YDP PAS Miri bersama komponen Pakatan Rakyat Miri terus memperkukuhkan lagi solidariti dalam memperjuangkan kebajikan penduduk setempat. Kali ini kesemua komponen PR ;diketuai oleh pimpinan utama masing masing ;Tuan Haji Jofri Jaraiee,Fong Pui Tek dan Dr Michael Teo telah turun melawat Pasar Malam Saberkas bagi mendapat maklumat dan menyelami sendiri permasalahan penjaja yang sudah sekian lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Turut serta komponen Pemuda Pakatan Dewan Pemuda PAS,DAPSY dan AMK turun membantu menyebarkan risalah dan akhbar PR.

Beberapa peniaga merakamkan rasa kecewa tentang janji manis politik Barisan Nasional;kononnya akan menyediakan ruang yang lebih kondusif sebelum 2 Pilihanraya yang lalu tetapi sekadar janji kosong semata. Malahan ada yang kecewa dengan kemudahan asas yang tidak sempurna seperti bekalan air bersih;sumber elektrik dan Surau yang lebih sempurna bagi yang beragama Islam diruang perniagaan. malahan kewujudan peniaga tanpa permit menyukarkan peniaga yang sudah lama meniaga dikawasan tersebut.

Kebanyakan peniaga yang ditemubual pas-miri.com mengucapkan terima kasih dan mengharapkan Pakatan Rakyat mampu memimpin dalam mendesak pihak berkuasa dibawah kerajaan BN untuk mengatasi masalah yang telah lama mereka hadapi. Mungkin kalau Miri hadapi PRK seperti Sibu dan Hulu Selangor pasti ruang niaga berbumbung dan beraircond taraf lima bintang mereka dapat. Yang jelas BN sekadar berjanji kosong;gula gula politik semata mata.