Isu tandas: MBM jemput PAS bekerjasama
by Connie Sylvia Mesa. Posted on May 28, 2011, Saturday
Hasrat itu disuarakan Datuk Bandar Miri kerana PAS mampu menyediakan kos tender yang lebih rendah daripada yang telah disediakan pihak Majlis. MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempelawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat Miri untuk bekerjasama dalam melaksanakan projek pembinaan tandas awam bagi keselesaan pengguna di sini. Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai Yew Son berkata beliau ingin mempelawa PAS untuk bekerjasama memandang pihak terbabit mampu memberikan kos tender pada harga yang rendah. “Memandangkan pihak PAS mampu memberikan kos tender yang rendah, jadi kita (MBM) ingin mempelawa dan bekerjasama dengan mereka dalam melaksanakan projek tandas awam yang masih dalam pembinaan masa ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu baru-baru ini dalam akhbar bahasa Cina, yang menyatakan pihaknya mampu menyiapkan projek tandas berkonsepkan tandas hijau di Pusat Komersil Saberkas dengan kadar tender yang rendah iaitu pada kadar RM40,000 hingga RM80,000 daripada RM128,000 yang dijangka oleh MBM. Menurut Lai, projek terbabit yang akan memperkenalkan konsep tandas hijau yang lebih selesa dan juga mesra pengguna. Katanya, reka bentuk yang akan digunakan membolehkan lebih cahaya matahari masuk melalui bumbungnya yang lut sinar manakala peredaran udara adalah lebih baik. “Apa yang penting, bauan yang kurang menyenangkan juga akan kurang kerana tandas konsep hijau ini mempastikan persekitaran dalam tandas itu sendiri lebih kering,” ujar beliau. Jelas beliau lagi, bahan-bahan yang digunakan untuk melaksanakan projek terbabit adalah bahan yang berkualiti tinggi dan mahal. “Dengan kos yang ditawarkan oleh pihak PAS, ia amat mengurangkan kos yang telah dijangkakan oleh MBM dan kita mengalu-alukan mereka (PAS) untuk bekerjasama melakasanakan projek terbabit. “Tandas awam tersebut adalah untuk manfaat orang awam selain ia merupakan sebahagian usaha untuk mengutamakan kebersihan,” tambahnya.

PAS Miri comments
PAS Miri Bersedia Kerjasama Dengan Semua Pihak Tanpa Mengira Fahaman Politik
Merujuk kepada kenyataan Datuk Bandar Miri (MBM), Lawrence Lai Yew Son dalam Isu tandas dan menjemput PAS bekerjasama dalam akhbar Utusan Borneo pada 28 Mei 2011, PAS sangat menghargainya hasrat tersebut.

PAS Miri bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi atau badan-badan kerajaan yang ingin melaksanakan projek kerajaan termasuk tandas awam di pusat Komersil Saberkas Miri. Sekiranya MBM ikhlas untuk bekerjasama dengan PAS sila aturkan perjumpaan dengan pimpinan PAS dan juga Pakatan Rakyat untuk tindakan selanjutnya.Apa yang penting kita mahu tender yang telus dan terbuka untuk orang ramai supaya mereka dapat tahu kos sebenarnya projek tersebut. Persoalannya sekarang mengapa kos tandas tersebut agar tinggi dan kita cuma mahu tahu anggaran sebenar projek tersebut kerana ianya melibatkan wang rakyat (pembayar cukai).

Semoga dengan kerjasama ini nanti akan menjadi Miri sebuah bandaraya yang lebih indah dan bebas dari unsur-unsur dan gejala negatif.

PAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada MBM kerana memberi kepercayaan kepada PAS untuk bekerjasama demi kebajikan untuk semua tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik.
Insya-Allah kita berharap kerjasama ini akan mendatangkan lebih kebaikan untuk penduduk Miri khasnya. Konsep PAS adil untuk semua.


English version

PAS Miri Willing To Cooperate With all regardless of political differences
Referring to the Miri Mayor's statement (MBM), Lawrence Lai Yew Son on the toilet issue, and invited PAS to work together in Borneo Post newspaper on May 28, 2011, PAS really appreciate that wish.

PAS Miri willing to cooperate with all agencies or government bodies who wish to carry out government projects, including public toilets in commercial centers Saberkas Miri. If MBM is sincere to cooperate with PAS, please arrange a meeting with the PAS leaders and the Pakatan Rakyat for further actions. The important thing what we want is the tender must be transparent and open to the public so they can know the actual cost of the project. The question is why the cost of the toilet is quite high and we just want to know the exact estimate of the project because it involves people's money (taxpayers).

Hopefully this corporation will make Miri city more beautiful and free from negative elements.

PAS would like to thanks the MBM for their faith in PAS to collaborate for the welfare for all regardless of race, religion and political affiliation.
God willing, we hope this cooperation will bring more benefits to Miri people in particular. PAS concept is justice for all.