Tiga kisah ini daripada beribu lagi penderitaan rakyat berbanding dengan kemewahan jutaan ringgit pemimpin Barisan Nasional . Apabila datang musin PRK maka berbillion datang .Di Sarawak gula gula politik 3.4 billion untuk siapa ;pastinya untuk kroni BN dan Taib Mahmud. Ayuh kita lakukan perubahan bersama PAS dan Pakatan Rakyat! Udah tiba masanya..Juh sama-sama ngan kamek.


MIRI:Amat malang sekali nasib para murid yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Sepupok, Miri bermandi lumpur sejak 35 tahun lalu.Sekolah yang jaraknya hanya kira-kira 100 kilometer dari Bandaraya Miri itu menempatkan hampir 100 murid miskin berasrama penuh.Sejak sekolah itu dibina 35 tahun lalu, kerajaan negeri dan pusat hanya mengumumkan pelbagai rancangan namun sehingga kini gagal melaksanakannya.Ini termasuklah surat dari Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam bertarikh 28 Disember 2007 dan peruntukan RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang antaranya untuk membangunkan sekolah itu tetapi gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.Jimba Bungat, 9 tahun, salah seorang murid sekolah itu yang kini berada di darjah tiga dan tinggal diasrama sekolah itu misalnya, terpaksa membuang rumput rumpai yang tumbuh di kolam berhampiran sekolah berasramanya itu sebelum mandi.Rutin itu dilakukannya hampir setiap hari demi untuk membersihkan diri, mandi, memberus gigi serta membasuh pakaian.Selain ditumbuhi rumput alga, air kolam yang berwarna kehijauan dan berbau hanyir itu juga turut menyebabkan Jimba mengalami gatal-gatal kulit kerana menggunakan air yang tercemar dan kotor.

Namun kolam tersebut terpaksa dihadkan penggunaannya kerana ibu bapa mendakwa pernah melihat beberapa ekor buaya di dalam kolam, menyebabkan murid sekolah terpaksa mandi di tebing kolam yang airnya keruh dan hitam.Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Napi Madang, 48, berkata, walaupun negara sudah lama merdeka namun murid-murid dan guru-guru di sekolah itu masih belum lagi merasai buah kemerdekaan itu.
“Mereka masih bergantung kepada air kolam yang berwarna hijau dan air hujan untuk mandi, memberus gigi, mencuci pakaian dan pinggan mangkuk,” katanya.Menurutnya, rumput alga yang tumbuh di dalam kolam itu sukar untuk dihapuskan dan ada di antara murid mengalami gatal-gatal kulit kerana rumput dan air kolam yang kotor.Napi amat berharap agar kerajaan dapat menyediakan bekalan air paip terawat memandangkan jaraknya dari pekan Batu Niah hanya 3.5 kilometer.Menurut Napi, permohonan bekalan air paip terawat pernah dikemukakan kepada Kementerian Kemudahan Awam Sarawak pada 16 Oktober 2007 dan sehingga kini tiada hasil memuaskan.Sementara itu, seorang penjaga murid itu, Kalong Arin, 50, berkata mereka benar-benar berharap agar kerajaan dapat menyediakan bekalan air terawat ini untuk keselesaan murid-murid dan kakitangan sekolah.“Kami begitu sedih melihat anak-anak yang terpaksa ‘bersaing’ setiap hari dengan rumput untuk menggunakan air kolam tersebut,” katanya.Kalong memberitahu, keadaan itu berlarutan lebih tiga abad yang lalu.
Enju Nyaling, 52, pula berpendapat, sekolah itu sudah lama beroperasi dan sepatutnya sudah mempunyai bekalan air bersih namun sebaliknya air kolam yang digunakan cetek dan berlumpur, tidak ubah seperti tempat kerbau berkubang.Difahamkan, sekolah berkenaan mempunyai 170 murid termasuk prasekolah daripada lapan rumah panjang di Skim Rancangan Sepupok Niah, dengan sebahagian besar daripada mereka tinggal di asrama sekolah.Sementara itu, Pegawai dari Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malayasia (KPM), Emerly Clarice Joannes dilaporkan berkata, projek bekalan air bersih ke SK Rancangan Sepupok hanya akan dilaksanakan pada pada tahun 2011.



ULU BARAM:Empat orang guru di sebuah sekolah rendah Long Latin Ulu Baram termasuk sepasang guru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang sedia ada tidak mencukupi.Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin Edward Ngullie Anggun berkata sekolah terbabit yang dibina sekitar awal tahun 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.
"Sebagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut kami terpaksa membina dua bilik untuk kediaman guru di bawah kelas serta satu lagi dijadikan bilik darjah kerana kemudahan kediaman yang sedia ada memang tidak mencukupi," katanya .
Helleh Lihan, 29, guru kelas peralihan di sekolah terbabit berkata dia dan suaminya Fanuel Gerawal Edom, 26, terpaksa tinggal dalam sebuah bilik yang sempit di bawah bilik darjah sejak tiga tahun lalu.


BA’ KELALAN: The micro-hydro power project in Sungai Sarui near Buduk Nur, which was supposed to have been completed in July 2007, and brightened up scores of homes in neighbouring villages, has turned out to be an empty promise.According to several frustrated villages, who undertook the back-breaking job of carrying hundreds of long pipes and machinery uphill to the site because the authorities threatened to hold-back on relaying power supply to their homes, it has been a three-year long wait and the project is lying idle.

Explaining the situation to visiting reporters recently, the villagers said the long pipes were to channel the water from the top of the hill through the pipes to run run a turbine at the mini hydro dam and generate electricity.“It was hard work. Four men would carry one pipe up the hill. We carried hundreds of pipes and machines.“But in the end we got nothing, not even electricity for the clinic..We are still living in the dark,” one villager said, adding that they had to use their own money to wire their homes to enable power connections to their homes.Said another villager: “We were given five light-bulbs each and told to install these in our homes. It was an exciting thought and we waited in anticipation of the day we would finally enjoy electricity.”Until now the villagers have been unsuccessful with their attempts to find out the status of the project. “When they first started the project, they told us someone would come and help us to connect the electricity, but no one came… not even to tell us what’s happening with the project.”