BOMOH BERAMBUT PERANG RAZIAH ‘MEMUKAU’ TAIB!
Tuesday, March 22nd, 2011 GMT This post is also available in: English (From Sarawak Report)


Antara rahsia-rahsia yang kini mulai terbongkar pada masa regim Taib Mahmud yang kian roboh, salah satu perkara yang pelik adalah kebergantungannya selama ini kepada seorang bomoh wanita berambut perang yang dibekalkan oleh adiknya, Raziah! Sejak kematian isterinya Laila, Taib dikatakan semakin giat menggunakan perkhidmatan bomoh, dan menurut ahli keluarganya, Raziah telah mulai masuk campur dengan memperkenalkan bomoh wanitanya kepada abangnya itu. “Seseorang yang memperkenalkan bomoh adalah seseorang yang lebih berkuasa”, kata seorang pemberi maklumat kepada Sarawak Report, dengan merujuk kepada Raziah yang sedang mempergiatkan usahanya memperolehi kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri. Seorang lagi pemberi maklumat kami memberitahu kami: “Ketua Menteri Sarawak yang sebenarnya adalah Raziah. Raziah telah menggunakan ilmu hitam ke atas saudaranya itu!”

Stella!
Stella, sebagaimana dia dikenali di kalangan keluarga Taib Mahmud, sebenarnya seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah dalam tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah! Selepas itu, Raziah telah dengan cerdiknya mengembangkan kekuasaan ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara kegemarannya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru dalam tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah ‘memindahkan roh Arip’ kepada Raziah, dengan mendakwa Raziah kini berkarisma seperti Arip! Nampaknya Raziah telah berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain).

Nasihat kerohanian membawa kebaikan kebendaan!
Mendiang Arip, sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam Sarawak Report, telah memperolehi tanah-tanah yang amat luas yang diserahkan oleh Taib sejak tahun 2000, kebanyakannya adalah tanah-tanah NCR. Selepas itu Raziah telah berjaya menggantikan tempat mendiang. Data-data rasmi, yang kini didedahkan di dalam Sarawak Report, menunjukkan bahawa Raziah, di kalangan adik beradik Taib, telah memperolehi pegangan tanah negeri yang terluas sejak beberapa tahun ini – di mana menurut perkiraan kasar kami, keluasan yang sebesar pulau Singapura. Anak perempuan (Elia) dan suaminya (Robert Geneid) juga turut memperolehi beratus juta ringgit, berdasarkan jual-beli tanah-tanah, di mana kegiatan tiga beranak ini telah menimbulkan rasa cemburu di kalangan keluarga Taib Mahmud sendiri!

Ilmu Hitam
Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai ketaksuban Taib terhadap nasihat-nasihat bomohnya. Pemberi maklumat kami pernah menceritakan bagai mana rumah beliau di Demak Jaya yang dipenuhi dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan ilmu hitam. Menurut pemberi maklumat kami lagi, Stella senang dengan cara dia mempengaruhi Taib, dipermudahkan lagi kerana dia tinggal bersama keluarga Raziah, bersebelahan dengan kediaman Taib. “Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat” kata seorang lagi pemberi maklumat kami. Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, “Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!”

Sebahagian dari keluarga Taib
Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini.

Penasihat termahal kepada Ketua Menteri!
Amaun upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatan-perkhidmatannya! Namun, segala semua yang baik pastinya akan berakhir, dan kami difahamkan bahawa bomoh wanita telah kelihatan cuba campur tangan dengan keluarga semasa kematian Laila Taib, yang kemudiannya telah mengakibatkan hubungannya menjadi renggang dengan anak-anak Taib. Kharleen Tashman, telah digantikan dengan seorang lagi wanita Lebanon, yang lebih berkuasa dan lebih menarik – kami difahamkan bahawa wanita berkenaan juga diperkenalkan kepada Taib oleh adiknya Raziah!

Hubungan keluarga Geneid dengan isteri muda Taib
Kami sebenarnya merujuk kepada Ragat Waleed al Kurdi, isteri muda Ketua Menteri. Ketika Taib mula berkhidmat sebagai menteri ketika Ragat dilahirkan, maka ianya merupakan sesuatu yang bermisteri kepada orang lain. Namun, Sarawak Report, menerusi maklumat dari sumber dalaman yang amat dekat dengan keluarga Taib, mengatakan bahawa Ragat sebenarnya anak saudara kepada Robert Geneid, iaitu suami Raziah! “Taib telah terpukau oleh Rosie (Raziah), dialah yang mengawal segalanya. Dialah yang mengawal semua kontrak dan tanah-tanah yang diserahkan”, rungut seorang ahli keluarga Taib yang menyuarakan rasa cemburunya terhadap adik bongsu Taib itu.

Langkah bijak Raziah?
Motif Raziah memperjodohkan abangnya berkahwin semula selepas kematian isterinya Laila tidaklah sukar untuk diteka. Keluarga Taib Mahmud telah semakin terdesak dengan usia abang mereka itu yang semakin meningkat, bagi memanjangkan lagi tempoh kekuasaan mereka di Sarawak dan bagi menentukan pengganti itu harus datang dari darah daging keluarga mereka sendiri (terdahulu dari ini, Taib telah dilaporkan membuat Najib marah pada senarai 10 orang ahli keluarganya untuk bertanding nanti). Namun, Raziah telah diketahui beriya sangat untuk memantapkan pengaruh keluarga Geneid untuk masa depan Sarawak. Bagi suaminya, Robert Geneid, yang merupakan anak seorang penaja buah-buahan yang tidak mempunyai asas-asas perniagaan, perkahwinan anak saudaranya (Ragad) sudah pastinya akan mencerahkan peluangnya untuk berkuasa ke atas segala kemewahan dan kepentingan perniagaan di Sarawak sejak dia mengahwini adik Ketua Menteri itu. Jika BN masih lagi diberikan peluang untuk menang pada pilihanraya kali ini, maka inilah orang-orang yang akan mengawal masa depan Sarawak, kata amaran dari salah seorang pemberi maklumat kami. Namun, pasangan suami-isteri yang telah diketahui sedang menunggu peluang untuk berkuasa itu akan mendapati calon isteri abang mereka itu adalah lebih sesuai dari bomoh Kharleen Tashman. Tetapi, jika mereka ingin mengubah fikiran nanti, adakah mudah bagi mereka untuk melucutkan jawatan Ragad?

Raziah’s Blond Bomoh ‘Bewitched Taib’!
Tuesday, March 22nd, 2011 GMT This post is also available in: Malay (From Sarawak Report)
Stella - real name Kharleen Tashman at Elia Geneid's yaght wedding last year.

Out of all the astonishing secrets that are now beginning to emerge during the dying days of Taib Mahmud’s regime, one of the most bizarre has been his reliance on a blonde female witch provided as his Bomoh by his sister Raziah!

Taib has always been notorious for his consultation of black magic practitioners and after the death of his wife Laila, according to family and close friends, Raziah moved in to consolidate her influence by introducing her own in-house female Bomoh to him.

“The person who brings the bomoh becomes the controller”
as one insider explained to Sarawak Report, pointing out the orgy of acquisitions achieved by Raziah in terms of recent contracts and land titles from the state.

Another family insider told us: “The real Chief Minister of Sarawak is Raziah. She has used black magic on him!”

Stella!
Lady in Red - posing with Raziah for Asian Tatler (although she gave her name as Pashman)

Stella, as she is known to the Mahmud household, is in fact an Australian of Lebanese extraction called Kharleen Tashman. She was taken up by the Geneids in 2002 (reportedly from a gypsy community in Sydney) to become Raziah’s personal in-house black magic advisor!

Later, Raziah came up with an ingenious way of extending her power over Taib, by exploiting his grief over the loss of his favourite brother, Arip, who died of lung cancer in 2005. According to family members, Stella pronounced that she had ‘transferred Arip’s charisma’ to Raziah, claiming that the younger sister now bore Arip’s spirit !

It seems to have been a short step away from inheriting his spirit to inheriting Arip’s former role as the main family business-partner and fixer for Taib (a job originally done by another brother Onn, who later fell out with Raziah and others in the family).

Spiritual advice brings material benefits!
Arip, as we have already demonstrated in Sarawak Report, had benefited from vast chunks of land handed out by Taib since 2000, much of it NCR territory. Subsequent events would imply that Raziah now slipped into that lucky position of most favoured sibling. The official data, now released on Sarawak Report, shows that out of all her brothers and sisters Raziah has received by far the lion’s share of state lands in recent years – we have calculated that an area at least the size of Singapore has gone to her. Her daughter and husband have benefited also from handouts worth hundreds of millions of ringgit, according to recent land sales, and the jealousy amongst other family members is said to be seething!

Black Magic
(3rd left) - at an intimate family outing

We have already reported on Taib’s addiction to the advice of a series of Bomoh’s. Insiders have detailed how his home in Demark Jaya is stuffed with artefacts related to the practice of dark arts – shrines, statues and even symbolic birds, which roam free indoors. Particularly chilling is the story of a black eagle that was kept within the confines of the house, on the advice of one of his Bomoh’s.

Our informants have described how Stella enjoyed a period of close influence over Taib, aided by the proximity of her dwelling in Raziah’s house next door.

“ Her signature ritual includes tip-toeing and howling” explains one close contact. ”Each morning she would cross through the garden from Raziah’s house into the grounds of Taib’s residence and would perform a ritual of chasing away evil spirits before the Chief Minister rose for his early run!”
Another bluntly told us: “The latest mad excesses have been under the influence of Raziah. She is the mistress of Sarawak, not Taib. He has been possessed. She took control the moment Laila died!”

Part of the inner circle
Stella’s presence at any number of key family events and close occasions has also been documented in a number of photographs, where she has posed with the family. Elia Geneid’s wedding in 2010 saw Stella joining top guests, including the PM, at the exclusive event on a luxury yacht. She has been photographed at numerous intimate family events and at grand occasions. She even popped up at the Islamic Fashion Show last summer in Monaco, which was sponsored by Taib on behalf of Rosmah Mansor in a blatant attempt to curry favour with Najib in the run up to the current election.

Lady in Blue - posing between Elia Geneid and her husband, with Robert Geneid, Raziah and second daughter with Lebanese husband at the Islamic Fashion show in Monaco

Another close insider has related to Sarawak Report how guests were shocked at her bizarre contribution to Taib’s daughter Hanifah’s own wedding ceremony.

“The bride entered the wedding hall and then suddenly there was Stella producing this weird hollering call. Everyone was shocked, stunned. It was some strange ritual!”

Top dollar consultant to the Chief Minister!
Family supper - Stella included (left)

The amounts paid to Stella when she was at the height of her powers are gasp-inducing! She would regularly receive RM100,000 per two month stay with Raziah. She would then go back for some time in Sydney. However, we have been told that on one occasion Tashman, who is a mother of four, received half a million ringgit for her services!

However, all good things come to an end and we understand that the female Bomoh over-reached herself when she tried to interfere in the conduct of Laila Taib’s funeral and fell out with Taib’s children. Kharleen Tashman, we are told, has recently been superseded by another Lebanese lady, who is more powerful and alluring still – yet we have learnt that she too was provided by the ever-resourceful Raziah!

The Geneid connection to Taib’s new wife
We are of course referring to Ragat Waleed al Kurdi, the Chief Minister’s extremely youthful new wife. The origins of Ragat’s relationship with the Chief Minister, who was already in office at the time she was born, have till now remained something of a mystery to outsiders. However, Sarawak Report can report via extremely close sources that she is in fact a niece of Robert Geneid, Raziah’s husband!

Power behind the throne? Raziah Mahmud/Geneid, Taib's dazzlingly wealthy sister.

“Taib has come under the spell of Rosie (Raziah), she is controlling all. She controls all the contracts and land handed out”

Complains one of our sources, voicing the growing jealousy and family resentment towards Taib’s youngest sister by the rest of his siblings. Indeed, the rivalry is such in the family that it rarely lies far beneath the surface! The company Taib set up to run the family trust of Arip Mahmud, in which he holds a personal share, is called Mesti Bersatu – he gave it that name to remind his brother’s squabbling relatives that the family ‘Must be United’!



Wise move by Raziah?
Raziah’s logic in steering her brother into this new marriage is not hard to determine. The Mahmuds are desperate to revive the old man’s faltering image in order to stretch out their power longer in Sarawak and ensure a succession within their own flesh and blood (Taib infuriated Najib by putting up no less than 10 members of his family as candidates for his list for the election).

Under her spell? - Is Ragat Raziah's new power-base or a threat?

However, Raziah was clearly equally determined to cement the influence of the Geneid family over Sarawak’s future. For her husband Robert Geneid, the son of an Australian fruit seller who had had a patchy business career, the marriage of his neice has been the consolidation of his growing hold over wealth and business interests in Sarawak since his union with the Chief Minister’s sister.

If BN win the up-coming election these will be the figures controlling Sarawak’s future, insiders warn. However, Sarawak’s power-broking couple might find that the new young wife could turn out to be a good deal less pliable than the hireling Bomoh, Kharleen Tashman. Firing her would surely be a far more complicated matter to perform?



PS: Kalau pemimpin taksub sangat dengan kepercayaan karut akhirnya negara akan hancur dan rakyat akan menderita disebabkan ada lagi manusia bertuhankan bomoh dan harta benda untuk menguasai rakyat demi kepentingan diri sendiri. Kita berharap rakyat Sarawak sudah cukup sedar dengan penderitaan dan tertipu selama ini maka dalam pilihanraya umum nanti ubahlah dengan memberi undi kepada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk mengembalikan semula hak-hak mereka yang telah dirampas selama ini. Bah jangan lupa memberi sokongan dan turun mengundi untuk mendapat semula hak dan perubahaan yang lebih baik lagi buat rakyat Sarawak. Insy'Allah pasti ada perubahaan yang lebih baik dari apa yang kita hadapi sekarang ini. PAS Untuk Semua.