WE RELEASE THE LAND GRAB DATA !
Saturday, March 19th, 2011 GMT - (from Sarawak Report)
Sarawak Report has made the decision to release the full database of the Land Survey Department’s recent transactions on rural lands. For some weeks we have been researching the confidential data, only to discover of the more than one thousand plots of rural land that have been acquired by the state, the vast bulk have been handed on to close relatives and cronies of Taib Mahmud.
This is a national scandal and deserves full exposure. So, we now invite readers and the press to scrutinise the land register for themselves and to identify what lands have been taken in their own areas – and by whom. It is time that Taib stopped hiding behind the laughable excuse that "there is no proof"!
The Interactive Land Map
You are also invited to take part in our inter-active mapping project, whereby readers can pinpoint land grabs that are relevant or known to them and add them to our on-line annotated map of Sarawak.
Don’t worry it is easy! We have started it for you by marking out some of the land grabs that we have featured in earlier reports. You just plot the red blob and add the information. Shortly after your contribution will be added to the on-line information base for the benefit of fellow readers.
We have decided to embark on this project, because the information that we are presenting ought to be openly available in any democratic state. Instead, for the past 30 years Taib Mahmud has presided over a scandalous abuse of his people’s trust, by covertly stealing their lands for himself! Don’t say there is no proof, just look at the companies in the database and then find out who they belong to, or used to belong to at the time the land title was awarded. Often these companies have been quickly sold for much more that the premium the State required in order to cash in the true value of the concession. This means money that should have gone to the State and the people went to the Taibs and their cronies instead.
Any procedure involving the alienation of state or NCR lands to private parties, which has happened on a massive scale under Taib, should of course be an open process, so that everyone can see that there has been no corruption and that the best price has been gained for the people of Sarawak. However, Taib has done no such thing. As soon as he achieved the position of Chief Minister he moved swiftly to set up what he termed the Land Custody and Development Agency (Pelita) and put himself in charge of it as Chairman and as the Minister of Resources and Planning.
Within this department he has secretively sequestered lands from native communities and then equally secretively handed them on to whoever he likes – himself, his proxies, his brothers and sisters and nephews and nieces, as well as tranches for political allies and business cronies to keep them obedient to his wishes. If these transactions had been properly carried out with full transparency these deals could never have happened. However, Taib just conducted the deals himself behind closed doors! The term ‘Confidential/CONF’ can be seen all over the Land Registry, because Taib does not want the public to know how cheaply he handed these lands to his family and associates.
The data we are releasing details the lands taken and their position on the Land Survey maps; the companies who took them and the price they paid, along with the dates of the 60 year leases. This information can be cross-referenced with company information and stock market and sales information that can nowadays be found on the internet to discover the profits involved. It can be complicated, but it is the way communities can start to unlock the details of what has happened to their traditional lands.
Till now communities often have had no idea that Taib has ‘alienated their land until the logging and plantation companies turn up on their lands, often several years later. Now we invite all the people of Sarawak to check this data and find out if their areas have been already grabbed by one of the world’s richest families.
Out of the hundreds of companies which have benefitted from the plunder of Sarawak’s lands we have identified scores already which are owned, or were originally owned by Mahmud family members, before being sold on to a thinly disguised third party owner – usually a towkay crony of Taib
These are some of those companies, but with your help we hope to identify the rest before Taib finally meets his people once more at the polls in just three weeks’ time:
Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic – [ABU BEKIR TAIB – SON]
Miracle Harvest, Green Ace, Quality Concrete, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Mesti Bersatu, Kenyalang Cergas – [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SISTER]
Ikrar Bumi – [ELIA ABAS/GENEID – NEICE]
Achi Jaya Plantations – [ONN MAHMUD – BROTHER]
Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace [ARIP MAHMUD – BROTHER]
Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm – [HAMID SEPAWI – FIRST COUSIN/PROXY]
Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – BROTHER]
[AHMAD BIN SU'UT - TAIB'S BOMOH]
KAMI MENDEDAHKAN DATA-DATA RAMPASAN TANAH!
Sunday, March 20th, 2011 GMT - This post is also available in: English
Sarawak Report telah membuat keputusan untuk mendedahkan sepenuhnya maklumat dari pangkalan data dari Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak berkenaan dengan transaksi terkini yang dilakukan ke atas tanah-tanah di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak. Kami telah menjalankan beberapa siasatan terperinci ke atas data-data sulit selama beberapa minggu yang lalu, hanya mendapati lebih dari satu ribu plot tanah-tanah di pedalaman dan luar bandar yang telah diambil oleh kerajaan negeri, tetapi plot-plot yang lainnya lebih luas telah diserahkan kepada keluarga terdekat dan kroni-kroni Taib Mahmud. Ini adalah skandal rampasan tanah peringkat kebangsaan dan harus didedahkan sepenuhnya. Dengan itu kami ingin mengajak para pembaca kami dan juga pihak media untuk mengkaji dan menilai sendiri daftar tanah dan mengenalpasti tanah-tanah manakah di kawasan mereka yang telah diambil – dan diambil oleh siapa. Kini Taib Mahmud harus keluar dari persembunyiannya dan berhenti memberikan alasan bahawa “tuduhan-tuduhan itu tiada bukti”!
Peta Tanah yang berinteraktif
Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek pemetaan berinteraktif ini, dan di samping itu anda boleh mengenalpasti sendiri rampasan-rampasan yang relevan bagi anda atau yang anda kenali dan meletakkannya pada peta Sarawak yang beranotasi secara online kami. Anda tidak perlu risau! Kami telah mempermudahkannya untuk anda dengan menandakan beberapa kawasan rampasan tanah yang telah kami siarkan dalam laporan-laporan kami terdahulu. Anda hanya perlu plotkan titik merah dan tambahkan maklumatnya. Setelah itu sumbangan anda akan ditambahkan ke dalam pangkalan maklumat on-line untuk kemudahan pembaca-pembaca lain. Kami telah membuat keputusan untuk memulakan projek ini, kerana maklumat yang dipersembahkan di sini harus bersifat terbuka di mana-mana negeri berdemokrasi. Sebaliknya, selama 30 tahun Taib Mahmud telah memimpin sambil menyalahgunakan kepercayaan rakyatnya, dengan secara diam-diam mencuri tanah-tanah mereka untuk dirinya! Jangan sekadar mengatakan tuduhan-tuduhan kami ini tiada bukti, lihatlah sendiri syarikat-syarikat yang terdapat dalam pangkalan data dan lihatlah sendiri siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat itu semasa plot-plot itu diberikan geran. Selalunya syarikat-syarikat itu dijualkan dengan segera oleh rakan-rakan dan saudara-mara setelah menerima geran ke atas tanah-tanah itu dari Taib dengan harga berjuta-juta ringgit lebih dari nilai ‘premium’ yang beliau telah rundingkan dengan mereka bagi pihak Negeri di mana beliau telah dipilih untuk mewakilinya. Ini bermakna, hasil jualan atau serahan tanah-tanah bergeran itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan untuk rakyat Sarawak, tetapi dimasukkan ke dalam akaun Taib sendiri dan kroni-kroninya.
Masa untuk ketelusan
Mana-mana prosidur yang melibatkan pembahagian dan pengambilan tanah-tanah Negeri atau tanah-tanah NCR yang seterusnya diserahkan kepada pihak-pihak lain, yang telah dilakukan secara bersekala besar di bawah pentadbiran Taib Mahmud, seharusnya merupakan proses yang terbuka, supaya semua orang dapat melihat dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada rasuah berlaku dan mengetahui bahawa harga yang paling baik telah berjaya diperolehi untuk rakyat Sarawak. Tetapi, Taib tidak melakukan itu. Sebaik sahaja beliau dipilih dan mengangkat sumpah mentaati perlembagaan negerinya dan menjawat jawatan Ketua Menteri pada tahun 1981 beliau telah bergerak dengan pantas untuk menubuhkan suatu lembaga yang beliau namakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (atau disingkatkannya, Pelita) dan meletakkan dirinya sebagai Pengerusi, dan juga sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber. Inilah yang memberinya kuasa dan kawalan penuh ke atas tanah di Sarawak. Dengan bertindak dari dalam jabatan inilah beliau telah secara senyap-senyap merampas tanah-tanah orang asal dan kemudiannya secara diam-diam menyerahkan tanah-tanah rampasan itu kepada siapa sahaja yang disukainya – dia sendiri, proksi-proksinya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya, rakan-rakan politiknya dan kroni-kroni perniagaannya untuk menjadikan mereka tunduk dan akur pada segala kehendaknya. Jika transaksi-transaksi itu telah dilaksanakan dengan penuh ketelusan maka rundingan-rundingan urusniaga itu tidak mungkin berlaku. Tetapi, Taib telah melaksanakannya secara tertutup! Istilah ‘Sulit’ (‘Confidential/CONF’) dapat kita lihat pada kesemua dokumen-dokumen dalam Daftar Tanah, kerana Taib ingin mengelakkan urusan penjualan tanah-tanah dengan harga yang murah dari diketahui umum. Data-data yang kami dedahkan di sini memperincikan butir-butir tanah-tanah yang telah diambil; syarikat-syarikat yang telah mengambilnya dan harga yang telah mereka jelaskan, termasuk tarikh-tarikh pada geran-geran 60 tahun itu. Maklumat ini dapat dipadankan dan dibandingkan dengan pasaran saham dan maklumat jualan yang mudah diperolehi menerusi kemudahan internet kini. Dengan cara ini komuniti-komuniiti asli akan dapat memperolehi perincian maklumat ke atas apa yang telah berlaku pada tanah-tanah tradisi mereka. Sehingga kini orang-orang tempatan tidak menyedari bahawa Taib telah menyukat, mengasingkan atau membahagi tanah mereka sehinggalah kawasan mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perlandangan, biasanya beberapa tahun kemudian.
Pecahan-pecahan kecurian bertaraf dunia
Dari kalangan beberapa ratus buah syarikat yang telah berjaya memperolehi hasil rampasan tanah-tanah di Sarawak, pihak kami mendapati berpuluh-puluh buah yang sedang dimiliki atau pada mulanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib, sebelum ianya dijualkan semula kepada pihak lain secara senyap-senyap kepada pihak ketiga sebagai langkah menyembunyikan bahawa mereka sekeluarga masih berkepentingan – terutamanya kepada kroni Taib sendiri. Berikut adalah senarai nama syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib seperti yang terdapat di dalam Daftar Tanah. Tetapi, dengan bantuan anda, kami berharap akan dapat mengenalpasti plot-plot tanah rampasan yang lainnya sempena pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini:
Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic – [ABU BEKIR TAIB – ANAK LELAKI TAIB]
Miracle Harvest, Green Ace, Usaha Jasamaju, Mega Bumimas, World Sign Harvest, Quality Concrete, Emerald Discovery, Kenyalang Resources, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Saradu Plantations – [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SAUDARA PEREMPUAN TAIB]
Ikrar Bumi – [ELIA ABAS/GENEID – ANAK SAUDARA TAIB]
Achi Jaya Plantations – [ONN MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]
Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace [ARIP MAHMUD – TAIB SENDIRI DAN SAUDARANYA!]
Delta Padi – [TAIB SENDIRI]
Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm – [HAMID SEPAWI – SEPUPU/PROKSI TAIB]
Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]
Poliga Sdn Bhd [AHMAD BIN SU'UT – BOMOH KEPADA TAIB]
Utahol, Herba Aromatics sdn bhd, Durafarm Sdn Bhd – [ALFRED JABU NUMPANG – TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK]
PS: Hampir semua tanah di Sarawak dikaut oleh CM sekeluarga termasuk juga kroni2 mereka, jadi apa yang tinggal untuk rakyat Sarawak? Kalau rakyat Sarawak terus juga bagi peluang kepada BN perintah Sarawak jangan hairan nanti rakyat Sarawak akan merempat di negeri sendiri, contohnya ujudnya banyak setinggan2 di dalam bandar2 di Sarawak adalah puncanya rakyat sudah tidak memiliki tanah sendiri lalu mereka berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki tapi apabila mereka pergi ke bandar dan tidak memiliki pekerjaan tetap sukar bagi mereka hendak membeli rumah yang terlalu mahal yang berada dalam kawasan bandar. Maka oleh sebab kesempitan hidup mereka terpaksa membina rumah dalam tanah kerajaan yang diistilah sebagai kawasan setinggan. Penduduk yang hidup dalam kawasan setinggan ini asalnya memiliki tanah sendiri oleh kerana tanah mereka dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kununnya tidak memiliki grant tanah walaupun tanah tersebut asalnya sudah diduduki oleh datuk moyang mereka dulu sebelum kedatangan penjajah. Inilah yang dimaksudkan sebagai menumpang hidup di tanah sendiri.
Jadi dengan adanya pilihanraya umum nanti, disinilah peluang bagi rakyat menukar kerajaan BN yang tidak bertanggungjawab dan menyalahguna kuasa dengan merampas hak-hak penduduk asal agar gunakan peluang ini dengan memilih PAS dan PAKATAN Rakyat. Insy'Allah rakyat yang hilang hak mereka akan dapat kembali hak mereka sekira Pakatan Rakyat dapat memerintah Sarawak nanti, Insy'Allah. Semoga Sarawak dapat Kerajaan yang lebih baik dari BN.
Adakah Semua Tanah Di Sarawak Di miliki Oleh CM Sekeluarga & Kroni???
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
March
(29)
- PAS for ALL will strive for PAS to win all 5 seats...
- Tanah Di Sarawak dibahagi2 Hanya Untuk Pemimpin BN...
- Salahguna Bekalan Elektrik Untuk Kepentingan CM Sa...
- 30 Dalil Mengapa Taib Mesti Berundur!
- Peringatan Buat Pakatan Sebelum Pilihanraya Sarawak
- Undi 16 April, penamaan 6 April
- Bomoh Menguasai Kerajaan Sarawak???
- BN Pusat Tolak Taib!!Kini Rakyat Sarawak Akan Tent...
- Adakah Semua Tanah Di Sarawak Di miliki Oleh CM Se...
- Dimana Farok Majeed Dan Bagaimana Kekayaan Onn Mah...
- Masalah Kampung Senadin Miri - Apa Tindakan YB ?
- Nasib Bekas Perajurit Yang Dipinggirkan
- Kera Di hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelapar...
- Penduduk Kampung Pasir Sedia Bersama PAS!!!
- Dr.George Chan Dan Datuk Bandar Miri Angkuh, Ingka...
- Nilai Kekayaan Anak CM Yang Tidak Terhingga Banyak...
- Akibat kekurangan Dana Kerajaan Biarkan Insuran Mo...
- Tanah Dirampas Untuk kepentingan Keluarga CM
- Penduduk Kampung Di Bandaraya Miri Sedia Untuk Per...
- Simulasi Pilihanraya PAS Miri Mantapkan Persiapan
- PR Sarawak Leaders Show Their Unity
- Pemunggut Yang Malukan Sarawak
- Ahli Parlimen Kota Samarahan Muncul Semula Dalam F...
- Negara Luar Diminta Beku Asset Taib Dan Keluarga D...
- Akibat Barang Naik Kita Akan Merempat!!!
- Penduduk Dipaksa Pindah Tanpa Balas Kasihan!!!
- Duit Kerajaan BN Adalah Duit Rakyat!!!
- Pihak Keselamatan Mesti Bersikap Professional
- Bantahan Antarabangsa - Hentikan Rasuah Pemimpin B...
-
▼
March
(29)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
1.Rasulullah bersabda: Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat (Hadis riwayat Muslim).
2. Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
3.Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).
4."Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa". – (Hadis riwayat Muslim)..
INDAHNYA AJARAN ISLAM
KITA YG MENGAKU ISLAM BAGAIMANA YA?
MUHASABAHLAH DIRI...
PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM,USAHLAH TERIKUT2 DGN CARA PARTI LAIN. BERJUANGLAH SECARA YG DITUNTUT OLEH SYARIAT.
USAHLAH MENYUBURKAN BUMI ALLAH INI DENGAN FITNAH.
BERJUANG DAN BERJIHADLAH TANPA FITNAH.
ISLAM FOR ALL,BUT PAS IS X4 SARAWAK.
WASSALAM
kpd encik anonymos
1. memanglah tidak jelas sebab kalau baca tajuk pun dalam persoalan. fakta-fakta yang dikemukan menimbulkan persoalan yang mesti dijawab. Jelas atau tidak jelas ialah apabila persoalan ini dijawab, jawapan terhadap persoalan inilah yang dinamakan sebagai penjelasan.
2. jika anda mengketegorikan tulisan ini fitnah, anda bertanggungjawab mengemukakan bukti bahawa apa yang ditulis adalah tidak betul. selagi mana anda tidak membuktikan tulisan ini tidak betul, berdasarkan hadith yang anda nyatakan (seolah-olah kandungan tulisan ini fitnah) tidakkah anda sedang membicarakan sesuatu yang belum jelas? tidakkah anda takut azab allah seperti hadith yang anda sebut?
3. Apabila seorang pencuri yang beragama islam telah melakukan jenayah mencuri, maka menjadi tanggungjawab kita untuk buat report kepada polis. apakah tindakan kita buat report kpd polis dikira sebagai "menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang muslim"? jadi saya nasihatkan anda rujuk dahulu perbahasan hadith juga perbahasan tentang mengumpat yang diharuskan.
4. memang sekarang ini ilmu islam sedang dihapuskan. nak tanya, siapa yng hapuskan tulisan jawi yang mana tulisan jawilah ketika itu ramai org melayu mampu membaca al-qur'an? siapa yang hentikan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat sedangkan sekolah agama rakyatlah tempat berkembangnya ilmu islam? siapa yang cadang nak larang guna nama islam dalam pertubuhan?