Ibu tunggal, Fatimah Abdullah hampir mengalirkan air mata menceritakan penderitaan ditinggalkan suami sehelai sepinggang bersama tujuh anak sejak 14 bulan lalu. Nasib malang wanita mualaf berusia 38 tahun itu tidak berakhir di situ sahaja, apabila bekas suaminya menghalau mereka keluar dari rumah di Tudan Desaras sebelum menjual lot tersebut kepada orang lain tanpa pengetahuannya. Jelas Fatimah, lot rumah yang diberikan oleh kerajaan itu dijual oleh bekas suaminya dengan harga RM11,000, namun dia tidak menerima walaupun sesen. “Bekas suami saya bukan sahaja menceraikan saya malah menjual satu-satunya lot rumah tempat kami berteduh, menyebabkan kami beranak terpaksa lari dan menumpang di rumah orang lain,” kata Fatimah ketika ditemui di Tudan Desaras, Fasa 6 hari ini. Wanita berketurunan Iban dari Nanga Bawai, Kapit ini menambah, dia berkahwin dengan suaminya yang berbangsa Melayu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 11 tahun lalu. “Suami menceraikan saya ketika sedang hamil lima bulan anak yang ketujuh. Mungkin dia melarikan diri kerana tidak sanggup menyara kehidupan kami sekeluarga.” “Sehingga kini dia pergi tanpa meninggalkan apa-apa untuk keluarga, malah saya tidak pernah dengar khabar dari bekas suami saya,” katanya dengan suara yang hiba. Enam daripada tujuh anaknya iaitu Haziq, 9, Nisa Karmila, 6, Aiman Danial, 4, Hana Humaira, 3, Fuhaid Lugman, 2, Iffah Aquila, 1, tinggal bersamanya manakala Iffan Nizan, 11, tinggal dengan keluarga sebelah neneknya di Brunei. Empat daripada anaknya iaitu, Nisa Karmila, Hana Humaira, Fuhaid Lugman dan Iffah Aquila belum mempunyai sijil kelahiran dan kini masih menunggu dokumen tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut wanita malang ini, kini dia menumpang di rumah saudaranya di kawasan Tudan Desaras dengan bayaran sewa bulanan RM170, tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik. Katanya, dengan sumber pendapatan yang tidak menentu hasil jualan pakaian, kehidupan mereka sekeluarga amat sengsara, hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Setiap bulan saya meraih pendapatan kira-kira RM500, namun ia tidak mencukupi kerana semua pembelanjaan termasuk membeli susu, makanan, bil, persekolahan dan tambang pengangkutan semuanya dibahu saya.” “Malah bil rumah saya sudah tertunggak sejak empat bulan lalu kerana hasil jualan pakaian tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan,” katanya. Fatimah menambah, setiap seminggu sekali dia akan menjual pakaian terpakai di Bekenu dan sekitar Miri dengan harga antara RM1 hingga RM2 sehelai. Katanya, dia mendapat bekalan pakaian terpakai dari Bulan Sabit Merah Malaysia Miri dengan harga RM20 seguni. “Jika ada modal lebih saya akan mengambil bekalan pakaian terpakai dalam lima hingga tujuh guni setiap minggu. Sebaliknya jika modal tidak mencukupi hanya sekali sebulan,” kata wanita gigih ini.
Fatimah menambah, ditakdirkan sebagai ibu tunggal namun ini tidak menghalang usahanya untuk memperbaiki sumber pendapatan agar dapat kehidupan yang lebih baik. “Saya kini sedang mencari peluang untuk mengikuti apa sahaja kursus atau latihan khususnya dalam industri kecil dan sederhana seperti membuat produk makanan, apa sahaja asalkan dapat membantu keluarga saya,” katanya.
Dewan Muslimat PAS Miri menyeru bantuan semua pihak untuk membantu saudara seagama kita ini.Sumbangan boleh dilakukan menerusi akaun Bank Islam BIMB - 1102-2010-0353-99 atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Miri.Boleh menghubungi Bendahari PAS Kawasan pada 012-4657256/SU Dewan Muslimat PAS di talian 0123929859 atau e-mail - pasmiri@gmail.com. Bagi sumbangan pakaian terpakai atau makanan boleh juga dihantar kepejabat PAS Miri di lot 779;tingkat 3 Bintang Commercial Centre Miri(diatas Revell dan Zie Beauty Care)
Ibu Tunggal Muslimah Rayu Bantuan
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
April
(29)
- Gelombang Hijau Bersama PAS di Miri
- Sindrom Penafian PBB/BN Berterusan,Masa Untuk Raky...
- Tazkirah:Menang didunia atau menerima syahid di ak...
- Solat Hajat Menjelang PRK Sibu
- BUY -Election not By-Election?
- DAP Guna Isu Tempatan Rampas Parlimen Sibu
- Dari Hulu Selangor ke Sibu
- OKU ,Warga Emas dan Ibu Tunggal Terharu Ziarah Pro...
- Penjagaan Alam Sekitar Menurut ISLAM
- BN Tidak Hormati Hak Rakyat dan Demokrasi
- Pakatan Rakyat Miri bersama Penjaja Pasar Malam Me...
- SNAP beri komitmen tinggi bersama Pakatan Rakyat
- Youth Wings Gear-up To Win Sibu Seat for Pakatan
- Kerjasama DAP dan PAS Mantap,Bantu Kg Majoriti Iban
- Ibu Tunggal Muslimah Rayu Bantuan
- Pakatan Rakyat Selami Masalah Penjaja Pasar Malam
- Dewan Pemuda PAS Sedia Gempur BN di Sibu
- Menjelang PRK ; Kempen Minggu Tidak Menonton TV
- Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak Buat Laporan Polis I...
- DAP wakil PR di Parlimen Sibu
- Sekretariat Pakatan Rakyat Miri direalisasikan
- Azeez: Media Pro-BN lagakan DAP dan PKR menjelang ...
- Email Pembaca: Harga insurans kenderaan semakin mahal
- Perkongsian Ilmu:Tatkala tindakan pimpinan jadi ujian
- PAS Miri sambut baik arahan PAS Pusat
- UMNO/BN Kaki Judi Perosak Masyarakat
- Pentas Pemuda Detik Kebangkitan Gerakan Perubahan ...
- Sarawak:Negeri Rakyat dan Berkebajikan
- BN di Sarawak ..Kroni Taib Kaya Raya;Rakyat Papa K...
-
▼
April
(29)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment