Oleh Hazel Lee
MIRI –Terbiar dan tidak diperdulikan, itulah keadaan yang berlaku di Pangkalan Feri Lama Kuala Baram, kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Miri.
Suatu ketika dulu, tempat ini sangat meriah dan ekonominya berjalan rancak, namun pembinaan Jambatan Asean yang merentasi Sungai Baram menghubungkan negara Brunei Darussalam sejak hampir 10 tahun itu telah meragut suasana itu.
Sedih menyaksikan pangkalan feri lama yang suatu ketika dahulu sesak dengan kedatangan pengunjung, kini ibarat bandar mati berikutan bilangan pengunjung ke sana sehari boleh dihitung dengan jari.Jika sebelum ini terdapat lebih 40 kedai yang dibuka setiap hari, kini hanya lima buah kedai yang masih meneruskan operasi, itupun nyawa-nyawa ikan kerana tiada bisnes.Memburukkan keadaan, rumah kedai dan bangunan yang disitu usang, terbiar dan tidak diselenggara, menyakitkan mata yang memandang.
Seorang peniaga, Rosnani Buang, ketika ditemui memberitahu, tempat tersebut umpama tiada penghuni kecuali peniaga-peniaga sendiri yang terpaksa meneruskan perniagaan demi periuk nasi.
“Ramai peniaga terpaksa tutup kedai kerana mengalami kerugian. Sayangnya tempat ini dilupakan terus sejak pembinaan Jambatan Asean,” katanya dengan nada kesal.
Menurut Rosnani yang berniaga di situ sejak 15 tahun lalu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak lagi mengawasi dan menyelenggarakan tempat itu.“Jika dahulu, hasil perniagaan saya boleh mencapai sehingga RM300 sehari namun kini bisnes sudah jauh merudum. Malah saya pernah mendapat RM12 sehari,” katanya yang enggan berpindah ke ruang kedai berhampiran Jambatan Asean kerana kos sewa yang mahal.Seorang lagi peniaga yang hanya dikenali sebagai Lim, kerajaan harus mencari jalan untuk menghidupkan semula kawasan ini yang suatu ketika dulu pernah menjadi pusat aktiviti perniagaan.Katanya, jika tiada penyelesaian diambil, sudah pasti peniaga-peniaga yang masih ada akan gulung tikar dan tempat ini akan terus hilang.Sementara itu, pangkalan lama ini bukan sahaja pernah menjadi tempat feri beroperasi, malahan mempunyai wharf ekpress untuk ke Marudi.
Pangkalan Feri Lama Kuala Baram menyedihkan
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
May
(23)
- Nasib Penduduk Taman Tunku Tercemar Akibat Pembina...
- YB Daud Patut Utamakan Kebajikan Islam!
- PAS Bersedia bekerjasama Dengan Semua Pihak!
- Parlimen Miri Bakal Tumbang kiranya Pakatan Sarawa...
- Masih Ada Lagi Rakyat Sarawak Hidup Dalam Pondok U...
- Panggil Taib Dulu, Siah Beritahu Polis!
- Harga Pasport Antarabangsa Patut Dikurangkan Lagi!
- Penduduk Islam Menanti Janji BN Nak Bina Masjid Di...
- Selasa 24 Mei 2011: Ceramah Umum Perdana
- Pangkalan Feri Lama Kuala Baram menyedihkan
- 17 keluarga setinggan hilang tempat tinggal
- Kerajaan BN Makin Tertekan Untuk Naikkan Harga Ron 95
- Perundingka chara malas pengangkun pengajar: PAS
- Ketua Kaum Sepatutnya Dipilih Oleh Penduduk Bukan ...
- Terima Kasih Cikgu!
- Pulanglah Rakyat Sarawak Dan Bagi Sumbangan, Desak...
- Kenyataan Media: Pemuda PAS Miri bersedia Berjumpa...
- Salleh Pertahankan MoCS, Mencela Karim Penjilat Taib!
- YB Daud Jangan Terlalu Emosional Dengan PAS
- PAS Miri Berjaya Menyatukan Semua Kaum Di Sarawak
- Pengguna Kenderaan Lama Lega Dengan Kenyataan Bank...
- Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri Perkukuhkan Saf P...
- PAS Seru UMNO Tinggalkan BN!
-
▼
May
(23)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment