Semua Isu Yang Dinyatakan Pakatan Adalah Relevan Untuk Rakyat

PAS Miri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pemerintah keatas tindakan serta kerjasama yang diberikan dengan memberi bantuan kepada semua termasuk kepada ahli kami seperti yang dilaporkan dalam ‘thestar' baru-baru ini. 

Salah seorang penduduk di kampung Batu 1, En Zainal Tar telah diberi bantuan kebajikan, serta kawasan hakisan dibelakang rumahnya telah ditimbus dengan tanah batu. Pihak berkenaan telah memeriksa rumah usang penerima dan pembaikan rumah akan diletakkan di bawah projek yang dibiayai oleh Datuk Peter Chin.

Setelah bertahun-tahun beliau memohon bantuan dari pihak kerajaan untuk membantu meringankan bebanan beliau selama ini, akhirnya pemintaan beliau dapat ditunaikan setelah mendapat kerjasama dan desakan dari pihak kami.

Semakin ramai yang mengadu kepada pihak kami semakin rajin pula pihak yang berkenaan turun padang. Ini menunjukan bahawa dengan adanya suara rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR) barulah pihak kerajaan BN segera melaksanakan tugas mereka yang tertangguh dan dipandang sepi selama ini.

Apabila rakyat sudah mula memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, barulah kerajaan sedar yang selama ini mereka lalai dan mengabaikan tugas mereka sebagai wakil rakyat sehingga rakyat sudah beralih arah. Inilah kelebihan apabila adanya pembangkang yang kuat barulah kerajaan BN mula bertindak dengan memberi beberapa insentif seperti bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M), KR1M, dan lain-lain.

Kita harap kerajaan yang ada sekarang, benar-benar ikhlas membantu rakyat, bukan disebabkan takut kepada rakyat yang menyokong pembangkang, maka barulah nak membantu rakyat dengan berbagai-bagai macam insentif seperi yang tersebut diatas.

Semua isu yang dinyatakan oleh pihak pembangkang adalah relevan dengan kepentingan rakyat, hanya mereka yang tidak bertanggungjawab saja yang menganggap perkara tersebut tidak releven.

Sepatutnya setiap aduan dan masalah rakyat diberi perhatian oleh pihak yang berwajib, walaupun melalui parti pembangkang bukannya memandang remeh masalah tersebut seperti anggapan sesetengah wakil rakyat.

Hanya kerajaan yang ikhlas, jujur, amanah dan adil saja yang akan mendapat sokongan semua lapisan rakyat. Buat masa sekarang, PAS hanya mampu menyuarakan masalah rakyat yang terpinggir, sebab PAS belum berkuasa lagi untuk membantu mereka sepenuhnya. Segala peruntukan dan kewangan sekarang ini dikuasai oleh pihak kerajaan BN melalui wang pembayar cukai.

Apabila peralihan kuasa berlaku nanti, barulah rakyat dapat menilai dan menikmati hasil dari pemerintah baru yang lebih baik dan adil untuk semua. Insyallah.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
All Issues disclosed by the Pakatan is Relevant for the People
PAS Miri would like to thanks the government on the action and cooperation extended to provide assistance to all, including to our members, as reported in 'thestar' recently.

One of the villagers at Batu 1, Mr. Zainal Tar has been given welfare assistance, as well as soil erosion area behind his house was filled with stone ground. The concerned authorities has been inspected the dilapidated houses of the recipients and the repair of the house will be placed under a project funded by Datuk Peter Chin.

After many years he had sought help from the government to help lessen his burden all this while, finally his demands has been fulfilled after the cooperation and pressure from our side.

The more people complain to us, the more diligent the parties concerned go into the field. This indicates that with the voice of the people with PAS and Pakatan Rakyat (PR) then the BN government immediately carry out their duties that has been delayed and seen deserted all this while.

When people have begun to provide support for PAS and Pakatan Rakyat, then the government realized that for this while they neglect and ignore their duties as representatives of the people until the people have changed direction.

This is an advantage when there is strong opposition and then BN government start to work out by giving some incentives such as 1Malaysia People's Aid (BR1M), KR1M, and others.

We hope the present Government sincerely help the people, not because of fear to the people which support the opposition, only then they want to help the people with various kinds of incentives such as the above.

All the issues mentioned by the opposition are relevant to the interests of the people, only those who are not responsible for it, who regarded the matter is irrelevant.

Should be each complaint and the problem of the people being given attention by the authorities, although through the opposition parties, rather than underestimate the problem, such as the assumption of some people representatives.

Only the government, with sincere, honest, trustworthy and fair only, that will have the support of all citizens. Currently, PAS is only able to express the problems of marginalized citizens, because PAS have no authorities yet to help them completely. All the provisions and current financial are dominated by the BN government through taxpayers' money.

When the transition happens later, then the people can evaluate and enjoy the fruits of the new government, which is better and fair to all. God Willing