More Anger in Miri Against George Chan!
Monday, March 14th, 2011 GMT – (From Sarawak Report)

George Chan, Deputy Chief Minister and President of SUPP, parks his car on the yellow line!

Hot on the heels of today’s scenes in Miri where George Chan was booed and heckled by onlookers at the wet market and later at a coffee shop, we have been given a flavour of why his consituents can’t stand the man! An angry reader from the Deputy Chief Minister’s home town has sent Sarawak Report pictures of Chan’s car and also the car of Miri’s BN Mayor, Lawrence Lai Yew Son, parked on yellow lines without any danger of a ticket he says! The reader, who got a ticket himself in exactly the same spot, says he has seen both cars using the same position on a regular basis, which is how he got the photos so easily. The rest of us can only sympathise. Surely there is nothing more annoying than a law that the rest of us have to obey, but that those who made it flagrantly ignore? Parking in central areas is frustrating enough without getting a ticket and then seeing your leaders and representatives getting away scot free!

I make the laws, but it is for you to obey them not me!

Our reader laid out his fury in plain terms in his letter to us. He said that he had got a ticket earlier for parking in exactly the same spot in Jalan Ngo King Hi 339-353 at the Pelita commercial centre at Survey Supermarket. Yet he photographed the Mayor and George Chan’s car parked in the same place on the same day and they received no tickets!

” I got a ticket from the city council before but not the “leader”. I even went to the council office to complain but no action was taken”

Fumes our reader who also sent us a picture of the Mayor’s car, parked he says just next to the parking attendant’s tent!

Public servant or a man above the law? - Mayor's swish car is unscathed by ticketing

The complainant went on to tell us:

“Same goes to our Deputy Chief Minister, Mr George Chan. There were heaps of parking spaces around the area but they chose to park at an illegal place. I even asked the parking attendant why they didn’t give ticket to them. The answer is “they are the boss”. This is unfair to us and I just want to share this with everyone what a bad example our leaders “bosses” show us”.

Our reader says it was not just for a short while that Chan parked either. He had drawn up outside an SUPP meeting which he attended for at least an hour or so!

Normal people get a RM 60 fine for parking on yellow lines, which are very little money indeed for the likes of George Chan, who has managed to make so much money out of his period in office. So, maybe the logic is that such a fine is not worth putting onto the cars of BN’s YBs, since they are all so rich it would not be a deterrent!

If so, Sarawak Report might remind George Chan and his colleagues who flout the law that there is another penalty for such behaviour, which might be a little more painful for them to bear. This is the penalty against their reputation as worthy leaders and representatives, which may very well be executed on them at the upcoming election.

Hostile reception for George Chan in Miri!

The signs coming out of his very bad reception as he turned up to meet his constituents in the market do not bode well for him either. He was trying to act like a man of the people, but they are rightly worried about food price rises and petrol price rises, something that a guy who likes to dump his luxury cars on yellow lines is unlikely to worry about himself.


KEMARAHAN UMUM TERHADAP GEORGE CHAN DI MIRI SEMAKIN MENJADI!
Di Miri hari ini George Chan telah dicerca dan dicemuh oleh segelintir pemerhati di pasar basah dan seterusnya di sebuah kedai kopi, yang mana kami telah mengenalpasti mengapa kawasan pilihanrayanya semakin tidak tahan dengan gelagatnya!
Seorang pembaca yang berasal dari daerah kelahiran Timbalan Ketua Menteri itu telah menghantar gambar-gambar kereta Chan dan juga kereta Walikota BN Miri, Lawrence Lai Yew Son, yang diletakkan sembarangan di atas garisan kuning tanpa menghiraukan dikenakan saman trafik katanya!
Pembaca berkenaan, yang pernah disaman kerana meletakkan keretanya di tempat yang sama, mengatakan dia pernah melihat kedua-dua kenderaan menggunakan tempat yang sama kerap kali, yang membolehkan beliau mengambil gambar dengan mudah.
Kita mungkin mampu bersimpati. Jika kita tidak selesa kerana terpaksa akur dengan undang-undang, sedangkan para penggubal undang-undang telah sesuka hati melanggarinya, siapa yang tidak marah? Siapa yang tidak kecewa jika kita mendapati ada di kalangan pemimpin kita atau wakil kita meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tanpa disaman!
Saya gubal undang-undang, tetapi andalah yang perlu mematuhinya, bukannya saya!
Menurut pembaca laman kami itu, beliau sebelum itu pernah disaman kerana meletakkan keretanya di tempat yang sama di Jalan Ngo Hing Kii 339-353 di Pelita Commercial Centre berdekatan dengan Survey Market. Namun beliau sempat mengambil gambar kereta George Chan dan Walikota Lai yang diletakkan di tempat yang sama pada hari yang sama tetapi tidak dikena sebarang saman!
“Saya disaman oleh Majlis Bandaran dahulu, tetapi “pemimpin” kami tidak mendapat apa-apa pun. Saya pernah pergi ke pejabat Majlis Bandaran untuk mengadu, tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tindakan pun”
Si pengadu seterusnya memberitahu kami:
“Terdapat banyak tempat letak kenderaan di dalam bandar Miri tetapi mereka (George Chan dan Lai) memilih untuk meletakkan kenderaan mereka sesuka hati. Saya juga bertanya dari atendan yang bertugas ketika itu, kenapa mereka tidak dikena saman. Jawapan yang saya terima adalah “mereka itu adalah bos”. Ini sudah tak adil bagi setiap orang, mereka telah menunjukkan tauladan yang buruk”.
Menurut pembaca kita itu lagi, kereta George Chan telah diletakkan di situ dalam jangka masa lebih sejam kerana Chan telah menghadiri mesyuarat SUPP di salah sebuah bangunan di situ!
Orang biasa akan dikenakan saman RM60 jika didapati bersalah meletakkan kenderaan atas garisan kuning, sejumlah wang yang amat kecil bagi orang seperti George Chan, yang dapat memperolehi wang yang banyak semasa beliau menjadi menteri!
Sarawak Report ingin, dengan hormatnya, mengingatkan George Chan dan rakan-rakan sejawatannya dalam kerajaan BN yang angkuh yang gemar melanggari undang-undang, masih ada lagi bentuk denda yang akan dikenakan ke atas mereka. Denda yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang harus mereka takutkan pada pilihanraya yang akan datang nanti.
Pada hari itu juga, beliau mendapat petanda yang tidak baik ketika beliau mengadakan kunjungan ke market yang berhampiran untuk bertemu dengan para pengundinya. Beliau cuba memperlihatkan dirinya sebagai seorang wakil yang sebenarnya kepada orang ramai di situ, tetapi dia mendapati kebanyak orang yang dia jumpai masing-masing mempertahankan hak-hak kepenggunaan mereka dengan menyatakan harga barang harian kian meningkat, tetapi langsung tidak dipedulikannya sebagai seorang yang gemar meletakkan kenderaan mewahnya sesuka hati.

PS: Dr Chan kamu tanya PAS bolehkah orang cina sokong PAS kalau letak calon Cina PAS dalam kawasan Miri? Kita yakin orang cina dan juga bumiputera sudah bersedia untuk menukar kerajaan BN di Sarawak nanti. Jadi kita boleh letak sesiapa saja jadi calon asal bukan perompak dan perampas tanah rakyat. PAS untuk Semua.
Kalau kita lihat gambar diatas menunjukan sebuah kenderaan YB yang parking sebarang di bandar Miri. jadi kita fikir sendiri beginikah pemimpin yang kita mahu pilih lagi dalam pilihanraya umum nanti? Mereka sendiri melanggar peraturan sedangkan rakyat yang selalu kena denda sekiranya mereka lakukan kesalahan kecil tapi bagi pemimpin BN mereka boleh melanggar peraturan sesuka hati mereka tanpa sebarang tindakan undang-undang dikenakan keatas mereka. Sekarang kita lihat sendiri jalanraya di Bandaraya Miri semakin sempit dan kopon tiket parking pun naik harga. Jadi yang terus jadi mangsa adalah rakyat sedangkan pemimpin BN dan kroni-kroninya bebas melakukan kesalahan tanpa bimbang akan sebarangan tindakan. Bah mari kita semua bersedia untuk mengubah semua ini denga memakah PAS dan PAKATAN Rakyat dalam piliharaya umum Sarawak nanti. Insy'Allah pasti ada kebaikian buat semua.