NAJIB DAN TIMBALANNYA DATANG KE SARAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA – EKSKLUSIF - Monday, March 21st, 2011 GMT This post is also available in: English
Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak. “Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata ‘kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!” kata sumber kami tersebut. Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja ‘tempoh peralihan’ dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

“Kini dia siap” – bukti yang memusnahkan dari pasukan rahsia BN!
Sumber kami mengesahkan bahawa masalah utama bagi Taib dibuktikan dengan kemerosotan sokongan pengundi, sebagaimana diperolehinya pada keputusan pengundian secara rahsia yang dilakukan. Maklumat sedemikianlah yang menyukarkan pihak BN untuk menyembunyikan. Walaupun menampakkan wajah berani dan secara berterusannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum bahawa Taib ‘tidak boleh kalah’, namun pihak BN di peringkat persekutuan begitu yakin bahawa Taib pastinya akan kecundang teruk dan pastinya akan kehilangan kerusinya. Pemberi maklumat kami itu, yang begitu rapat dengan tokoh-tokoh utama dalam BN, mengatakan bahawa Jabatan Maklumat Taib telah membuat pengundian rahsia secara menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu. Sampel-sampel pengundian rahsia yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pengundi dari setiap kawasan pilihanraya dan mendapati keputusannya sungguh menggerunkan BN. Pihak kami telah diberitahu bahawa keputusan persampelan itu menunjukkan parti PBB Ketua Menteri itu sendiri akan kehilangan ‘sekurang-kurangnya’ 14 dari 30 kerusinya dan parti SUPP pimpinan George Chan akan kehilangan sehingga 90% undi semasanya, iaitu sejumlah 17 daripada 19 kerusi! Parti SPDP pimpinan William Mawan dan PRS pimpinan James Jemut Masing juga akan kehilangan satu kerusi tiap-tiap satunya. “Kerusi-kerusi tersebut berada pada kawasan hitam, bukan kawasan kelabu”, kata sumber kami itu, maknanya kali ini BN pastinya akan kalah teruk. BN akan menerima hakikat bahawa parti-parti yang ada sekarang akan kehilangan sekurang-kurangnya 33 daripada 70 kerusi dan keputusan sebenar nanti mungkin lebih teruk dari itu. Pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang yang dikatakan akan menafikan BN dengan majoriti dua-pertiga di Sarawak sekarang nampaknya ketinggalan zaman, jika berdasarkan perangkaan yang diperolehi. Pihak BN sendiri dikatakan akan dilanda tsunami perubahan dan mereka akan mengutuk Taib Mahmud atas kecundangnya “simpanan tetap” mereka itu.

Pihak SPRM sedang menunggu masanya sehingga selepas pilihanraya!
Sarawak Report percaya bahawa penggunaan pendekatan menyuntikkan maklumat rahsia oleh penokong-penyokong setia BN, walaupun kritikan-kritikan berterusan kami ke atas kerajaan BN Sarawak, adalah merupakan suatu sebab mengapa tokoh-tokoh BN di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai menjauhkan diri mereka. Sejak beberapa lama Taib telah berada begitu kukuh di kalangan para pemimpin di Malaysia, tetapi kini para pemimpin BN pusat terpaksa membuat beliau tunduk kerana memandangkan kemerosotan popularitinya. Kemarahan dan kebencian sebenar ke atas ketamakan dan sifat kleptokrasi Taib selama ini telah memburukkan lagi rekod jenayah rasuah BN. Sesungguhnya, kami telah dimaklumkan bahawa usaha-usaha telah dijalankan untuk menjejak dan mengambil balik aset-aset Taib di luar negara hasil dari kecurian dan rompakan yang dilakukannya selama ini. “Kini habislah dia. Ini bukannya persoalan perletakan jawatannya, tetapi ini adalah persoalan bahawa dia akan didakwa atas kesalahan rasuah. Pihak SPRM menunggu sehingga selesainya pilihanraya” Sarawak Report diberitahu. Rancangan keluar Taib kini telah disekat, sebagaimana disahkan, yang akan memburukkan lagi tekanan antara kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri. Strategi Ketua Menteri itu untuk mengundur diri, yang dirancangnya pada tahun lepas, adalah untuk menerima perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, sebagai suatu helahnya untuk memperolehi kekebalan daripada didakwa. Tetapi Najib menafikannya. Akibatnya, penangguhan pilihanraya oleh Taib bagi membolehkannya mencari opsyen-opsyen baru telah menyebabkan krisis yang ada sekarang.

Tiada lagi laluan selamat untuk Taib
Strategi semasa Ketua Menteri itu adalah untuk mempastikan bahawa beliau diganti oleh seseorang yang liat dan beliau telah banyak kali memaksa KL untuk merestui pengganti pilihannya, Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber. Awang Tengah kini sedang membina sebuah kediaman yang amat besar di Kuching, suatu simbol kekayaan yang digemari oleh Taib sebagai menjadikannya kelihatan selari dengan gaji besar seseorang ahli politik! Namun KL telah berkeras mencadangkan Taib diganti oleh Abang Zohari Tun Openg, yang menurut mereka, merupakan seorang ahli politik yang memiliki kejujuran dan kesopanan. Namun Taib seringkali menafikan Abang Zohari. Kami juga diberitahu, bahawa tetamu-tetamu dari Persekutuan itu telah kecewa dengan calon bakal pengganti yang dikemukakan oleh Taib pada hujung minggu lepas. Taib dikatakan telah menyediakan suatu senarai sepuluh calon yang terdiri dari ahli-ahli keluarga terdekatnya. Namun Najib dan timbalannya yang gagah itu mengarahkannya untuk melupakan senarai nama calon-calon pilihannya itu.

“Hubungan dengan KL kini semakin busuk”
Jadi, mereka berpura-pura tersenyum di hadapan kamera. Tetapi di belakang kamera kita tahu bahawa gambarannya adalah krisis dalaman BN, pada masa mereka melaung-laungkan tuduhan melulu bahawa pihak pembangkang kian bersengketa menjelang pilihanraya. Dengan keadaan ahli-ahli politik tempatan yang kebanyakannya berdiam diri kerana gerun dengan reputasi garang Taib, beliau membuktikan kepada Najib bahawa penggantiannya adalah sukar dilakukan sebelum pilihanraya. Namun, BN telah menyedari bahawa beliau sebenarnya akan kalah, seorang yang malang yang mereka benci dan seorang yang malang yang ingin mereka jadikan sebagai contoh dan tauladan. Dan dalam masa beberapa minggu yang akan datang, KL kini mencari jalan keluar dan ingin melihat suatu imej yang bukannya Taib dan semua “bagasinya’. Namun, setelah mereka bertoleransi dengan kecurian dan rompakan yang dilakukan oleh Rajah Berambut Putih Sarawak itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjernihkan pandangan para pengundi mereka!


Najib and Deputy Came to Sack Taib After Shock Polls – Exclusive!
Monday, March 21st, 2011 GMT- This post is also available in: Malay
Show of unity, but behind the scenes there is fighting!

Sarawak Report has received privileged information from BN insiders in KL, revealing that Najib Razak and Deputy PM, Muhyiddin Yassin, came to Sarawak not to support Taib, but to make him stand down! This was the reason for the unprecedented dual visit of both the PM and the Deputy PM at the same time. ”One held the pistol and the other a dagger and said ‘it’s time to stand down. We are not going to compromise with you anymore, you have to announce your decision or that’s it!’”, recounted our source. The 74 year old veteran of 30 years in office however did manage to negotiate a reprieve – on the basis that he would agree to call the election immediately and to leave office once a ‘transition period’ had established a suitable successor. Our sources told us that the Chief Minister, who has been refusing to stand down until he is secure that he can protect his wealth, has been infuriating BN colleagues in KL with his constant delays in holding the election. They were concerned he would hold out till the last moment, making a difficult situation worse.

“He is finished” – the devastating evidence from BN’s secret polling!
The usual (illegal) promises of election handouts – RM200 million is promised to Serian! But even BN think the voters are past this tactic.

Our source confirms that the core problem for Taib is the evidence of a collapse of voter support, as shown by his own secret polling results. It is information BN have been desperate to keep hidden. Despite the brave faces and continuing public declarations that Taib ‘cannot lose’, the federal hierarchy are now convinced that he will in fact lose badly in this election and may even lose his own seat. Our contact, who is extremely well-connected and close to BN leading figures, says that Taib’s Information department has done extensive confidential polling in recent months. The sampling has involved at least 2,000 voters in each constituency and the results have been terrifying for BN: “I have seen them [the results] with my own eyes. This election the PM and Deputy PM know that it is inevitable that Taib will lose” We have been informed that the findings show that the Chief Minister’s own party PBB will lose ‘at least’ 14 of its 35 seats and that George Chan’s SUPP will lose 90% of its current votes, amounting to 10 out of its 12 seats! SPDP and PRS will also lose at least one seat each. “These seats are in the black not the grey area”, it was emphasised, meaning it was not a question of possibly losing the seats but rather they are definitely going to be lost. BN are resigned to the fact that the existing parties are going to lose at least 33 out of the 71 seats and that the outcome may be far worse than that.

BN's best projections are that they will lose their majority - but they fear a wipe-out!


Talk of opposition hopes of merely denying BN its two thirds majority in Sarawak now looks hopelessly outdated, according to these figures. The ruling coalition itself is resigned to being swept away by a tsunami of change and they blame Taib Mahmud for the loss of their “fixed deposit”. “He knows the game is up. He has run out of ideas and run out of Bomohs”, was the angry sneer. “Whichever way he goes, he will lose. It is time”

The MACC is waiting till after the election!
Body language - Taib is pushed to the back as the anxious leaders from BN seek a new way forward without him.

Sarawak Report believes that it was approached with this confidential information by loyal BN supporters, despite our regular criticism of the coalition’s government of Sarawak, as part of a process of deliberate distancing by BN’ Federal leaders. For years Taib has been the over-mighty tail that wagged the dog in Malaysia, but they are at last determined to bring him to heel now that he is weakened by growing unpopularity. There is clearly also a real anger and disgust over the scale of Taib’s greed and kleptocracy, which has worsened BN’s already tarnished record on corruption. Indeed, we were informed that measures have already been taken to trace and secure some of Taib’s stolen assets abroad. Privately Taib’s federal colleagues are determined not to let him escape with the loot! “He is finished. This is not a question of stepping down, this is a question of being sued for corruption. The MACC are waiting until after the election” Sarawak Report was told. Taib’s exit plans have therefore been blocked it was confirmed, which has worsened the tension between Federal and Local governments. The Chief Minister’s original get-out strategy, mooted last year, was to accept appointment as Governor, thereby benefiting from a supposed immunity from prosecution. Najib refused. The resulting delay in the calling of the election as Taib searches for new options has caused the present crisis.

No safe exit for Taib
Clearly popular with Taib! Awang Tengah's new house is being built to impress - the 'future Chief Minister' is already big in the Planning Ministry and Taib hopes he will protect all his stolen land assets !

The Chief Minister’s current strategy is to ensure a pliant successor and he has been pushing KL to accept his protégé Awang Tengah, 2nd Minister of Resources and Planning. Tengah is in the middle of building a monstrous new residence in Kuching, a sure sign of favour from Taib and hardly in keeping with a politician’s salary! This is just the sort of typical display of wealth that has infuriated KL. They are pushing for their own candidate Abang Zohari, who has a reputation they say for modesty and honesty. Taib, however, is reputed to loath him.The Federal visitors were equally unforgiving about Taib’s choice of candidates over the weekend, we are told. Taib had ten seats reserved for his own family in the list he was offering. Najib and his powerful Deputy told him to tear it up. “The PM and Deputy PM not only told him to calm down and dissolve, but also to choose candidates that are acceptable to the people and not just his own flesh and blood. That list has to change. He can’t put in his sons and nieces and nephews – he only trusts his family”!

“Relations with KL are terrible now”
Najib, his powerful Deputy Muhyiddin Yassin, are unhappy to be stuck going into the election with the spent old men of Kuching and all their "baggage"!

So, they smiled for the cameras. But behind the façade we now know the picture is of absolute crisis within BN, at a time when they are loudly accusing the opposition of being divided on the brink of an election. With local politicians in Sarawak keeping silent out of fear of Taib’s ruthless reputation, he is proving impossible for Najib to replace before the polls. However, BN have identified him as a loser, a loser they dislike and a loser they want to see made an example of. With just three weeks to go now, KL are looking for a way out and for a new image free of Taib and all his “baggage”. But, after years of tolerating the thieving White Haired Rajah of Sarawak, they are going to have a hard time convincing disillusioned voters, however genuine their regrets!