PAS Mendapat Sambutan Hangat Penduduk Kampung Pasir
Miri 15 Mac - Sekali lagi rombongan PAS Miri bersama Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkunjung ke kampong Pasir untuk untuk lawatan susulan sebelumnya. Kali ini sambutan penduduk kampong Pasir terhadap PAS sangat luar biasa, dimana lebih ramai lagi penduduk kampong Pasir menyambut kedatangan rombongan PAS. Penduduk kampong pasir sungguh gembira dengan kedatangan rombongan PAS kali ini dimana mereka sempat meluahkan perasaan dan harapan mereka agar PAS dan Pakatan Rakyat dapat menolong mereka menyelesaikan masalah mereka seperti mendapatkan ‘grant’ tanah serta kemudahan asas yang sepatutnya sudah lama mereka nikmati.

Pada masa yang sama tuan rumah juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian PAS datang ke kampong mereka. Selepas dari ucapan tuan rumah, sdr Yeo Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri juga memberi sedikit ucapan tentang mengapa beliau memlih PAS sebagai wadah perjuangan bukan SUPP BN. Kata beliau bahawa semua agama mengajar manusia jadi baik bukan jadi jahat dan merampas hak orang lain maka dengan sebab itu dia yakin PAS adalah sebuah parti yang lebih baik dari parti BN. Kata beliau walaupun PAS parti Islam tapi PAS tidak jahat macam Umno/BN dimana mereka merampas hak rakyat dan sering kali menipu rakyat dengan mengatakan kalau orang bukan islam sokong PAS mereka akan di paksa masuk Islam dan semuanya akan hidup susah. Semua ini adalah bohong belaka katanya sebab itulah beliau yakin PAS adil untuk semua. Beliau juga menyeru penduduk kampung Pasir yang majoritynya bukan beragama Islam agar menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum nanti.

YDP PAS Miri Hj Jofri Jaraiee juga sempat memberi pesanan dan peringatan kepada penduduk kampong agar jangan takut untuk berubah kerana selama BN perintah Sarawak, kampong Pasir pun masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas dimana mereka masih lagi menggunakan ‘generator’ untuk bekalan api elektrik. Begitu juga dengan masalah tanah dimana mereka ini masih dianggap sebagai setinggan oleh pihak berwajib walaupun mereka untuk mendiami kampong tersebut berpuluh-puluh tahun lamanya. Pihak berwajib langsung tidak menghiraukan masalah mereka agar diberi tanah lot untuk kediaman tetap.
Beliau juga menyeru kalau boleh nama kampong Pasir diubah jadi kampong Pas dan disambut dan disokong oleh penduduk kampong Pasir dengan baik sekali.

Seterusnya ketua Penerangan PAS pusat ustaz Idris Ahmad juga menceritakan tentang kebaikan yang dinikmati oleh rakyat yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri di semananjung Malaysia. Katanya sebelum kerajaan Pakatan di rampas oleh BN di Perak dulu, rakyat Perak yang tidak mempunyai grant tanah telah diberi oleh kerajaan Pakatan walaupun hanya sempat memerintah lebih kurang 11 bulan sahaja. Beliau mengingatkan penduduk kampong sekiranya kerajaan Pakatan boleh bagi kemudahan asas kepada rakyat hanya dalam berapa bulan saja memerintah dibandingkan dengan kerajaan BN yang sudah memerintah hampir 54 tahun masih lagi tidak mampu lagi untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat terutama sekali kepada penduduk diluar bandar. Bukan saja itu beliau juga berkata Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak tetapi penduduk kampong hanya dapat ‘tahi minyak’ sedangkan pemimpin BN hidup mewah dan rakyat terus hidup dalam kemiskinan dan penderitaan jadi beliau menyeru agar rakyat sarawak perlu perubahaan yang besar untuk menikmati hasil bumi sarawak.

Selepas ucapan ringkas dari pimpinan PAS, penduduk kampong Pasir yang kurang bernasib baik telah diberi sedikit sumbangan dari PAS Miri. Seramai lebih dari 40 orang keluarga yang kurang bernasib baik mendapat sumbangan tersebut. Harapan penduduk kampong terhadap PAS sungguh tinggi agar mereka dapat pembelaan nanti sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kuasa dari BN. Mereka juga bersedia membantu PAS untuk mencapai hasrat untuk merubah. Ini menujukan bahawa PAS boleh diterima oleh semua kaum tanpa mengira agama dan warna kulit. Pas untuk semua.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada PAS dan rakyat yang dizalim oleh BN selama ini agar dapat mengambil semula hak mereka yang telah dirampas oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan oleh orang menyalahgunakan kuasa mereka.


English version

PAS Got Supported from Kampung Pasir Residents

Miri March 15 - Once again PAS Miri delegation together with the PAS central Information Chief Ustaz Idris Ahmad visited the village of Kampong Pasir. This time the PAS really got unexpected welcome from kampong Pasir, where more and more villagers welcomed the delegation from PAS. The villagers are extremely delighted with the arrival of PAS delegation this time where they could express their feelings and their hopes for PAS and Pakatan Rakyat to help them solve their problems as they get "grants" of land and basic amenities that they should have long time ago.

At the same time the house owner also like to thanks PAS for their willingness to come to their village. After the speech by the house owner, Mr. Yeo secretary of the PAS Supporters Association (DHPP) Miri also gave a little speech about why he chooses PAS as a political struggle and not SUPP BN. He said that all religions teach people to be good and not to do bad thing and such as seizing the rights of others, he is confident that PAS is a party that is better than the BN. He said although PAS is a Islamic party, PAS is not bad but as Umno / BN where they take people's right and often cheat peoples by saying that non-Muslims who support PAS they will be forcibly converted to Islam and everything will be hard to live. All this is lies because he said he was confident that PAS is fair for all. He also urged residents of kampong Pasir where majority are non-Muslim for supporting PAS and Pakatan Rakyat in this coming general election.

PAS Miri Chief Haji Jofri Jaraiee also give an advice and caution to the villagers not to be afraid to change, since Sarawak BN rule, kampong Pasir is still far behind in terms of basic facilities in which they still use the 'generator' for the supply of electric. Particularly land issue problem where they are still regarded as a slum by the authorities even though they are living in the village for more than ten years. The relevant authorities ignore their problems for lots of land given to permanent residence. He also urged that if can the kampong Pasir name to be changed known as kampong Pas the villagers welcomed and supported with applause.

The PAS central Information Chief Ustaz Idris Ahmad also tells about the advantages enjoyed by the people ruled by the government in five states in Peninsular Malaysia. He reported previously that Perak before confiscated by BN state government, the people of Perak who have no land grant was given by the Pakatan state government evens they only reined about 11 months. He reminded the villagers that if the Pakatan government can give basic amenities to people only in a few months it ruled as compared with the BN government which has ruled almost 54 years still could not afford to provide basic amenities to the people especially in the rural areas. Not only that, he also said the Sarawak state is a rich country with oil revenue, but village residents only got 'oil droppings' where BN leaders live in luxury while the people continue to live in poverty and suffering, so he called for the people of Sarawak to have a big change to enjoy the revenue of Sarawak .

After short speeches from PAS leaders, the unfortunate villagers of kampong Pasir got a little contribution from PAS Miri. A total of more than 40 families who are less fortunate receive the contribution. The hope from villagers on PAS are so high that they can resolve their problem if fated defense of the Pakatan Rakyat to take over power from the BN. They are also willing to help PAS to achieve a desire for change. It’s shown that PAS can be accepted by all people regardless of religion or color. PAS for All

May Allah give aid to the PAS and the people who has been cruelled by BN for this while and to take back their rights that have been taken by unresponsible person and by power abuse.