Kenyataan Media Rasmi PAS Miri

Kenyataan Ketua Pemuda PBB adalah jelas satu sikap tegar pemimpin BN yang masih dalam kepompong sindrom penafian atau ”state of denial”.Adakah Affandi atau pemimpin BN sekadar mahu menegakkan benang yang basah dalam terus menerus menafikan hak yang seharusnya dimilik oleh rakyat . Adakah PBB lupa pengumuman dibuat oleh Datuk Bandar sendiri (Utusan Borneo 22 April)yang mengesahkan tapak Pasar Malam itu bukan tapak kekal malahan berjanji akan memenuhi setiap janji kosong BN semenjak 3 pilihanraya lalu pada peniaga dalam memberi kemudahan lebih kondusif pada peniaga dan pengunjung. Ini dikukuhkan lagi oleh wakil peniaga sendiri yang menunjukkan segala kekurangan di tapak komersil terseburt seperti dilaporkan Utusan Borneo 26 April. Yang jelas bukanlah isu ini isu politik yang dibuat oleh PAS atau PR tetapi inilah isu janji politik BN yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan semata mata.

Lebih menarik ;laporan muka depan Utusan Borneo 28 April melibatkan Warga emas yang lumpuh di Kampung Pengkalan Lutong jelas menjadi satu lagi kelemahan ketara pimpinan PBB yang sekadar mengenyangkan perut mereka dengan projek sedangkan rakyat terus terabai. Apakah setelah 15 tahun Ketua Wanita PBB tersebut tidak tahu isu ini. Kenapa selepas PAS dan rakan Pakatan Rakyat hadir dalam menyantuni insan yang memerlukan bantuan ini barulah PBB mahu tunjuk muka.Untuk rekod ;hampir setiap kawasan yang disinggahi PAS dan PR Miri mencecah 15 perkampungan sejak hujung tahun lalu menyatakan kekesalan dan tidak mahu lagi percaya janji kosong Barisan Nasional. Jelas bagi mereka ;yang kaya kroni politik BN ;akan tetapi rakyat terus tersiksa.

Beberapa bulan dulu rakyat Sarawak telah dikejutkan dengan laporan SPRM bahawa peruntukan projek-projek Kerajaan Negeri Sarawak mencapai ketirisan hampir 60% dari jumlah peruntukan tersebut. Isu naifnya kemudahan awam untuk rakyat,jalan berlubang, kesesakan lalulintas dan tempat pembuangan sampah yang tidak berkesudahan di Miri, sebagai contohnya ,menjadikan setiap pengumuman oleh Barisan Nasional ;jelas sekadar gula-gula politik setiap kali pilihanraya.Peruntukan kewangan samada disalirkan ketempat lain atau projek tidak jalan tetapi bayaran dibuat.Yang pasti rakyat sudah bosan dengan BN dan beralih untuk sokongan dan bantuan dari Pakatan Rakyat. Jelas disini siapa yang lebih berpolitik dari bekerja,jawapannnya sudah pasti adalah kerajaan state of denial BN yang terus menerus membohong rakyat.

Persoalan yang harus mereka jawab,selama lebih 45 tahun berkuasa,apa yang PBB lakukan selama ini dalam memajukan rakyat Sarawak khususnya bumiputera yang masih lagi mundur dalam perniagaan serta kehidupan mereka masih lagi daif. Apa yang mereka lakukan untuk membantu golongan miskin yang hidup merempat di tanah sendiri. Berapa banyak tanah bumiputera yang telah dirampas atau diambil sewenangnya oleh syarikat-syarikat pemaju tanpa sebarang pembelaan dari PBB/BN.Harap pihak PBB bertindak dan berfikir secara waras dan tidak membuat tuduhan menyeleweng kepada PAS dan PR.

‘PAS UNTUK SEMUA’

PAS Kawasan Miri
Dewan Pemuda PAS Miri
Dewan Muslimat PAS Miri