Posted by pas-miri
in Thursday, May 26, 2011
Lawatan Tuan Haji Mat Sabu Dapat Memberi Semangat Perpaduan Pakatan Di Miri
Miri 26 Mei 2011- Program lawatan sambil kerja Tuan Haji Mat Sabu,AJK PAS Pusat ke Miri pada 24hb Mei 2011 baru-baru ini benar-benar memberi impak dalam meneruskan momentum Pakatan Rakyat Miri yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR dalam bersiap sedia dalam menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri YB DUN Piasau yang baru, En Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (wakil rakyat sebenar bagi DUN Senadin yang tewas dengan majoriti 58 undi pos ) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee. Tuan Haji Mat Sabu juga memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Beliau yakin sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10 atau lebih kerusi Parlimen, Insya-Allah beliau yakin kerajaan pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk dibawah pemerintahaan baru di Pusat.
Sebaik selesai perjumpaan tersebut,rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang lalu. Ini susulan dari pertemuan awal yang lalu. Lebih dari 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan dari Pakatan Rakyat.
Gambar menunjukan Tuan Haji Mat Sabu menyampai sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah yang terbakar.
Pada sebelah malam rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman YDP PAS Miri. Pada ceramah tersebut dalam ucapan aluan YDP PAS Miri ada menyatakan hasrat PAS Miri agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PR13 nanti memandangkan rakan pakatan yang lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu, dimana DAP bertanding di 2 buah DUN Piasau dan Pujut dan PKR di DUN Senadin. Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan,sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak. Kata beliau semasa ucapan aluan tersebut “DAP perlu ada bulan, sebab roket (DAP) tanpa bulan (PAS) memang susah untuk mendarat (berkuasa). Jadi Roket (DAP) perlu berkerjasama dengan bulan (PAS) untuk menawan putrajaya. PAS hendak buktikan bahawa PAS bukan parti esktrimis dan perkauman seperti yang disebut oleh pemimpin BN sebab itulah PAS Miri hendak buktikan bahawa mereka boleh bersama dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan adanya sokongan rakan Pakatan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hasrat PAS Miri dan Pakatan untuk menawan parlimen Miri sudah pasti akan tercapai dengan izin Allah. Insya-Allah.
Dalam ceramah perdana tersebut juga Tuan Haji Mat Sabu juga menyeru agar orang melayu jangan hanya menyerah pada takdir semata-mata. Beliau berkongsi bersama hadirin semasa pilihanraya Sarawak ke10 yang lepas dimana Katanya “Walaupun ramai orang Melayu dan penduduk bumiputera masih hidup dalam kemiskinan tapi masih tetap dengan bendera dacing untuk menyelimut rumah usang mereka.Mereka tetap memberi sokongan kepada BN.” Katanya lagi “Sifat orang kita ini ialah terserah kepada Takdir,Sikit-sikit takdir,CM kaya ,Takdir, orang cina kaya itu pun takdir, orang melayu semakin miskin pun takdir…” Katanya orang Melayu perlu berani menyuarakan masalah mereka dan perlu belajar cara budaya kaum cina/tionghua yang berani menyuarakan suara hati mereka. Antara lain kata beliau rakyat Sarawak jangan takut untuk berubah kalau takut selamanya rakyat Sarawak akan jadi hamba pada BN jadi bersedialah untuk berubah dan merdeka dari perhambaan BN selama ini.
Pakatan Sarawak akan meneruskan Program bersama rakyat walaupun pilihanraya umum negeri Sarawak baru berlalu sebab pilihanraya umum yang ke 13 (PR13) akan menentukan nasib rakyat Malaysia semada untuk terus diperintah oleh Barisan Nasion (BN) atau bertukar kepada Pakatan Rakyat (PR).
Harapan kita kali ini jangan ada perebutan kerusi di antara Pakatan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum nanti kerana kita mesti belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengambil alih kuasa dari BN dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu.
Semoga hasrat rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat terus bekerjsama dan siap sedia untuk mengambil alih putrajaya nanti.
PAS Miri
English version
The Visit of Tuan Haji Mat Sabu can encourage Unity Pact in Miri
Miri 26th May 2011 - Working visit Program Tuan Haji Mat Sabu, PAS Central Committee in Miri on 24th May 2011 recently really make an impact in the People's Alliance (Pakatan Rakyat) Miri momentum of the DAP-PKR-PAS in preparing to face the Barisan Nasional (BN) in this coming Election general-13. The program began with a meeting with Pakatan leaders consists of YB Miri Piasau new assembly, Mr Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (the right representatives of the Senadin Assembly who lost majority by 58 postal votes) and PAS Miri Chief, Tuan Haji Jofri Jaraiee. Tuan Haji Mat Sabu also gives an advice for the Pakatan to cooperate more closely and further strengthened in order to achieve the ambitions for Pakatan win to Putrajaya. He believes that if Pakatan Rakyat Sarawak can contribute 10 or more seats in Parliament, God willing, he is confident the federal government would fall and the Sarawak BN government itself would be subject under the new Governance at the Centre.
Upon completion of the meeting, the delegation went to fire victims in Pujut Corner squatters who happened several days ago. This is up from an initial last meeting. More than 17 families of fire victims receive aid from the Pakatan Rakyat.
Picture shows Tuan Haji Mat Sabu giving a contribution to one of the burning house victims.
In the evening the delegation held prime talks at the PAS Miri Chief residential. At the speech PAS Miri Chief stated that PAS Miri is very keen enough to be given an opportunity to contest Miri parliamentary in GE13 later as other coalition partners in Miri have been given the opportunity to contest Sarawak general elections recently, where the DAP to contest in 2 DUN Piasau and Pujut and PKR in the Senadin. It's time to give Pakatan a chance and show solidarity and understanding within Pakatan Rakyat Sarawak. He said in the speech that "DAP should have the moon, because of the rocket (DAP) without the moon (PAS) are difficult to land (power). So the Rockets (DAP) must cooperate with the moon (PAS) to capture Putrajaya. PAS have to prove that PAS is not extremis and racism as it is called by the BN leaders that are why PAS Miri want to prove that they can be shared with all groups of society irrespective of race and religion. With the support of alliance partners and the Board of PAS Supporters Association (DHPP) PAS Miri and Pakatan Rakyat wish to capture parliament seats would surely be achieved with the permission of Allah. Insha-Allah.
In the inaugural lecture Tuan Haji Mat Sabu also call for the Malays do not just give in to fate alone. He shared with the audience during the last 10th Sarawak election where he said "Even though many Malays and native people still live in poverty but still coverlet with the flag of scales (dacing) for their dilapidated houses. They still support the BN." He added "The character of our people always up to the fate, if CM is rich because that is the fate, even the Chinese rich also that is the fate, Malay people even poorer also that is the fate ... "He said the Malays should be bold enough to voice out their problems and needs to learn how the Chinese culture / Chinese who dare to express their conscience. Among other things he said the people of Sarawak Do not be afraid to change if they scare, they will forever be a servant of the Sarawak BN so be prepared for change and independence from the slavery of BN.
Pakatan Rakyat Sarawak will continue the program with the people despite of Sarawak state elections has pass recently and for the 13th general election (GE13) will determine the fate of the people of Malaysia whether to continue to be governed by Barisan National (BN) or switch to Pakatan Rakyat (PR).
Hope this time around we don’t want any seats allocation dispute between the Alliance at the last moment before this coming general election, we must learn from our mistakes and failures of Pakatan Rakyat Sarawak to take over power from the BN in last Sarawak general election.
May the wishes of the people to see bigger changes will come true if Pakatan Rakyat continue to work together and ready to take over Putrajaya later.
From Pas Miri
Read more...