'Speed Bump' Perlu di Kawasan Persekolahan
MIRI - Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua Krokop, Miri perlu ada 'Speed bump ` atau rabung bulat dibina melintang ke dalam turapan jalan untuk memaksa kenderaan bergerak perlahan dalam kawasan sekolah tersebut.
Salah seorang penduduk di Krokop, Mr Yeo ada memberitahu pihak kami, agar jalan tersebut patut dibina ‘Speed bump’ kerana beliau bimbang ada kenderaan yang dipandu laju yang melalui jalan di kawasan persekolahan tersebut yang boleh mengakibatkan kecelakaan kepada pelajar yang keluar dari perkarangan sekolah. Untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap para pelajar di sekolah tersebut, beliau mencadangkan agar pihak yang berkenaan segera membina ‘speed bump’ di kawasan sekolah itu.
Sepatutnya kawasan persekolahan adalah kawasan larangan memandu laju, tetapi oleh kerana sikap sesetengah pemandu yang tidak bertimbang rasa, ada yang sanggup memandu secara laju dalam kawasan persekolahan tanpa menghirau keselamatan para pelajar yang sedang berjalan atau keluar dari perkarangan sekolah.
Untuk mengelak kesesakan jalan di waktu kemuncak dalam kawasan persekolahan, pihak yang berwajib seharusnya mengkaji serta mempelajari cara-cara yang terbaik untuk menjaga keselamatan para pelajar sekolah dan juga keselesaan para pengguna jalanraya supaya tidak berlaku ketegangan semasa memandu.
Kita mendesak pihak kerajaan dan pihak keselamatan lalu lintas agar terus memantau dan mengawasi sikap para pemandu yang tidak bertanggungjawab terutama sekali di kawasan persekolahan. Tindakan tegas seharusnya diambil keatas pemandu yang cuai dan memandu laju dalam kawasan persekolahan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
'Speed Bump’ need at School Areas
One of the residents in Krokop, Mr Yeo told us, that the road should be built 'Speed bump' because he was concerned that there is speeding vehicles through the road at the school area which can cause accident to the students coming out of the school compound. To avoid any unwanted incident which can occurred on the school's students, he suggested that the parties concerned quickly build a 'speed bump' in the school area.
Should be the school areas is a prohibited area for speeding, but because of the attitude of some drivers who are not considerate, there are those who drive fast in the areas regardless of the safety of school students who are walking or out of the school compound.
To avoid traffic jams at peak hours in school areas, the authorities should review and learn how the best way to keep safety of school students and also the convenience of the road users so as to reduce tension while driving.
We urge the government and the traffic safety to continue to monitor and supervise the behavior of irresponsible drivers, especially in the school areas. Stern action should be taken on a careless driver and speeding in the school areas.
0 Comments Received
Post a Comment