Dari catatan rombongan PAS diketuai Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat yang diketuai Mazlan Aliman
http://ngo-anak.blogspot.com/

53 tahun negara mencapai kemerdekaan, begini kerajaan BN melayan kaum Penan; kelompok masyarakat tertua di Sarawak. Tanah diambil untuk Empangan Hidro Elektrik Bakun; 2000 penduduk dihalau keluar dari kawasan yang dihuni bergenerasi lamanya.
Pampasan yang diperolehi hanya kos pindah kubur seorang RM10,000 sahaja. Pampasan lain tidak diperolehi. Surat Beranak dan Kad Pengenalan pun tiada. Peluang pendidikan dan kerjaya jauh sekali.

Lebih malang daripada itu, mereka ditempatkan di rumah bekas kandang ayam!
Mereka tidak tahu kepada siapa untuk mengadu. Merayu-rayu wakil mereka tatkalal dikunjungi 11 anggota rombongan Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat yang diketuai Mazlan Aliman. Turut serta Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Taufeq Abd Ghani, ADUN Paroi, YDP PAS Kawasan Bintulu dan pemimpin setempat.

Insyaallah tindakan susulan akan dilakukan termasuk menghantar surat kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, Presiden PAS dan menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM.Hubungan dengan Bruno Manser Foundation, NGO yang aktif memperjuangkan kaum Penan akan dilakukan. Meskipun 99 peratus kaum ini bukan beragama Islam, ianya tidak menghalang PAS melaksanakan misi kemanusiaan hingga ratusan kilometer ke pendalaman Sarawak. Ia sangat relevan dengan tema muktamar ' ISLAM ADIL UNTUK SEMUA '.