Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.
Kecenderungan media cetak tempatan menyiarkan dan mengiklankan keputusan nombor ramalan atau dikenali sebagai nombor ekor, dikesali banyak pihak kerana dianggap menggalakkan pertumbuhan aktiviti judi di kalangan rakyat khususnya umat Islam.
Malah persoalan yang timbul dan dipertikaikan ialah mengapa akhbar-akhbar Melayu yang begitu 'galak' dan 'bernafsu' menyiarkan keputusan nombor tersebut sedangkan diketahui secara umumnya majoriti para pembacanya terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam .Selain itu, keuntungan hasil iklan 'haram' itu kemudiannya akan memberi kesan kepada kakitangan media terbabit yang beragama Islam.
Setiap minggu, akhbar seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Metro Ahad akan menyiarkan keputusan nombor ekor pelbagai jenis antaranya seperti 'Sports Toto' yang memaparkan nombor hadiah utamanya berjumlah RM300,000.00 bagi kategori Jackpot Hadiah Pertama termasuk juga nombor untuk hadiah kedua dan saguhati. Lebih mendukacitakan, tidak cukup dengan itu akhbar terbabit turut menyiarkan iklan bagi sesiapa atau para pembaca yang ingin mengetahui keputusan nombor ramalan yang lain yang belum atau sudah disiarkan sepenuhnya seperti Magnum(Empat Nombor Ekor), Kuda 4D, Jackpot, Sarawak Cash Sweep 1+3D, Sandakan Turf Club 4D, Nombor Bertuah dan lain-lain lagi.
Di Malaysia sendiri, berdasarkan satu laporan sebuah syarikat sekuriti terkemuka tempatan, nilai wang tunai yang bertukar tangan dalam perniagaan pertaruhan yang dibenarkan oleh kerajaan adalah dalam lingkungan RM850 juta sehari. Dan bagi pertaruhan yang diharamkan oleh kerajaan, jumlahnya dianggarkan sama. Justeru bermakna nilai perniagaan perjudian di Malaysia (tidak termasuk perjudian di kasino) adalah kira-kira RM1.7 bilion sehari atau RM620 bilion setahun.
Kini Piala Dunia FIFA kembali menjadi tumpuan dan sudah ada desas-desus mengatakan kerajaan UMNO-BN akan meluluskan semula permit/lesen pertaruhan sukan (dibaca sebagai perjudian sukan). Meluluskan permit judi baru seperkara dan kepada siapakah permit itu akan diberikan adalah merupakan seperkara lagi. Perjudian, dengan apa nama sekalipun adalah haram di sisi Islam. Melegitimasikan perjudian menerusi undang-undang tidak akan menyebabkan ia menjadi kurang haram. Benar, ada undang-undang melarang orang Islam memasuki kasino dan berjudi. Tetapi setakat manakah undang-undang membabitkan umat Islam dapat dikuatkuasakan bagi mengekang umat Islam dari terbabit dalam apa juga bentuk perjudian ramalan angka yang telah dihalalkan oleh undang-undang.
Sementara penguatkuasa undang-undang bertungkus-lumus membawa ke muda pengadilan orang yang kononnya melakukan liwat walaupun dengan menawarkan bukti paling samara, belum ada lagi orang Islam yang diberkas dan didenda kerana melibatkan diri dalam perjudian ini walaupun ramai dari mereka yang terang-terang melakukan jenayah syariah ini.Anehnya, apabila desas-desus bertiup dengan semakin kencang, tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang berdegar-degar bercakap mempertahankan penggunaan kalimah Allah bangkit untuk mendapatkan penjelasan dari Perdana Menteri.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dan, lebih ironi, Ahli Parlimen Rasah, Low Siew Fook yang mengemukakan persoalan mengapakah Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berahsia-rahsia dan tidak membincangkan perkara ini secara terbuka di Parlimen sedangkan ia adalah isu besar dan boleh membawa kepada pelbagai gejala sosial.Dan di Sarawak sendiri;ADUN DAP Kuching;Chong Chien Jung sendiri meyatakan kekesalan tentang peningkatan cabutan nombor ekor/judi dari 12 ke 20 cabutan seperti seakan akan Kerajaan menggalakkan perjudian didalam negeri ini.
Nampaknya ketidak-ketelusan inilah yang mengakibatkan sudah ada spekulasi dari golongan tertentu bahawa Najib mahu menjadikan pendapatan dari perjudian ini sebagai antara enjin penjana ekonomi negara. Selain itu ada yang berpendapat lebih ekstrim dan mengatakan UMNO-BN perlukan dana yang banyak sebagai persediaan menghadapi temasya sabung ayam pada Pilihanraya Umum-13 kelak.
UMNO/BN Kaki Judi Perosak Masyarakat
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
April
(29)
- Gelombang Hijau Bersama PAS di Miri
- Sindrom Penafian PBB/BN Berterusan,Masa Untuk Raky...
- Tazkirah:Menang didunia atau menerima syahid di ak...
- Solat Hajat Menjelang PRK Sibu
- BUY -Election not By-Election?
- DAP Guna Isu Tempatan Rampas Parlimen Sibu
- Dari Hulu Selangor ke Sibu
- OKU ,Warga Emas dan Ibu Tunggal Terharu Ziarah Pro...
- Penjagaan Alam Sekitar Menurut ISLAM
- BN Tidak Hormati Hak Rakyat dan Demokrasi
- Pakatan Rakyat Miri bersama Penjaja Pasar Malam Me...
- SNAP beri komitmen tinggi bersama Pakatan Rakyat
- Youth Wings Gear-up To Win Sibu Seat for Pakatan
- Kerjasama DAP dan PAS Mantap,Bantu Kg Majoriti Iban
- Ibu Tunggal Muslimah Rayu Bantuan
- Pakatan Rakyat Selami Masalah Penjaja Pasar Malam
- Dewan Pemuda PAS Sedia Gempur BN di Sibu
- Menjelang PRK ; Kempen Minggu Tidak Menonton TV
- Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak Buat Laporan Polis I...
- DAP wakil PR di Parlimen Sibu
- Sekretariat Pakatan Rakyat Miri direalisasikan
- Azeez: Media Pro-BN lagakan DAP dan PKR menjelang ...
- Email Pembaca: Harga insurans kenderaan semakin mahal
- Perkongsian Ilmu:Tatkala tindakan pimpinan jadi ujian
- PAS Miri sambut baik arahan PAS Pusat
- UMNO/BN Kaki Judi Perosak Masyarakat
- Pentas Pemuda Detik Kebangkitan Gerakan Perubahan ...
- Sarawak:Negeri Rakyat dan Berkebajikan
- BN di Sarawak ..Kroni Taib Kaya Raya;Rakyat Papa K...
-
▼
April
(29)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment