malaysia Day celebration recently in Sarawak insisted the Federal Government under his leadership would not marginalize Sabah and Sarawak, but always strive to ensure equitable development for all states in Malaysia. The Prime Minister said, a compromise was reached to protect the interests of Sabah and Sarawak, together with the establishment of the Federation of Malaya in Malaysia. He said autonomy and position of the two states was also mentioned in Article 20, the Cobbold Commission.

A problem of unequal development between Sabah and Sarawak with the Peninsular Malaysia is very significant since from time immemorial. Take the example of Sarawak's rich natural and mineral resources but many of its people still live in poverty, especially those living in rural and remote areas.

Among the several factors that contributed to Sarawak underdeveloped is as follows: -

-       An inappropriate connecting roads and difficult to penetrate the interior - the geographical structure of the hilly slopes of Sarawak fulfilled with its range of rivers meandering among the main factors why most major transportation in the state is through the river and air. Furthermore Sarawak is the largest state in Malaysia. Is this the reason Sarawak cannot be developed? Why Peninsular Malaysia can be built all good road network even though the situation is very similar to Sarawak, whereas Sarawak still far behind compared to Peninsular Malaysia. Where it goes the provisions that channeled billions of ringgit by the central government over the years for the construction of roads and infrastructures in Sarawak? Is there any leakage and misuse of funds in the case of the provision of management?
-       Lack of infrastructure and public facilities, especially in rural and remote areas
-       Lack of affordable housing and affordable costs caused many of the rural population migrating to urban live in slum areas
-       Lack of public education system such as the center hub of higher education to accommodate students who cannot afford to study abroad.
-       Lack of central public health system, including public hospitals in rural areas
-       Provisions of billions of ringgit do not reach the target, especially for development in rural and remote areas
-       Project for people given less attention and Mega projects mostly just dominated by cronies who had contact with the authorities
-       No special planning that systematically to upgrade and improve the economic life of the rural and remote areas

That is amongst of several factors that we can listed and submitted, in fact there are many more that are not on the list. Now the question is why for 50 years Sarawak in Malaysia is still far behind in terms of development? Are the people of Sarawak can be assured of equal development in Sarawak like in Peninsular Malaysia in the near future as promised by the PM? As a state largest contributor of Mineral Resources such as petrol and timber supposed to the infrastructures problems and road connectivity facilities in Sarawak is not the case if the allocation is fully utilized. Is it possible because there are leakages and abuse of provisions and power is the cause of the Sarawak country underdeveloped?

Among several recommendations that should be given attention by the federal government and the Sarawak government do to develop Sarawak are as follows: -

-           Connecting Roads to all corners of Sarawak should be fully improved with the availability of transportation facilities that enable people in the rural and remote areas to sell products and the outcome of their farm to the city at a reasonable cost
-           Provide housing site lots to residents who do not own their own homes, including building more low-cost housing and affordable housing
-           Build the infrastructure and the public facilities at all strategic points so that all the people in need can benefit
-           Build more Higher Education centers such as universities in rural areas so that disadvantaged students can learn at a reasonable cost
-           Build health centers, such as hospitals and the clinics in rural areas
-           Build more police stations and fire stations in rural areas so that rural safety secure from the threat of danger
-           Building a telecommunication network such as the Internet to facilitate the rural population get the latest information
-           Providing free services and training to the rural population to become independent and improving the lives with generating their own economic
-           Harness the wide land of Sarawak as a hub or central plantation and modern ways of farming (local residents should be given the priority to carry out the project)
-           Baitulmal Sarawak should be fully utilized to help the 8 recipients is not used for business and for the sake of a party. (Giving alms should be implemented until no more poor people and poor people that have come out (free) from the region's poverty.)
-           Each allocations channeled from the federal government should be transparent and should be monitored and audited so that they are not misused by certain parties that have an interest
-           Program Coordinating Committee Review of the State Customary Land Rights should be implemented with appointing a professional committee, free from the influence of any political party and to coordinate the implementation of specific surveys communal title land for production and review the necessary funds for a project

These are some suggestions that should be addressed by the central government and Sarawak government to develop Sarawak so that equal or greater intensity from the peninsula in terms of economic development and the standard of living of the local people. If the wealth of natural resources of Sarawak used as effectively as possible and used fairly Sarawak certainly had long been developed from Peninsular Malaysia. Perhaps there are still many more issues or factors that could cause Sarawak undeveloped other than those mentioned above.

While not denying development in urban areas there is progress with the 'Politics of Development' but in rural areas and the interior is still far behind in development. 'Politics of Development' benefit certain parties only whereas rural development is neglected. Many indigenous lands used by plantation companies only for personal gain, regardless of the fate of the local residents who have lost rights to their ancestral land.

Where is the cause of the mistakes? Are caused by development projects enjoyed only by certain groups or they intentionally let the rural population continues to rely on government subsidies so that they continue to obey and be loyal to the government. Supposed that the Sarawak people that invest (vote) BN get enjoy the fruits of their investment with development that benefits and profitable for them but the otherwise happened. When will the people of Sarawak want to be aware and give them the opportunity to continue to rule? 50 years or 100 years then only be changed where our children, grandchildren, great-grandchildren life homeless in their own country.

Sarawak is considered as a deposit for the BN at the federal level, should be the central government dominated by the BN grateful to the people of Sarawak who has given a big win until the BN government be able to ruling again. In return Sarawak should be given priority in the development of rural and remote areas to make them comparable with Peninsular Malaysia.

PM promises to equal development of all states including Sabah and Sarawak is just wonderful news from the look if the problem is not immediately addressed and implemented in a fair, honest and sincere.

As a conclusion, if does not occur irregularities and misuse of power, we are confident Sarawak can be developed on par with other states in Malaysia. Let us think of the best way to develop Sarawak.  The success of any policy depends on the transparency of the implementation is free from corruption, abuse of power and each project does not hovering among the cronies that are associated with certain leaders. In principle, Sarawak have to change with the leaders who are honest, trustworthy and sincere in championing the right of the people of Sarawak and to be fair to all so that all the people of Sarawak be able to enjoy equal outcomes regardless of race, religion and political.