Sudah banyak kita dengar keluhan pengguna kenderaan lama yang terpaksa membayar lebih kadar insuran untuk memperbaharui road tax. Syarikat insurans telah menaikan lagi kadar harga insurans kenderaan motor lama lebih 100%, kita sebagai pengguna dipaksa atau terpaksa membeli insurans untuk memperbaharui road tax. Kepada pemilik kenderaan lama yang telah berusia akan mengalami kesukaran untuk memperbaharui road tax kerana hanya syarikat insurans tertentu saja yang menerima dengan kadar harga insurans yang sangat tinggi. Kalau dulu ada rebet sekarang ini semakin lama kenderaan itu semakin mahal pula harga insuransnya.
Kepada pengguna kenderaan yang menggunakan 3th party sekarang terpaksa membayar lebih macam bayaran 1st party sedangkan harga kenderaan yang sudah lebih 10 tahun kalau dijual semula tentulah harganya tidak sama dengan harga kenderaan baru.
Kepada pengguna kenderaan lama apa yang harus kita lakukan sekarang kalau semakin lama kita guna kenderaan itu semakin mahal pula harga insurans kita terpaksa bayar. Kalau kita tidak mahu bayar insurans motor kita tidak dapat renew road tax, bila tidak ada road tax JPJ dan Polis pula yang tunggu dekat tepi jalan siap sedia saman kenderaan yang tidak ada road tax, jadi kepada pengguna yang memiliki kenderaan lama yang sudah tentu dah habis hutang hidup dalam keadaan tertekan. Kalau nak beli kenderaan baru kena lagi bayar hutang bulanan dan harga kenderaan baru pula mahal dan harga minyak juga mahal ini pulak harga insurans juga mahal.Semuanya mahal dan semua harga Barang Naik (BN). Yang menghairankan masih lagi ada golongan yang hidup tertekan ini suka sokong BN. Kita pun tidak faham sikap manusia atau golongan ini yang bermati-matian sokong BN sedangkan mereka ini juga yang marah bila Barang Naik(BN).
Kita sebagai pengguna sepatutnya bersatu hati menghadapi keadaan begini, tidak kira dia bekerja dengan kerajaan,swasta,sendiri dan sebagainya seharusnya melakukan sesuatu terhadap syarikat insurans yang mencekek darah pengguna ini.
Kalau semua pengguna kenderaan boikot semua syarikat insurans ini sudah pasti mereka akan lingkup tapi sanggupkah pengguna kenderaan motor di Malaysia lakukan seperti di negara maju lain? Kuasa pengguna boleh mengubah cara perniagaan di mana-mana saja tapi sanggupkan pengguna kita melakukannya???
Kalau semua pengguna menggunakan hak mereka menuntut keadilan dalam hak pengguna sudah pasti pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak dapat menekan kita sesuka hati mereka.
Kita minta kerajaan bertindak dengan segera masalah yang dihadapi oleh pengguna ini atau kita akan minta ahli-ahli parlimen pakatan membahaskan perkara ini dengan kadar segera sebab ianya melibatkan orang awam.
Kita minta kerajaan bertindak segera keatas syarikat-syarikat insurans ini supaya menurunkan semula kadar insurans kenderaan lama seperti kadar asal.
Kepada pengguna kenderaan lama yang semakin hari semakin bertambah marilah kita lakukan sesuatu agar hak kita sebagai pengguna tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dimana slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan" kalau kita sebagai pengguna masih lagi ditekan dan ditindas sesuka hati oleh pihak tentu dalam kes ini pihak insuranslah yang bertanggungjawab menekan pengguna.
Kita berharap rakyat malaysia dapat berfikir secara waras dan matang, janganlah kita terus diperbodohkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Marilah kita ubah kerajaan yang tidak memberi keadilan pada golongan marhean seperti pengguna kenderaan lama yang terus ditekan dan ditindas ini.
Bersatu kita teguh, berpecah kita runtuh.
Sekian harap maklum
Dari pihak pengguna kenderaan tertindas
Email Pembaca: Harga insurans kenderaan semakin mahal
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
April
(29)
- Gelombang Hijau Bersama PAS di Miri
- Sindrom Penafian PBB/BN Berterusan,Masa Untuk Raky...
- Tazkirah:Menang didunia atau menerima syahid di ak...
- Solat Hajat Menjelang PRK Sibu
- BUY -Election not By-Election?
- DAP Guna Isu Tempatan Rampas Parlimen Sibu
- Dari Hulu Selangor ke Sibu
- OKU ,Warga Emas dan Ibu Tunggal Terharu Ziarah Pro...
- Penjagaan Alam Sekitar Menurut ISLAM
- BN Tidak Hormati Hak Rakyat dan Demokrasi
- Pakatan Rakyat Miri bersama Penjaja Pasar Malam Me...
- SNAP beri komitmen tinggi bersama Pakatan Rakyat
- Youth Wings Gear-up To Win Sibu Seat for Pakatan
- Kerjasama DAP dan PAS Mantap,Bantu Kg Majoriti Iban
- Ibu Tunggal Muslimah Rayu Bantuan
- Pakatan Rakyat Selami Masalah Penjaja Pasar Malam
- Dewan Pemuda PAS Sedia Gempur BN di Sibu
- Menjelang PRK ; Kempen Minggu Tidak Menonton TV
- Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak Buat Laporan Polis I...
- DAP wakil PR di Parlimen Sibu
- Sekretariat Pakatan Rakyat Miri direalisasikan
- Azeez: Media Pro-BN lagakan DAP dan PKR menjelang ...
- Email Pembaca: Harga insurans kenderaan semakin mahal
- Perkongsian Ilmu:Tatkala tindakan pimpinan jadi ujian
- PAS Miri sambut baik arahan PAS Pusat
- UMNO/BN Kaki Judi Perosak Masyarakat
- Pentas Pemuda Detik Kebangkitan Gerakan Perubahan ...
- Sarawak:Negeri Rakyat dan Berkebajikan
- BN di Sarawak ..Kroni Taib Kaya Raya;Rakyat Papa K...
-
▼
April
(29)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment