Miri, 8 Mac 2011- Sebagai rangka persiapan mantap terakhir Jentera Pilihanraya ,PAS Kawasan Miri dan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) PAS Pusat telah menganjurkan kursus Simulasi Pilihanraya di sini minggu yang lalu. Latihan dihadiri seramai 60 peserta jentera PAS Miri terdiri dari jentera Majlis Tindak DUN(MTD) Senadin,Pujut,Piasau dan 6 orang dari DUN Jepak.


Latihan selama 1 hari merupakan siri terakhir setelah lebih 7 siri berterusan telah diadakan sebelum ini. Lebih menarik kursus kali ini turut melibatkan latihan Simulasi Hari Pengundian melibatkan latihan Polling Agent Counting Agent (PACA) secara praktikal bagi memantapkan pemahaman petugas.
Latihan praktikal dan kertas kerja dibentangkan oleh Ahmad Zamri, Timbalan Pengarah JUHAM Pusat dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Penasihat Guaman PAS Negeri Sarawak.

Pada sidang media selepas latihan Simulasi ,PAS Kawasan Miri telah melancarkan Kempen Anti Saman Ekor(KASE) yang telah pun dilancarkan dan mendapat respon positif di seluruh Malaysia. Ia bertujuan menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman pada rakyat yang tertindas dek saman ekor yang dikenakan tanpa notis yang sah dari pihak berkuasa.

Pada sebelah malam ;rombongan PAS Kawasan Miri diketuai YDP Kawasan,Tuan Haji Jofri,,Abang Ahmad Kerdee,Penasihat Guaman PAS Sarawak ,Pengerusi dan SU DHPP,Mr Yeo dan Mr John Barah telah menyertai rombongan ke Kg Pasir,Lutong bagi mendengar permasalahan penduduk setempat dan mengadakan dialog isu setempat.


Program itu mendapat sambutan baik masyarakat dan PAS Kawasan Miri berjanji untuk membawa permasalah penduduk ke pihak berwajib pada kadar segera. Dalam keadaan pemimpin BN hidup mewah dan Pegawai SESCO dari luar dibayar pada harga gaji melampau;masih ramai rakyat di Miri hanya bergantung pada Generator sebagai sumber tenaga elektrik dan system perparitan yang amat teruk sekali. Janji Peter Chin,Lee Kim Shin dan George Chan hanya sekadar menanam tebu di bibir sahaja,begitulah keluhan rakyat disini. Janji mereka 2011,MASA UNTUK BERUBAH KEPADA PAKATAN RAKYAT!