MACAM-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.Tiada dihirau oleh PAS. Bertambah kerap gambar kelihatan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Lim Kit Siang. Dan Tok Guru Nik Abdul Aziz pula menolak berpecah PAS dan DAP sekalipun beberapa wakil rakyat PKR meninggalkan Pakatan Rakyat.

Di Miri;buat kali pertama di sebuah Kampung yang majoriti penduduk Iban;dua pimpinan tertinggi komponen Pakatan Rakyat Miri;PAS dan DAP;Tuan Haji Jofri Jaraiee dan Saudara Fong Pau Teck hadir pada program penerangan bersama rakyat di Kampung Pasir;Lutong Miri. Sementera serentak di Bandar Sibu kepimpinan tertinggi lain dari PKR,SNAP,DAP dan PAS malah;diketuai sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim ;Lim Kit Siang dan Ustaz Nasharudin Mat Isa berhimpun dalam majlis pengumuman calon PRK Sibu yang sebulat suara dipilih dari DAP.


Rombongan PR diketuai majoriti dari PAS dan DAP berkumpul diRumah DAP lalu bergerak serentak ke Kg Pasir. Program mendapat sambutan meriah ratusan penduduk kampung. Antara program ialah pendaftaran dan semakan pengundi,tayangan video kezaliman BN merampas tanah adat,disamping ceramah penerangan dari setiap parti PR. Program ini jelas berjaya memecahkan tembok ketakutan terhadap PAS oleh masyarakat peribumi Sarawak yang berbangsa Iban. Malahan sungguh menakjubkan seorang penduduk yang ditemui berkata."PAS..Kamek kenal Tuan Guru Nik Aziz dan pernah jumpanya di airport. Dia sorang yang kamek tahu sik ambik rasuah dan hidup susah macam kamek di sitok,kalau dapat bawak nya ke kampung kamek"

Program yang berakhir sebelum Fardhu Asar menjadi titik permulaan program merakyatkan PAS dalam masyarakt peribumi Sarawak. Sungguh menakjubkan melihat wanita dan kanak kanak menggunakan cenderamata kipas berlogo PAS di bumi kenyalang yang indah ini.