Gambar Tapak Projek Masjid Senadin Yang Masih Terbelangkai


YB Daud patut jaga hal ehwal Islam bukan nak pantau gerakan Islam Saja
Merujuk kepada kenyataan YB Daud dalam Borneo Post pada Mei 28, 2011 berkenaan dengan pemantauan ustaz dari semananjung dalam mengajar agama di negeri Sarawak.

PAS Sarawak amat kesal dengan kenyataan YB Daud mengatakan yang ustaz-ustaz yang datang dari semenanjung mengajar secara extrimis dan menghasut rakyat agar menentang kerajaan. Sepatutnya YB Daud lebih memberi tumpuan kepada kebajikan umat Islam serta memberi lebih peluang untuk umat Islam Sarawak belajar agama dengan membuka lebih banyak lagi madrasah atau sekolah-sekolah agama. Beliau sepatutnya bekerjasama dengan ustaz dan guru agama bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar dan mengembang ajaran Islam di Sarawak. Isu-isu kekurangan guru agama serta pembinaan masjid yang terbelangkai seperti masjid di Senadin patut diberi keutamaan.
Gambar Plan Reka Bentuk Masjid Baru Senadin

Tahukah YB Daud ustaz-ustaz dari semananjung dengan rela hati dan sanggup berpisah dengan keluarga serta meninggalkan kampung halaman mereka semata-mata untuk mengajar agama kepada penduduk Islam di Sarawak. Berapa ramaikah ustaz atau guru agama tempatan yang boleh menampung kekurangan guru agama di Sarawak? Bolehkah YB Daud menyediakan dan bersedia untuk menampung kekurangan guru-guru agama di Sarawak di kalangan penduduk tempatan sendiri? Janganlah disebabkan takut pada bayang-bayang sampai menuduh ustaz dari semenanjung mengajar orang Sarawak jadi extrimis dan menentang kerajaan.

Kita juga hairan dengan kebanyakan sikap pemimpin BN Sarawak yang tidak dapat menerima teguran atau pandangan orang lain. Mereka lebih suka rakyat Sarawak berfikiran seperti di zaman penjajah dulu dimana rakyat jangan sesekali menegur kerajaan kerana sesiapa yang berani menegur kerajaan dianggap sebagai penentang kerajaan.
Cubalah buka minda sedikit wahai pemimpin BN Sarawak jangan disebabkan kepentingan politik sempit sanggup membiarkan rakyat Sarawak tinggal jauh kebelakang. Bukan saja dari segi pembangunan bahkan juga dari segi pemikiran. Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi masih ramai lagi rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan. Jangan bersikap seperti “katak dibawah tempurung” mengganggap semua orang selain BN tidak pandai memerintah dan membangun negara ini.

PAS bersedia berjumpa dengan YB Daud dan Majlis Islam Sarawak berkenaan dengan perkara yang melibatkan Islam demi penyatuan umat Islam.
Utamakan kepentingan rakyat dari kepentingan peribadi dan politik semata-mata

PAS Miri

English version

YB Daud should take care of the affairs of Muslims and is not only monitoring the Islamic movement.
Referring to the statement of the YB David in the Borneo Post on May 28, 2011 with respect of “MIS will monitor ustaz from Peninsular in the state”.
PAS Sarawak was disappointed with the statement from YB Daud said that the teacher who came from the peninsula teach extremis and inciting people to oppose the government. The YB Daud is supposed to focus on the welfare of Muslims and give more opportunities to learn the religion of Islam in Sarawak and to open more madrasah or religious schools. He should cooperate with the teacher and religious teachers how best to teach and expand the teaching of Islam in Sarawak. The issues like lack of religious teachers and the construction of the mosques, as where is in Senadin mosque still waiting for construction should be given priority.

Did YB Daud know the ustaz (teaches) from the Peninsular come here with open heart and willing to separate from their families and leave their homes just to teach religion to the Muslim population in Sarawak? How many local religious teacher or teachers who can meet the shortage of religious teachers in Sarawak?
Can the YB Daud provides and are willing to accommodate the lack of religious teachers in Sarawak itself among the local population? Do not because of afraid of the shadows to accuse the teacher from Peninsular teaching the Sarawakian so extremis and against the government.

We are also puzzled by the attitude of most of the Sarawak BN leaders are unable to accept criticism or views of others. They want the people of Sarawak think as the colonial past where people should never criticize the government for those who dare to criticize the government regarded as opponents of the government.

Try to open the minds of some O Sarawak BN leaders not because of narrow political interests willing to let the people of Sarawak live far behind. Not only in terms of development but also in terms of thinking. Sarawak is rich in natural resources but there are still many people of Sarawak live in poverty. Do not act like "a frog under the shell" assuming all the other than BN, nobody knows how to govern and develop this country.

PAS are willing to meet YB Daud and the Sarawak state Islamic affairs on the Islamic matter for the sake of Muslim unity.
Give priority to the interests of the people and not personal political interests alone