Apa kaitan Kompleks Islam Sarawak Dengan Umat Islam Sarawak?
KUCHING - Sebuah Kompleks Islam Sarawak yang masih dalam pembinaan setinggi 17 tingkat, dengan Kos kira-kira RM100 juta ringgit dibina di tapak Jabatan Agama Islam Sarawak, yang meliputi keluasan 1.2 hektar dibiayai sepenuhnya oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Kompleks Islam Sarawak ialah Mercu Tanda dan Kebanggaan Umat Islam Negeri Sarawak demikian menurut pandangan TBS.
Betulkah komplek ini suatu kebanggaan kepada umat Islam Sarawak? Sudahkah TBS melaksanakan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sebuah organisasi Islam yang Dinamik dan Pembela kepada umat manusia khususnya masyarakat Islam Sarawak seperti mana dalam Visi TBS?
Seperti umum mengetahui bahawa Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak untuk membantu umat Islam Sarawak yang kurang berkemampuan khususnya golongan 8 asnaf.
Badan yang beribu pejabat di Kuching, Sarawak ini menyediakan kemudahan mengutip, mengagih, mengurus (mentadbir) Dana Zakat, Dana Wakaf dan Dana Baitulmal disamping memberi penerangan tentang kewajiban berzakat, berwakaf dan bersedekah khususnya bagi umat Islam di negeri Sarawak.
Zakat yang dibayar oleh pembayar zakat selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak bagi kelapan-lapan asnaf zakat.
Firman Allah yang bermaksud:- 'Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)
Adakah pembinaan Kompleks Islam Sarawak yang menggunakan wang zakat ini menepati hukum syarak dan bagaimana pula tentang nasib umat Islam Sarawak yang masih lagi belum mendapat pembelaan sepenuhnya.
Masih ramai lagi umat Islam Sarawak yang hidup di bawah tahap kemiskinan dan sepatutnya mereka ini diberi keutamaan dalam bentuk bantuan kebajikan, pelajaran dan juga bidang ekonomi agar mereka ini nanti dapat hidup berdikari. Memang tidak dinafikan TBS ada membantu golongan asnaf ini tetapi ianya tidak begitu jelas dan kelihatan atau telus.
Bukan kita menentang kemajuan dan pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh TBS tetapi biarlah ianya benar-benar memberi manafaat kepada semua umat Islam khususnya umat Islam Sarawak yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan juga arus pembangunan. Kalau perkara ini dapat direalisasikan maka tiada masalah untuk membina bangunan yang tinggi dan megah ditengah-tengah kotaraya setelah umat Islam Sarawak bebas dari kehidupan dibawah tahap kemiskinan.
Kita mendesak agar projek pembangunan yang menggunakan wang zakat dipantau sepenuhnya oleh pihak yang beramanah dan tidak disalahgunakan semata-mata untuk bermegah dan berbangga dengan kemewahan sehingga mengabaikan peranan dan tanggungjawab sebenar TBS terhadap lapan golongan asnaf dan juga umat Islam Sarawak.
Kita mahu wang zakat tersebut benar-benar sampai kepada golongan sasaran bukannya hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu saja yang suka bermegah dengan bangunan tinggi yang belum tentu boleh memberi menafaat dan keuntungan kepada umat Islam Sarawak yang benar-benar memerlukannya.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
What is relevance of the Sarawak Islamic Complex with Sarawak Muslims?
KUCHING – A Sarawak Islamic Complex under construction as high as 17 storeys, with a cost of about RM100 million ringgits built on site of Islamic Religious Department, which covers an area of 1.2 hectares is fully funded by Sarawak Baitulmal Fund (SBF). Sarawak Islamic Complex is the Landmark and the Pride of the Muslim State according to the views of SBF.
Are these complexes a pride to Sarawak Muslims? Have SBF fully discharge their responsibilities as a Muslim dynamics organization and defender of mankind, especially the Muslim community in Sarawak as SBF Vision?
As such general knows that Sarawak Baitulmal Fund (SBF) was established by the Sarawak government and responsible role in the management of Zakat, Waqf and alms in Sarawak to help the Muslims of Sarawak, who are less fortunate, especially the 8 recipients (asnaf).
The body which is headquartered in Kuching, Sarawak has facilities to collect, distribute, manage (govern) Zakat funds, endowment funds and treasury funds as well giving an explanation of zakat obligation, endowment and alms especially for Muslims in Sarawak.
Zakah paid by the taxpayers other than Zakah purifies wealth and souls of the paying Zakah is one of the main funding source for welfare goals and development in accordance with the provisions of Islamic law for the eight recipients of zakah.
Allah says which means: As-Sadaqat (here it means Zakah) are only for the Fuqara' (poor), and Al-Masakin (the poor) and those employed to collect (the funds); and for to attract the hearts of those who have been inclined (towards Islâm); and to free the captives; and for those in debt; and for Allah's Cause (i.e. for Mujahedin - those fighting in the holy wars), and for the wayfarer (a traveller who is cut off from everything); a duty imposed by Allah. And Allah is All-Knower, All-Wise. (Surah At-Taubah, Ayat 60)
Is the construction of the Sarawak Islamic Complex using this Zakah money meet with the Islamic law and how about the plight of Sarawak Muslims which is still not getting the full defense.
There are many Muslims who live in Sarawak under the poverty line and these should be given priority in terms of welfare, education and economic fields so that they will be able to live independently. There's no denying SBF is helping the recipients but it is not very clear and visible or transparent.
We are not against the progress and development to be undertaken by SBF but let it really beneficial to all Muslims, especially Sarawak Muslims which is still far behind in economic fields as well as the mainstream development. If the matter can be realizable there is no problem to build a high and magnificent building in the middle of the city after the Muslim of Sarawak is free from living under the poverty line.
We urges development projects using Zakah money is fully monitored by a trustworthy and not abused just to boast and pride in the luxury until ignore the actual roles and responsibilities of the SBF to eight recipients and also Sarawak Muslims.
We want the Zakah money really reach the target group not only benefit certain parties alone, who likes to boast of high buildings, which may or may not gives benefit and profits to the Muslims of Sarawak who really need it.
Ada banyak lagi golongan asnaf yg perlu bantuan tetapi Baitulmal terlalu berkira...
1.Mohon pihak Pas memberi bukti nyata bahawa pembinaan bangunan tersebut menggunakan wang Zakat,tanpa bukti ia adalah fitnah=DOSA BESAR
2.Beri contoh di mana negeri Pakatan rakyat yang tidak ada orang Islam miskin kerana hebatnya pengurusan wang zakat di negeri tersebut? Jangan cakap kosong sahaja, bagaimana???
Ada banyak lagi golongan asnaf yg perlu bantuan tetapi Baitulmal terlalu berkira...SEKADAR PERSEPSI,KALAU BENAR BAGAI DIKATA...BOLEH NYATAKAN DI MANA DAN BILA BAITULMAL TERLALU BERKIRA/ SEBAB KITA PUN INGIN TAHU SANGAT.
DALAM ISLAM, SEINGAT SAYA KITA TIDAK BOLEH BUAT TUDUHAN SEMBARANGAN.kITA TERIKAT DENGAN DOSA PAHALA, BETUL TAK?
Nampak gayanya Pas Sarawak nak hancurkan perpaduan ummat Islam Sarawak.
Memang inilah yg ditunggu2 oleh musuh Islam..
Tahniah Pas anda akan ampit sama terima bala dr Allah seandainya anda terlibat dan bersungguh2 nak tumbangkan kepimpinan Islam di Sarawak...
ISLAM SESUAI DAN RELEVAN DULU,KINI DAN SELAMANYA....TAPI PARTI BELUM TENTU SESUAI DI SESUATU TEMPAT,ITU KENA FIKIR BETUL2,JGN BERTINDAK MEMBABIBUTA.
YANG DIKENDUNG SIK DPT,YG DIKEJAR BERCICIRAN....
JGN ULANG LAGI KESLIPAN UMMAT ISLAM DI SABAH DLOK.
MASIHKAH KAU INGAT?KENAPA UMNGOK DIBAWA MASUK KE SABAH?
INGAT! MELALUI PILIHANRAYA SPA MAJORITI NYA MEGANG KUASA...
'SATU ORG=SATU UNDI'
Auk benar nya..kmek nanggar Pas hanya sesuai di Malaya ajak,sebb di sinun org Islam majoriti.
Kita di Swak ni dpt ngikut cara sidaknya..kita di Swak Kerajaan Campuran dr pelbagai suku dan agama.
Apa di sinun ada jaminankah sidaknya lebih bait mun jd krjaan.
Apa dah jd negeri diperintah sidaknya di Malaya nun xabis2 kelahi ajak....
Nang mabuk politik....
Budaya kedak iya nak diembak ke Swak???
kalau di ikut statement dlm newspaper kata datuk daud komplek Islam tok dibaiyai sepenuhnya oleh TBS...so kena tanya datuk daud mcmney sidak TBS dapat duit pky buat kopmplek Islam ya?
PAS hanya highlite & ingin penjelasan bukan menuduh sebarang..baca sampei abis sebelum komen...selamat berpuasa...udah agik nganok antara satu sama lain...
"Adakah pembinaan Kompleks Islam Sarawak yang menggunakan wang zakat ini menepati hukum syarak dan bagaimana pula tentang nasib umat Islam Sarawak yang masih lagi belum mendapat pembelaan sepenuhnya."
Dari mana JJ dpt maklumat pembinaan bangunan tersebut dr wang Zakat?????
Bukankah itu yg dinamakan FITNAH????
Kalau jahil, bertanyalah kepada yg lebih tau,jgn nak hentam sahaja pok!
Bagaimana nak perjuangankan Islam kalau bergelumang dgn najis FITNAH?
Mengikut maklumat yg shahih/fakta sebenar bangunan tersebut adalah dibangunkan dengan menggunakan Dana Waqaf;projek komersial Waqaf.
Ingat sdr,
Baitulmal ada beberapa DANA, bukan sekadar ZAKAT SAHAJA.
Sebuah parti yg bertunjangkan Islam tidak tahu menahu tentang peranan dan fungsi sesuatu jabatan,agensi dan NGOs Islam adalah sesuatu yg memalukan!
Lain kali kalau nak komen sesuatu itu biarlah berfakta,jgn hentam ikut nafsu, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan ini...
Ada Datuk Daud madah ngan PAS,molah bangunan ya makei Duit Zakat???
Kena JJ pandei2 madah makei duit zakat?
Komen macam toklah yg boleh mengelirukan masyarakat, pas iya sidaknya nyambung fitnah/bula ke ulu ilir...makin bertambah meluaslah fitnah ya dijaja...kali iya dimau oleh PAS.
Bila keadaan macam ya berlaku,mulalah masyarakat benci dgn Baitulmal/Kerajaan.
Pastinya PAS seronok sakan kerana berjaya mempengaruhi fikiran rakyat berasaskan FITNAH yg diolah dan dihias!
Kalau itulah nawaitu PAS, baik muhasabahlah perjuangan anda!
PAS@JJ nak bangunan yg hampir siap dirobohkan kah???
'BANGUNAN SIAP, PAHAT BERBUNYI'
Minda terkebelakang,pok guna akai lah?
Pas ingat nak dirikan bangunan ya macam molah pondok2kah??
Nya ingat org bodo kah?Macam nya kali?
Kena PR xmolah demo pd tahun 2009 semasa Paklah merasmikan pelancaran pembinaan Kompleks Islam Sarawak dlok?
Nie lah ktk tau,sidaknya nak makei baju warna Hitam jua kah...dah makei baju kunin,oren etc...kak ya terguling2 kat jeraya ..keda di Perak dlok bah!
Sidak PAS tok mikir main suka atikah Baitulmal molah bangunan ya...
Macam Mahathir mola Putera Jaya dlok,bukan main dianu sidaknya...
Nak dilelong kononnya...
Tapi kinek tok,sik segan silu agik terhegeh-hegeh nak ke Putera Jaya!
Tak ada rasa malukah????
Sidak Pas highlite masalah tok supaya org Islam kat Swak tok x ketinggalan...pahal nk marah2 x tentu psal..biarlah sidak TBS jelaskan masalah tok...kenak melalat ke isu lain sampei kata nk roboh...sapa yg bodoh??? bila sidak Pas kata nk roboh bangunan ya...jgnlah bagi komen paloi beri malu org swak aja bah...
kalo sapa2 tau jawaban masalah tok jawablah secara professional...jgn jgn melalut x tentu psal...maaf kalau kmk tok terlanjur kata...
kmk pun org Swak tp sokong sapa2 yg berjuang utk kebaikan umat Islam.
selamat berpuasa & maaf zahir & batin...
betul kmk orang mau jawaban jelas dari org yg ada authoriti dari TBS bukan jawaban tepi jalan yg belum jelas dan memuaskan spt kata komen katanya ada Dana Waqaf;projek komersial Waqaf.
sapa ktk ya? boleh kita bagi detail mcmney sidak dapat dana wakaf?
dari pembayar zakat TBS
mun nak highlight sesuatu perkara biarlah berfakta bukan auta!
Tok pandei2 madah molah bangunan ya makei duit zakat!
Mun xtau dari punca/sumber dana wakaf ya, bertanyalah ngan sidak TBS
atau
Buat lawatan rasmi ke HQTBS, minta sidaknya beri taklimat khas supaya ktak org rabun mata tentang projek ya,,,
An-Nahl; 43, “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.”
udah agik jgn kelahi sama dirik dlm bulan posa tok...