Perkhidmatan pelanggan patut dipertingkatkan dan Harga Pasport Antarabangsa Patut diturunkan
Pihak Pas Miri ada menerima aduan tentang masalah orang ramai yang mengadu tentang masalah kesukaran untuk mendapat pasport baru di pejabat Imigresen Miri terutama pada hari sabtu dan ahad dimana waktu yang diperuntukan terlalu singkat iaitu dari jam 8am – 11.30am pagi dimana waktu urusan untuk pembayaran ditutup seawal jam 11:30am. Waktu begini sajalah masa yang sesuai untuk mereka yang bekerja dapat membuat pasport baru atau memperbaharui pasport mereka dan juga anak mereka.
Bagi yang datang dalam jam 10 pagi pun proses untuk membuat pasport mereka terpaksa ditolak oleh pegawai disebabkan kaunter pembayaran ditutup awal. Ada yang mengadu terpaksa berulang alik semata-mata untuk memperbaharui atau membuat pasport baru mereka kerana ada sesetengah pegawai tidak mahu memproses paspot tersebut kerana alasan mereka terlalu banyak pasport yang perlu diproses pada waktu tersebut .
Kita berharap agar perkhidmatan pelanggan untuk membuat atau memperbaharui pasport dapat dipertingkatkan perkhidmatan mereka untuk pelanggan jangan biarkan mereka terpaksa berulang-alik dan membebankan mereka yang terpaksa turun naik ke pejabat imigresen lebih-lebih lagi waktu pejabat.
Satu perkara yang patut pihak kerajaan ambil perhatian ialah tentang harga passport antarabangsa yang terlalu mahal, bukan semua orang selalu keluar negara jadi sepatutnya harga yang ada sekarang patut dikurang lagi seperti harga asal dimana dulu harga untuk passport antarabangsa untuk lima (5) tahun cuma rm150.00 tapi sekarang harganya mencecah RM300.00 untuk 5 tahun.
Kita minta pihak berwajib dapat mempertimbangkan pemintaan rakyat ini agar kos passport dapat dikurangkan memandangkan harga barang keperluan sudah meningkat dan membebankan rakyat. Pihak kerajaan patut memberi keutamaan pada rakyat dari kepentingan politik.
English version
Pas Miri have received a complaints from the public about the difficulty to get a new passport at the immigration office in Miri, especially on Saturday and Sunday where the time allocated was too short from 8am to 11.30am and the counter for the payment was closed as early as at 11:30 am. This is only the right time for those who work to make a new passport or renew their passports and also for their children. For those who came in at 10 am for making a new passport also rejected with the reason they are a lot of passport to be process and the payment counter closed early. Some have complained where they have to commute just to renew or make their new passports. The reason because an officer unable to process and they are so much passport to be processed at that time. We hope that the immigration customer service for making or renewing passports can be improved for the customers, do not let them have to walk up and down to the immigration office and also burden them especially during office hours.
Tuan,
Ada beberapa fakta tuan yang agak mengelirukan. Izinkan saya nyatakan makluman berikut :-
1. Bayaran Minimum pasport sekarang hanyalah RM100 shj dan maksimum RM300
2. Dulu anak tuan bawah 12 tahun entitle untuk pasport kanak2 RM150 selepas usia itu RM300 tp masih boleh memohon pasport RM100.
3. Permohonan pasport bagi kategori pelajar masih pada harga RM150 dgn memenuhi syarat tertentu.
4. Sabtu dan Ahad adalah cuti umum, petugas dgn paksa rela berkerja(mrk juga berkeluarga) demi manfaat semua ditambah lagi mereka mempunyai sedikit kesukaran 'bank in' jumlah kewangan diterima. Justeru permohonan terpaksa dihadkan.
5. imi.gov.my telah menyediakan pembaharuan pasport secara dalam talian, mungkin belum diwar-warkan di peringkat negeri Sarawak.