Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa bertindak tegas
Mar 10, 11 7:03pm – Malaysia kini - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang "tidak masuk akal" dan manipulasi pembelian insurans pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans. Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas. Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat. Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas. "Pakcik saya beli insurans kereta, tetapi bila kenderaan itu sudah lebih 10 tahun, syarikat (insurans) tidak mahu terima (pembelian insurans). Malah bagi kenderaan yang lebih 10 tahun, insuransnya lebih tinggi daripada kereta baru, saya minta BNM tengok masalah ini," tegasnya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan banyak rakyat di luar bandar yang biasanya menggunakan kereta-kereta lama merasa tidak adil. "Apakah tidak boleh Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans yang baru dan boleh menerima insurans pihak ketiga ini dengan harga yang berpatutan, jangan terikat dengan syarikat yang ada sekarang," katanya, menyarankan penubuhan syarikat insurans 1Malaysia. bMenyokong perbahasan Mohamed, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), pula menyarankan kerajaan mengkaji operasi semua syarikat insurans dengan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau operasi mereka. "Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah peniagaan insurans. Semua kalau boleh mahu diinsuranskan tetapi apabila ada berlaku sesuatu dan tuntutan dibuat, berpuluh tahun baru diselesaikan," katanya.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pula mendakwa pengguna kini terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80b sebelum ini. Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj loading sebelum boleh membeli pelindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka, dakwanya. "Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini. "BNM ini butakah... takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Kenapa kerajaan boleh tidak ada solution untuk menyelesaikan perkara ini sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya. nDatuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat truk penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilikn kenderaan, termasuk tambahan caj loading. "Ini puncanya dan mereka ini wajar dikawal... ambil tindakan tegas untuk mengawal "rip-off" yang berlaku sudah berpuluh tahun ini dan pihak-pihak yang bergandingan untuk mendapatkan "rip-off" tersebut," katanya. Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa BNM untuk mengawal syarikat-syarikat berkenaan memandangkan walaupun sudah ada arahan supaya syarikat itu tidak memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan, namun perkara itu masih berleluasa. - Bernama
Ulasan PAS Miri Terhadap Insuran Kenderaan Motor Lama Terlalu Tinggi/Mahal
Ramai pengguna kenderaan motor yang berusia 10 tahun keatas merunggut kerana terpaksa membayar lebih insurance motor 3rd party sedang sebelum ini mereka cuma bayar kurang dari rm100 ringgit kebawah mengikut jenis kenderaan. Sudahlah mahal susah pula untuk mendapat syarikat insurance yang sanggup menerima kenderaan yang lebih dari 10 tahun keatas untuk memperbaharui insuran motor mereka. Kesempatan ini diambil oleh syarikat insuran lain yang sanggup mengambil dengan syarat pihak pengguna sanggup membayar lebih dengan tambahan caj atau terpaksa membeli lagi insuran tambahan yang tidak diperlukan oleh pengguna.
Sekiranya pihak pengguna tidak membeli insuran tersebut maka susah untuk pengguna memperbaharui cukai jalan mereka di JPJ. Inilah masalah besar pengguna kenderaan yang berusia lebih 10 tahun kerana kebanyakan pengguna yang menggunakan kenderaan lebih dari 10 tahun adalah terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sudah pun selesai menjelaskan hutang kenderaan tersebut kepada pihak bank dan kena pula apabila mereka terpaksa membayar lebih insuran kenderaan lama yang sepatutnya lebih murah dari kenderaan baru.
Kalau kerajaan tidak mahu kenderaan lama lebih dari 10 tahun berada dijalanraya maka pihak berwajib kena turunkan semua harga kenderaan motor sekarang dengan harga yang lebih murah lagi dan semua kenderaan lama boleh dilupuskan serta diganti dengan kenderaan baru untuk mengelak pengguna mengunakan kenderaan lama lebih dari 10 tahun.
Sanggupkan pihak kerajaan membuat begitu? Kalau kerajaan sanggup menurunkan harga kenderaan kita yakin pihak pengguna tidak ada masalah untuk menukar kenderaan lama mereka dengan yang baru kecuali peminat kenderaan antic kenalah dikecualikan atau kenderaan tersebut masih dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Sekiranya pihak yang berwajib mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap pengguna kita minta mereka turunkan semula harga insurance tersebut seperti sedia kala. Kita sebagai pengguna harus menyuarakan pandangan kita tentang masalah harga insurance kenderaan motor lama yang terlalu mahal dan tidak masuk akal dimana sudahlah pengguna susah hendak membeli kenderaan baru yang mahal terpaksa pula membayar insurance 3th party juga mahal. Dimana suara rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Adakah mereka mengenakan rakyat dahulu demi mencapaikan hasrat golongon tertentu ? Sama-samalah kita fikir sampai bila kita sanggup teus hidup dalam keadaan tertekan begini. Sudahlah harga barang keperluan semakin meningkat harga insurance lama pun sama meningkat. Kalau mahu perubahan kita kena ubah sekarang sebelum semua terlambat. Rakyat dan pengguna kenalah bersama-sama

PAS dan Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah ini.
English version
Pas Miri Reviews On Old Motor Vehicle Insurance to High/Expensive
Many motor vehicles users more than 10 years old complaint having to pay more 3rd party motor insurance not as before they just pay less than RM100 ringgit and below according to type of vehicles. It is hard enough and too expensive to renew their motor insurance and to get insurance companies who are willing to accept a vehicle more than 10 years. This opportunity will be taken by another insurance company, if the user is willing to pay more in additional charges or have to buy the additional insurance which is not required by the user.
If the user does not buy or renew the insurance it is difficult for users to renew their road tax at road transport department or JPJ. This is the big problem for motorists aged over 10 years because most of the users are using the vehicle more than 10 years, is comprised of lower income groups and have already completed the vehicle debt to the bank and they have to pay more than the old car insurance that should be cheaper than new vehicles.
If the government does not want a vehicle for more than 10 years old on the road, the authorities have to lower the price of all motor vehicles now at a cheaper price and all the old vehicles can be disposed and replaced with a new vehicle for consumers to avoid using the car for more than 10 years old. Are the government willing to do so? If the government is willing to reduce the vehicle price than we believe the user no problem to exchange their old vehicles with new ones except for Antic vehicle fans are exempted or those vehicles is still in good condition and safe to use.
If the authorities feel responsible for our users ask them to lower the price of insurance as usual.
We as consumers have expressed our views on the issue of the old motor vehicle insurance price is too expensive and does not make sense where the user has to buy an expensive new vehicles and they forced to pay the 3rd party insurance which is expensive. Where is the voice of the people first, performance now? Do they charge the people first to reach a certain desire group? Let us think if we are willing to live in this stressful situation. in spite of prices of essential goods increasing and the 3rd insurance party also increase. If you want to change we must change now before everything is too late.

The people and the user must collaborate with PAS and Pakatan Rakyat to solve this problem.
0 Comments Received
Post a Comment