Polis di sini meminta kerjasama daripada orang awam untuk mengesan Angly Majang, 9, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak tengah hari Jumaat lalu.
Majang dalam laporan polis mendakwa, anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah mereka yaang terletak kira-kira 20 meter dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di Sungai Rait Bakam.

Usaha mencari Angly telah dilakukan pada hari sama oleh ahli keluarganya namun kanak-kanak yang lengkap berpakaian sekolah tersebut masih gagal ditemui.Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, Majang membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Pusat Miri pada sebelah malam hari kejadian.

PAS Miri mendoakan agar adik Angly Majang dalam keadaaan selamat dan akan pulang segera menemui keluarga tercinta.Orang ramai yang mengetahui Angly diminta menghubungi Balai Polis Pusat Miri, di talian 085-433222.