Dipetik dari laman episodsebuahperjuangan.blogspot.com
Menjadi kaedah asas dalam gerakan Islam atau mana jua organisasi bahawa pengikut mestilah mentaati arahan pemimpinnya. As Sam’ u wa taah ( dengar dan taat ) terhadap arahan dan kehendak pemimpin dalam perkara yang tidak mengundang kepada maksiat @ mungkar adalah suatu tuntutan bagi amal Islami .
Sabda Rasulullah saw.
على المرء المسلم السمع و الطاعة فيما أحب و كره ما لم يؤمر بمعصية فإذا أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة .
Wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama ana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengan dan tiada taat .Riwayat Imam Muslim
Sabda Rasulullah saw.
اسمعوا و أطيعوا و إن استعمل عليكم عبد حبشي كأن رأسه زبيبة .
Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanya seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula kerinting .Riwayat Imam Bukhari dari Anas Rha.
Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan . ( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)
Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :
لا اسلام إلا يجماعة و لا جماعة إلا بإمارة و لا إمارة إلا بطاعة .
Tiada Islam tanpa Jamaah , tiada Jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan .
Namun tindakan pemimpin kadangkala menjadi ujian kepada pengikutnya. Terutama apabila arahan tersebut merupakan arahan yang sukar untuk dilaksanakan sedang ia adalah suatu yang penting untuk gerakan Islam . Demikian juga arahan yang lahir dari pemimpin tanpa terlebih dahulu melalui proses mesyuarat dikalangan anggota kepimpinannya.Situasi ini pernah berlaku dalam sejarah Islam sejak lama dulu dan dirakamkan untuk menjadi iktibar yang praktis oleh generasi berikutnya seperti kita pada hari ini . Antaranya ialah :
Kisah di Perjanjian Hudaibiyyah .
Ianya berlaku pada tahun ke 6 Hijrah pada bulan Zulqaedah . Sewaktu Nabi saw. Mengambil keputusan untuk mengerjakan Umrah ke Baitillahil Haram . Ringkasnya hasrat Nabi saw. Terhalang apabila orang – orang kafir Quraisy nekad tidak membenarkan Nabi saw. Memasuki Makkah pada tahun tersebut .Dalam satu rundingan ( muzakarah ) antara Nabi saw. Dengan Suhail bin Amru ( perunding dari Kuffar Quraisy ) maka termeterilah satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah . Perjanjian ini adalah kata sepakat antara Nabi saw. Dengan Suhail yang menghasilkan 4 kandungan perjanjian yang besar , iaitu :
Ø Mengadakan gencatan senjata ( berdamai ) selama 10 tahun antara Ummat Islam dengan Kuffar Quraisy.
Ø Tahun itu Nabi Muhammad saw. Tidak dibenarkan memasuki Makkah kecuali dibenarkan pada tahun depan dengan pakej Umrah 3 hari tanpa pedang yang terhunus.
Ø Andai ada pihak lain ( pihak ke 3 ) ingin mengadakan Pakatan dengan Ummat Islam atau Kuffar Quraisy maka ia dibenarkan .
Ø Orang Islam yang lari ke Makkah tidak boleh dikembalikan ke Madinah sementara yang lari dari Makkah ke Madinah mestilah dihantar kembali ke Makkah .
Umumnya , perjanjian ini berat sebelah dan kandungan perjanjian ini pula tidaklah diputuskan melalui mesyuarat walaupun pada amalan biasa termasuk mengatur strategi perang , Nabi sering mesyuarat terlebih dahulu bersama para sahabatnya.
Keadaan ini menimbulkan keresahan dikalangan sahabat . Tambahan pula , Nabi saw. Kelihatan banyak mengalah dan berlembut dengan orang Kafir Quraisy yang terkenal dengan semangat permusuhannya dengan Nabi saw.Nabi mengalah apabila Kafir Quraisy tidak mahu Bismillahirrahmanirrahim ditulis pada kertas perjanjian sebaliknya ditukar kepada Bismikallahumma . Demikian juga Nabi saw. Beralah apabila nama baginda sepatutnya ditulis Muhammadurrasulullah di tukar kepada Muhammad bin Abdullah .Sikap Nabi saw. beralah dan berlembut dengan pihak Kuffar Quraisy menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan para sahabat baginda.
Apa yang pasti , sahabat bimbang ini satu perangkap dan tipu helah musuh . Mereka tidak mahu Islam dan Nabinya diperdaya dan ditipu . Apakah ini perangkap musuh dan baginda masuk perangkap musuh ? Sahabat menjadi resah dan gelisah kerana tidak dapat menerima tindakan Nabi saw.Sememangnya tindakan Nabi saw. Dan keputusannya tidak dibincang terlebih dahulu dalam mesyuarat bersama para sahabat yang lain . Nabi bertindak bersendirian atas sifat Baginda adalah Nabi dan pemimpin kepada ummat Islam .Saiyidina Omar rha. Telah bertanya kepada nabi saw. : Ya Rasulullah , Bukankah Kita ini orang Islam ? Rasul menjawab : Ya .Omar bertanya lagi : Bukankah mereka itu Musyrik ( kafir ) ? Rasul saw. Menjawab : Ya .Omar meneruskan pertanyaannya : Bukankah kita berada di pihak yang benar ? Rasul saw. Menjawab : Ya . Lalu Omar berkata : justeru itu kenapa kita membiarkan agama kita dihina sebegitu rupa ? Nabi saw. Menjawab :
أنا عبد الله و رسوله لن أخالف أمره و لن يضيعني
Aku adalah hamba Allah dan utusanNya . Sekali – kali aku tidak menyanggahi perintahNya dan Allah pasti tidak men sia-siakan aku .
Nyata Saidina Omar masih belum reda rasa tidak puas hatinya lantas mengajukan satu lagi persoalan : Ya Rasulullah , bukankah Tuan telah membuat pengumuman untuk masuk Makkah bagi menunaikan umrah ?Nabi saw. menegaskan Apakah aku berjanji bahawa umrah itu mesti ditunaikan pada tahun ini ?Pertanyaan yang dipulangkan kembali oleh Rasulullah saw. Sebagai jawapan kepada soalan Omar Rha tadi Berjaya meredakan rasa resah Omar dan para sahabat yang lain , pun begitu tidaklah sepenuhnya.Sangat sukar untuk dibayangkan keadaan pada waktu itu , bagaimana gawat dan tegangnya keadaan tersebut .
Satu lagi keadaan cemas dan sukar ialah apabila Nabi saw. Mengarahkan :
قوموا فانحروا و احلقوا و خلوا
Bangunlah , sembelih , bercukur ( tahallul ) dan bukalah pakaian ihrammu
Semua sahabat diam tidak bertindak . Sehingga Nabi mengulangnya sebanyak 3 kali , Jamaah Sahabat masih belum bertindak . Satu suasana yang jelas membayangkan betapa sahabat tidak bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah yang nyata berat sebelah . Mereka juga terkilan kerana tidak dapat memasuki Makkah mengerjakan umrah .
Akhirnya Nabi saw. Masuk khemah Ummi Salamah lalu berkata :
هلك المسلمون ........ أمرتهم فلم يمتثلوا
Binasalah muslimun , Aku perintahkan mereka malang mereka tidak menunaikannya .
Keadaan memang sukar , antara dua keadaan . Dimana Nabi saw. Telah membuat keputusan dan pastinya keputusan itu yang terbaik buat ummatnya tetapi keadaan kedua , jelas para sahabatnya tidak memahami tindakan nabi saw.
Ummu Salamah berkata : Ya Rasulullah , janganlah engkau salahkan mereka . Sesungguhnya mereka ditimpa Suatu yang amat berat bagi mereka sebagaimana engkau sendiri dapat merasakan betapa berat menerima perjanjian ini .Ummi Salamah mencadangkan agar Nabi saw.keluar ke tengah sahabat dan tidak perlu bercakap dengan sesiapa lalu terus sembelih dan bercukur . Perbuatan Nabi saw. Ini sebagaimana disebut oleh Bapak Muhamad Nasir dalam bukunya Feqhud Dakwah :
“ Ianya perbuatan seolah – olah berkata : Apa yang telah aku sampaikan kepadamu adalah hal – hal yang wajib dilakukan oleh orang yang beriman kerana taat kepada perintah Allah swt supaya menerima perdamaian .”
Demikianlah tindakan Nabi saw. Sebagai seorang pemimpin juga menghadapi satu pengalaman bagaimana tindakannya tidak diterima oleh pengikutnya pada peringkat awal sehingga Allah menurunkan ayat :
إنا فتحنا لك فتحا مبينا .
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kemenangan bagimu suatu kemenangan yang hebat.
Surah al fath : 1
Ternyata tindakan nabi saw. Yang menerima perdamaian melalui perjanjian tersebut membawa kemenangan dan kejayaan yang besar dan ulama’ menyebut bahawa ini adalah permulaan kepada pembukaan kota Makkah al Mukarramah yang akhirnya meletakkan Islam di puncak keagongannya.
Bukan Nabi tidak tahu betapa jahatnya kuffar Quraisy , bukan Nabi lupa bagaimana pembunuhan bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib , bukan nabi tidak dapat maklumat bagaimana tipudaya musuh yang senantiasa ingin memerangkap baginda , bukan nabi tidak pernah mengalami penderitaan dan kesengsaraan akibat kezaliman atau kekejaman kuffar Quraisy , malah nabi pernah dihina , dimaki , dituduh gila , tukang sihir dan sebagainya.Tetapi dengan kuffar inilah nabi saw. Berlunak dan berdamai . Nabi bagaikan lupa segala penderitaan yang dialami . Nabi sedia menghulurkan salam perdamaian sekalipun Nabi mampu untuk menyerang dan berperang . Manakan tidak , Nabi pernah menang dalam perang Badar , namun Berjaya mengekang penguasaan kuffar dalam perang uhud dan Berjaya mengaibkan musuh dalam perang khandak . Kenapa tidak nabi mengulangi kecemerlangannya ke atas musuh ?
Ya , cukup hebat perhitungan nabi saw. Ketika memilih untuk berdamai biarpun melalui satu perjanjian yang menyaksikan sedikit pergolakan atau krisis yang membawa keresahan berlaku dikalangan pengikutnya kerana gagal memahami hikmah tindakan baginda saw .
Ibnu Hisyam , seorang pakar sejarah telah menaqalkan dari gurunya Ibnu Ishaq dan jua dari az Zuhri :
“ Tidak berlaku dalam suatu kejayaan yang lebih besar daripada kejayaan Perjanjian Hudaibiyah , sekalipun jika disbanding dengan kejayaan perang Badar , perang Uhud , perang Khandaq dan lain – lain lagi …..
Sesungguhnya Manusia berperang selama ini ketika mereka bertembung . Apabila perdamaian telah Berjaya diusahakan oleh Rasulullah saw , api peperangan telah terpadam . Mereka hidup dalam aman damai saling bertemu dan berbincang ( muqabalah dan muzakarah ) antara satu sama lain . Islam makin diterima oleh penentangnya .
Kerana sememangnya Islam itu agama yang paling sesuai untuk mengatur kehidupan manusia . Dalam masa beberapa tahun selepas perjanjian damai , semakin ramai orang menganut atau menerima Islam berbanding semasa orang Islam dan orang kafir berperang ."
Sirah Ibnu Hisyam .
Demikianlah akhlak nabi saw. Dalam berperang dan berdamai . Kenapa tidak kita menghiaskan jamaah dan perjuangan kita dengan akhlak Rasul saw. ?
و إن جنحوا للسلم فاجنح لها و توكل على الله إنه هو السميع العليم
و إن يريدوا أن يخدعوك فإن حسبك الله هو الذي أيدك بنصره و بالمؤمنين .
Jika mereka cenderung untuk berdamai maka cenderunglah ke arahnya ( berdamai ) dan bertawakkal kepada Allah swt. ( atas apa jua kemungkinan yang bakal berlaku ) sesungguhnya Dia ( Allah ) Tuhan yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .
Dan jika sekiranya mereka mahu menipu ( memperdaya ) engkau maka sesungguhnya memadailah Allah swt buat ( memelihara ) engkau . Dialah ( Allah ) yang memperkuatkan engkau dengan pertolonganNya dan orang – orang yang beriman .
Surah al Anfaal : 61 - 62
Talut dan tenteranya .
Sebahagian dari episode yang boleh diambil pengajaran ialah bagaimana seorang pemimpin bernama Talut yang juga berhadapan dengan pengikut yang tidak mentaati perintahnya .Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku."
Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya."
Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
Surah al Baqarah : 249
Persoalannya , kenapa kita tidak boleh menjadi pengikut yang mentaati pemimpin sedang tidaklah ia menyuruh kita melakukan perkara mungkar ?
Kenapa kita tidak mempercayai ( thiqah ) pemimpin yang kita sendiri memberi mandat ( baiah ) kepadanya sehingga melemparkan pelbagai tanggapan dan tohmahan ?Kalaupun kita berbeza pendapat dengan pemimpin kita , maka wajarkah kita mencemari wala’ ( kesetiaan ) kita kepadanya ?Kenapa pula sampai tergamak kita mempersoal dan mempertikai pemimpin kita sehingga mengeluarkan perkataan yang kesat dan meninggi suara ke arahnya ?Lupakah kita kepada disiplin , adab dan akhlak dalam menghadapi situasi tegang seperti ini sehingga emosi mengatasi rasional ?Kita selalu mendambakan pemimpin yang baik dan mengharapkan mereka adalah pemimpin yang baik , persoalannya apakah kita ini pengikut yang baik ?Pada saya , apa yang terbaik ialah kita bersabar dan tenang menghadapi situasi ini ( berhadapan dengan tindakan pemimpin ) dengan mencari jalan penyelesaian yang baik tanpa prasangka yang hanya memburukkan keadaan atau tindakan yang merempuh batas adab berjamaah .
Doa semoga kita senantiasa berjaya mengatasi ujian seperti ini dan bersama mengatasinya bukan melepaskan diri atau hanya mahu menyelamatkan diri dan berlepas tangan agar segalanya pemimpin harus menerima dan mengambil implikasi .
Perkongsian Ilmu:Tatkala tindakan pimpinan jadi ujian
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
April
(29)
- Gelombang Hijau Bersama PAS di Miri
- Sindrom Penafian PBB/BN Berterusan,Masa Untuk Raky...
- Tazkirah:Menang didunia atau menerima syahid di ak...
- Solat Hajat Menjelang PRK Sibu
- BUY -Election not By-Election?
- DAP Guna Isu Tempatan Rampas Parlimen Sibu
- Dari Hulu Selangor ke Sibu
- OKU ,Warga Emas dan Ibu Tunggal Terharu Ziarah Pro...
- Penjagaan Alam Sekitar Menurut ISLAM
- BN Tidak Hormati Hak Rakyat dan Demokrasi
- Pakatan Rakyat Miri bersama Penjaja Pasar Malam Me...
- SNAP beri komitmen tinggi bersama Pakatan Rakyat
- Youth Wings Gear-up To Win Sibu Seat for Pakatan
- Kerjasama DAP dan PAS Mantap,Bantu Kg Majoriti Iban
- Ibu Tunggal Muslimah Rayu Bantuan
- Pakatan Rakyat Selami Masalah Penjaja Pasar Malam
- Dewan Pemuda PAS Sedia Gempur BN di Sibu
- Menjelang PRK ; Kempen Minggu Tidak Menonton TV
- Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak Buat Laporan Polis I...
- DAP wakil PR di Parlimen Sibu
- Sekretariat Pakatan Rakyat Miri direalisasikan
- Azeez: Media Pro-BN lagakan DAP dan PKR menjelang ...
- Email Pembaca: Harga insurans kenderaan semakin mahal
- Perkongsian Ilmu:Tatkala tindakan pimpinan jadi ujian
- PAS Miri sambut baik arahan PAS Pusat
- UMNO/BN Kaki Judi Perosak Masyarakat
- Pentas Pemuda Detik Kebangkitan Gerakan Perubahan ...
- Sarawak:Negeri Rakyat dan Berkebajikan
- BN di Sarawak ..Kroni Taib Kaya Raya;Rakyat Papa K...
-
▼
April
(29)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment