Bolehkah Malaysia Mempunyai Petrol 1 liter 1Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M)?
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat negara ini mengemukakan sebarang cadangan serta idea yang bernas bagi Bajet 2013. Oleh kerana Negara kita sudah terkenal dengan 1Malaysia seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan sebagainya, maka kita cadangkan agar kerajaan perlu memberi kepada semua rakyat Petrol 1Malaysia atau Petrol 1 liter 1 Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M). Dengan harga petrol 1 liter 1 ringgit maka semua rakyat akan menikmati hasilnya, bukan hanya segelintir saja seperti pemberian BR1M.
Dengan penurunan harga petrol maka segala Kos pengangkutan sudah pasti dapat dikurangkan dan dengan ini harga barang keperluan juga boleh diturunkan. Punca utama harga barangan naik adalah disebabkan Kos pengangkutan yang mahal disebabkan harga bahan api yang digunakan oleh kenderaan pengangkutan juga mahal.
Kalau kerajaan mampu menurunkan harga petrol, kita yakin tiada sebab untuk para peniaga menaikan harga barang keperluan dan sudah pasti kehidupan rakyat akan seimbang dengan pendapatan harian mereka.
Beranikah Datuk Seri Najib mengumumkan harga Petrol 1Malaysia seperti yang dicadangkan seperti diatas? Kalau kerajaan Najib mampu membuat demikian, sudah pasti rakyat akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan mampu memiliki barang keperluan yang sepatutnya.
Sekarang hampir semua barang keperluan naik, seperti Kos harga rumah yang melambung terlalu tinggi sehingga golongan pendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah yang mencecah harga setengah juta ringgit sebuah. Punca pendapatan yang tidak seimbang dengan keperluan seharian menyebabkan rakyat Malaysia dilanda masalah hutang yang berpanjangan.
Adakah kerajaan pernah memikir masalah dan nasib rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sendiri di seluruh Negara? Harga rumah mahal begitu juga dengan harga kenderaan sehingga sukar untuk rakyat memilikinya tanpa berhutang berpanjangan. Ada diantara mereka terpaksa meminjam wang dengan 'Along' untuk memiliki barang keperluan tersebut dan ada yang terpaksa menjualkan harta pusaka semata-mata untuk membayar hutang yang berpanjangan.
Kalau kerajaan benar-benar ikhlas hendak membantu rakyat, barang keperluan inilah yang sepatutnya diberi keutamaan kepada rakyat. Antara lain, kalau di Sarawak jalan penghubungan, tanah untuk pertanian, tempat kediaman dan juga infrastruktur perlu diberi keutamaan bukan hanya memberi barang keperluan sekali saja. Ini bukan jalan penyelesaian yang terbaik tetapi lebih bersifat sementara saja seperti pemberian BR1M dan sebagainya.
Rakyat perlu diberi pendidikan serta kursus kemahiran agar mereka boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan kerajaan sepenuhnya tetapi dengan syarat kerajaan perlu memberi tempat ruang perniagaan serta tempat untuk mereka menggunakan kemahiran mereka tanpa sebarang sekatan yang boleh membantutkan usaha mereka.
Apa yang dilakukan kerajaan selama ini menyebabkan rakyat terbantut fikiran mereka dan terus bergantung hidup dengan kerajaan terutama sekali penduduk diluar bandar. Mereka diugut dengan kata-kata yang menakutkan mereka, seperti sekiranya rakyat tidak menyokong pemerintah segala bantuan dan kemudahan akan ditarik balik dan rakyat akan hidup susah kalau memilih kerajaan lain selain kerajaan BN. Kata-kata inilah yang telah merosakkan pemikiran rakyat yang kurang berpelajaran termasuk juga mereka yang ada kepentingan dalam urusan peniagaan dengan pihak kerajaan.
Kita tidak mahu rakyat hidup dalam ketakutan sehingga mereka jadi lemah dan tidak mampu berdikari disebabkan cara pemikiran mereka telah diracun oleh pemerintah yang sudah lama memerintah. Kita tidak mahu rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu dan juga Bumiputera jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan terus hidup dalam kemiskinan.
Mereka hanya bergantung kepada subsidi kerajaan sehingga mereka langsung tidak mahu berubah disebabkan terlalu bergantung hidup dengan dasar kerajaan yang tidak memberi mereka ruang untuk bebas berfikir dan berdikari.
Kita harap kerajaan baru nanti dapat mengubah persepsi rakyat agar jangan hanya bergantung dengan subsidi tapi lebih kepada usaha sendiri. Kerajaan yang baru nanti perlu memberi lebih ruang untuk rakyat menjalankan usaha peniagaan mereka sendiri dan juga dapat mencipta sesuatu inovasi atau teknologi baru untuk kepentingan umum.
Harapan rakyat untuk melihat Malaysia setanding dengan Negara maju lain akan tercapai sekiranya pemerintah tidak menyekat rakyat bersuara dan membebankan rakyat dengan masalah bebanan hutang negara yang berpanjangan. Semoga impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan pada masa hadapan dengan pemerintahan baru yang lebih baik dan adil untuk semua. Insya-Allah.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Can Malaysia have Petrol 1 liter 1 Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M)?
Datuk Seri Najib Tun Razak invites all the people of this country to submit any suggestions and ideas for 2013 Budget. Because our country has known with 1Malaysia, such as 1Malaysia People’s Aid (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), 1Malaysia clinics, etc. then we propose that the government should give to all 1Malaysia Petrol or Petrol 1 liter 1 Ringgit 1Malaysia (P1L1R1M). With the price of petrol 1 liter 1 ringgit then all people will enjoy the result, not only a few just like giving BR1M.
With reduction in petrol prices, and all transportation costs will certainly be reduced and the prices of consumer goods can also be reduced. The main cause of the commodity prices increase is due to the expensive transportation costs due to the price of fuel used by transport vehicles are also expensive.
If the government were able to lower the price of petrol, we are confident there is no reason for traders to raise prices of essential goods and of course, lives of the people will be balanced with their daily earnings.
Do dare Datuk Seri Najib to announce petrol price 1Malaysia as suggested above? If the Najib government managed to do so, I'm sure people will enjoy a better life and be able to have the proper necessities.
Now almost all consumer goods rise, as the cost of house prices that bounce is too high, until lower and middle income groups cannot afford to have a house that price reached a half of million ringgits. Sources of income inequality with daily needs, resulting people of Malaysia was hit by a prolonged debt problem.
Does the government ever think of the problems and the fate of the people who cannot afford to have their own homes in the country? The expensive home prices as well as vehicle prices making it difficult for people to own without prolonged in debt. Some of them have to borrow money with ‘Along’ to have these necessities and some have to sell the estate solely to pay long term debt.
If the government is really sincere to help the people, these essentials should be given priority to the people. Among other things, if in Sarawak, road connectivity, land for agricultural, residential and infrastructure should be given priority not only give essential items once-off. This is not the best solution but rather a provisional like giving BR1M and others.
The people should be given education and skills training courses so that they can be independent without the need for full government support but on condition that the government should give the place of business space and place for them to use their skills without any restrictions that may hinder their efforts.
What the government have done for this while cause the people minds stagnant and continue dependent on the government especially the rural population. They were threatened with the words that frighten them, such as if the people do not support the government all assistance and facilities would be withdrawn and the people will be living hard if they choose other than the BN government.
These words that have been corrupted the mind of the less educated people including those who have an interest in business dealings with the government. We do not want people live in fear until they are so weak and incapable of self-reliance due to their mindset have been poisoned by the long-ruling government. We do not want the people of Malaysia, especially Malay and also Bumiputera far behind the economy and continue to live in poverty.
They depend on government subsidies until they did not want change because they are too dependent on government policy that does not give them space to think freely and independently.
We hope our new government later be able to change the perception of the people so that do not only depend with subsidy but more to their own effort. The new government will need to provide more space for people pursuing their own business and also to create an innovation or new technology for the public interest.
Expectations of the people to see Malaysia on par with other developed countries will be achieved if the government does not restrict people's speech and burden the people with the problem of prolonged national debt. May the people of Malaysia dream become a reality in the future with new and better governance and justice for all. God willing
Read more...