Jawatan Ketua Kaum Sepatutnya dipilih oleh Masyarakat Setempat
Jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun. “Tidak ada undian atau pilihanraya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri,”.
PAS Miri ada menerima aduan dan juga cadangan agar jawatan Ketua Kaum sepatutnya dipilih secara demokratik bukan oleh pihak tertentu saja. Mereka sepatutnya dipilih oleh penduduk atau di kalangan anggota masyarakat setempat. Dengan cara ini Ketua kaum dapat diterima oleh semua penduduk setempat dengan hati terbuka seperti mana pemilihan wakil rakyat semasa pilihanraya.
Dengan pemilihan yang terbuka dan telus akan memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan tersebut, Kekuatan kepimpinan yang ada pada mereka juga menjadi tunjang kepada permuafakatan di kalangan anggota masyarakat dan seterusnya mewujudkan suasana harmoni di kalangan penduduk berbilang kaum. Dengan cara ini Ketua Kaum akan lebih bersikap adil untuk semua tanpa mengira fahaman politik membandingkan yang ada sekarang dipilih berdasarkan fahaman politik parti memerintah.
Diharap perkara ini dapat perhatian dari pihak yang berwajib demi kebaikan untuk semua.
With an open and transparent elections will bring benefits to residents in the area. The strength of leadership which they have also become the cornerstone of the collaboration among community members and create harmony among people of different races. In this way the community leaders will be more fair to all regardless of political affiliation compare with the elected by the current ruling political party.Hopefully this proposal can be considered by the relevent authories for the sake and interests of all.
PAS Miri
0 Comments Received
Post a Comment