Masjid At Takwa Sudah DiBaikPulih, Bagaimana Pula Dengan Masjid Baru Senadin?
MIRI - PAS Miri sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian pihak berwajib yang telah membaik-pulih Masjid At Taqwa Miri dengan menyiapkan lantai baru dalam masjid setelah sekian lama menghadapi kerosakan teruk akibat kebocoran air hujan.
Cuma bumbung masjid saja yang masih lagi perlu dibaikpulih kerana ada masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Walaubagaimana pun sekurang-kurangnya imej Masjid At Takwa dalam bandaraya Miri nampak kemas dan elok dipandang daripada sebelumnya.
Satu lagi masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib iaitu Masjid baru Senadin yang dirancang dalam kawasan perumahan Senadin sehingga kini belum nampak ada sebarang perkembangan.
Setelah sekian lama penduduk di situ menunggu pihak kerajaan membina masjid baru di kawasan perumahan mereka, dan wang derma sudah pun dikumpul dari berbagai pihak tetapi tiada tanda masjid baru tersebut akan dibina. Cuma ada plan masjid yang cantik tapi tapak masjid pun belum ditetapkan lagi.
Begitu juga dengan lain-lain masjid dalam parlimen Miri dan Sibuti seperti Masjid di Bekenu yang perlu dibaikpulih sepenuhnya, sebab ada pihak mengatakan ada menteri yang berjanji akan memberi peruntukan dari Kerajaan untuk mendapat peruntukan bagi pembinaan masjid berkenaan.Konsep menunggu pungutan wang dari penderma mungkin akan mengambil masa yang terlalu lama, memandangkan pendapatan dan gaji pekerja penduduk di Sibuti agak terhad seperti (Pekebun dan warga veteran yang sudah pencen).
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menampung pembinaan masjid baru bagi kampung Sebuyau. Adakah penduduk kampung Senadin juga kena tunggu Datuk Seri Najib datang mengumumkan peruntukan tersebut?
Kemana perginya Slogan “Janji Ditepati” sekiranya masih banyak lagi janji-janji semasa pilihanraya dulu sampai sekarang belum ditepati?
Kita mendesak pihak yang berkenaan menepati janji-janji mereka sebelum Pilihanraya Umum ke13 nanti, kerana rakyat sudah bosan dengan janji-janji yang belum lagi ditepati selama ini. Sampai bila mereka harus menunggu? Setahun, lima tahun atau 1 abad lagi barulah dapat? Fikirlah setiap yang hidup pasti mati, yang kekal hanya Allah.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Masjid At Takwa has been renovated, How about New Senadin Mosque?
MIRI - PAS Miri once again express thanks for the attention of the authorities, who have done renovations the Masjid At Taqwa Miri with complete new floor in the mosque after a long face severe damage due to leakage of rain water.
Only the mosque roof would still be repaired because there are technical issues to be solved. However, at least the image of Masjid At Taqwa in Miri city looked neat and beautiful than before.
Another problem that must be addressed by the authorities namely the new Senadin mosque planned in the neighborhood of Senadin until now not seen any progress.
After a long period the residents wait the government to build a new mosque in their areas, and donations have already been collected from various parties, but no sign of the new mosque will be built.There are only plan of the mosque, the mosque was beautiful but the site has not been determined yet.
Similarly to the other mosques in Miri and Sibuti parliament as the Mosque in Bekenu that need to be fully renovated, because there is the minister promised that there will allocate funds from the Government to obtain funding for the construction of the mosque.
The concept of waiting for the collection of money from a donor may take a long time, since the income and salary workers in Sibuti relatively limited population such as (Farmer and veteran who has retired).
Recently, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has announced an allocation of RM1 million to support construction of new mosques for Sebuyau village. Are Senadin villagers also having to wait for Datuk Seri Najib to come announced that provision?
Where it goes the slogan "The promise fulfilled" if there are still many promises during the election until now have not been fulfilled?
We urge the parties concerned meet their promises before the 13th General Election later, because people are fed up with promises that are not yet fulfilled all these years. How long they should wait? A year, five years or a century more only then can? Think about, every living surely die, which remained only God.
JJ sila baca Utusan Borneo hari ini,24 Julai 2012.
Tuan,jadi pembangkang memang senang an mudah, boleh kata apa sahaja!Boleh cakap apa sahaja!Boleh kutuk apa sahaja!
Tapi bila dah jd kerajaan macam Selangor,Kedah,PP dan Kelantan barulah dia org tau...ingat senangkah nak jd pemerintah...bukannya ada lampu ajaib...!
Di negeri2 Pakatan sik ada masalahkah???
Janji2 mereka dah semua ditunaikan kah?
Sila jawab dan buktikan dgn fakta janji PR di negeri2 tersebut...
Jgn sedap cakap aje
Sabar jangan cepat melenting dlm bulan puasa tok...apa salah sidak Pas highlite masalah orang Islam di Sarawak tok,,,kurang2nya ada jua suara org Islam didengar mun harap sidak pbb & lembaga melayu abis tanah org melayu digadai kat bangsa lain...pikir2lah jgn nk salahkan PAS sebab dgn adanya suara sidaknya baru sidak bn bertindak...mcm kes masjid senadin kerana suara sidaknyalah baru sidak menteri agama bn gago nk molah kerja...mun dak bertahun2lah masjid ya sik dipolah sidaknya...kita sokong benda yg bait ajalah...slmt berpuasa