Lanun Mengancam Perairan Sarawak?
MIRI - Beberapa hari yang lalu, kita ada membaca berita tentang dua belas anak kapal dalam sebuah kapal yang membawa bekalan kepada tongkang luar pesisir telah dirompak oleh lanun yang bersenjatakan parang manakala berlabuh kira-kira 10 kilometer di luar pantai Miri.

Rompakan itu berlaku ketika kebanyakan anak kapal sedang tidur. Kesemua mereka bagaimanapun tidak dicederakan.Kapal itu dalam perjalanan pulang ke pantai selepas menghantar bekalan makanan kepada tongkang kira-kira tengah hari pada hari yang sama. Ini adalah kali kedua kejadian itu berlaku dalam bulan ini di sini yang melibatkan lanun merompak anak kapal.

Sekarang ini lanun semakin berani memasuki perairan Sarawak dan melakukan rompakan. Kita juga ada mendengar kisah lanun yang sangat mahir dan mempunyai alat pengesan radar untuk melarikan diri ketika dikejar oleh pihak Polis Marin.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini adalah, adakah perairan Sarawak selamat dari ancaman lanun? Bagaimana dengan keselamatan para pekerja di pelantar minyak dan juga nelayan di laut?

Sekiranya para lanun melakukan rampasan di pelantar minyak yang terdapat di perairan Sarawak, sudah pasti ini akan mengakibatkan ancaman nyawa dan juga kerugian yang besar kepada kerajaan sekiranya para lanun menuntut wang tebusan dan sebagainya.

Kita mempunyai pelantar minyak Petronas, Shell dan lain-lain yang perlu diberi perhatian agar kawasan ini selamat dari ancaman lanun. Sebab ini merupakan asset Negara yang perlu dikawal ketat dari sebarang ancaman lanun dan juga pengganas.
Pihak keselamatan dalam negeri perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman lanun ini dari terus berleluasan, kerana sekiranya tiada tindakan susulan diambil kemungkinan besar lanun ini akan terus mengancam nyawa para nelayan, para pekerja di pelantar dan sebagainya.

Kita sarankan kalau boleh tingkatkan kawalan keselamatan di laut dan juga menambahkan lagi anggota keselamatan di bahagian Polis Marin. Lautan yang sangat luas memang sukar untuk dikawal sepenuhnya, maka apa yang penting adalah kerjasama pihak Unit Udara PDRM (UUP) perlu diadakan untuk tugas-tugas menjaga keselamatan negara dengan melalui pengawasan dan rondaan dari udara. UUP sangat berkesan membuat rondaan dan mudah memantau dari udara sekiranya ada lanun yang cuba melarikan diri dari ditangkap oleh pihak Polis Marin yang meronda di perairan Sarawak.

Dengan adanya kerjasama Unit Udara PDRM dan Polis Marin, ini akan memudah pihak berkuasa memantau kegiatan lanun dari berterusan di perairan Sarawak.  Bertindaklah segera sebelum lanun bertindak lebih ganas dan kejam lagi terhadap rakyat Malaysia yang mengguna dan melalui perairan Sarawak.  Kegiatan lanun yang melakukan rompakan bersenjata di laut perlu dihentikan dengan segera.

Kita mendesak pihak kerajaan agar segera mengambil tindakan drastik terhadap kegiatan dan ancaman lanun ini dari terus menguasai perairan Sarawak. Kita tidak mahu kerajaan hanya sibuk memantau kegiatan parti politik pembangkang sehingga lupa akan ancaman sebenar yang berada di lautan yang boleh mengancam keselamatan Negara.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Pirates threaten Sarawak waters?
MIRI - A few days ago, we read about twelve crew members in ships bringing supplies to an offshore barge had been robbed by pirates armed with machetes, while anchored about 10 kilometres off the Miri’s coast.

The robbery took place when most of the crew were asleep. All of them did not hurt. The ship was on the way back to shore after sending food supplies to barge about noon on the same day. This is the second time the incident occurred in this month here, which involves pirates robbed the crew members.

Nowadays the pirates are more daring entering the Sarawak waters and commit robbery. We had heard the story of pirates highly skilled and have a radar detector to escape when being chased by the Marine Police.

What is the big question now is, are the Sarawak waters safe from the threat of piracy? What about the safety of the oil rigs workers and the fishermen at the sea?

If the pirates do hijacking at the oil rig which found in the Sarawak waters, I'm sure this will lead to life-threatening, and also a great loss to the government, if the pirates demanded ransom, and so forth.

We have Petronas, Shell and others oil rigs that should be given attention so that this area safe from the threat of piracy. Because this is National assets should be strictly controlled from any threat of piracy and terrorists.

The security must be prepared to face any potential threat of piracy from the direct mass destruction, because if no action is taken the possibility of piracy will continue to threaten the lives of fishermen, workers on the oil rigs, and so forth.

We recommended that if possible increase security at sea and also increase the security personnel at the Marine Police. Ocean it is difficult to control completely, then what is important is the cooperation of the Air Police Unit (UUP) should be held for the duties of protect the national security with the surveillance and patrols from the air. UUP is highly efficient to patrol and easy monitoring from the air if there are pirates who tried to escape from arrested by the Marine Police who patrol in Sarawak waters.

With the cooperation of the Royal Air Police Unit of Malaysia or Unit Udara PDRM (UUP) and the Marine Police, this will facilitate the authorities to monitor the piracy activities from continuing in Sarawak waters, Act quickly before the pirates more violent and brutal act against the Malaysian citizen which use and through the Sarawak waters. A piracy activity who commits armed robbery at sea should be stopped immediately.



We urge the government to immediately take drastic action against these activities and the threat from pirates continues to dominate the Sarawak waters. We do not want the government only busy monitoring the activities of opposition political parties until forgets the real threat which were at sea and could threaten the national security.