Lambang PAS adalah Lambang Perpaduan
 

PAS Sarawak mengalu-alukan hasrat Dap untuk menggunakan lambang PAS dalam PRU13 nanti sekiranya pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Lambang PAS adalah lambang perpaduan dimana simbol Bulan menunjukkan semua manusia akan berpandukan Bulan untuk menentukan sesuatu.

Sekiranya ini menjadi kenyataan secara tidak langsung rakyat Malaysia akan dapat melihat suatu perubahan dan perkembangan yang baik untuk mengeratkan hubungan antara parti komponen dalam Pakatan.

Gabungan Pakatan akan menjadi alternatif atau sebagai penganti kerajaan BN di masa hadapan. Dimana rakyat boleh memilih kerajaan yang terbaik buat mereka. Dengan adanya sistem dua parti maka mudah untuk rakyat menilai prestasi  kerajaan yang memerintah. Rakyat akan bebas memilih tanpa ada perasaan takut sebab kedua-dua parti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Sekarang rakyat berhak dan bebas untuk memilih parti mana yang mereka rasa bertanggungjawab, yang terbaik dan adil untuk semua.

Kepada semua ahli serta penyokong Pakatan Rakyat (PR) pilihlah secara bijak dan jangan bergaduh sesama sendiri kerana kita sudah hampir dan akan menawan Putrajaya selepas PRU13 nanti.  In sha-Allah

Bersatu kita BN jatuh, bercerai kita Pakatan akan lumpuh

PAS Untuk Semua

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS emblem is Symbol of Unity

Sarawak PAS welcomes the intention of Dap to use the symbol of PAS in the 13GE later if the Registrar of Societies (ROS) has not withdrawn his letter which states DAP leadership is void.

PAS emblem is a symbol of unity in which the symbols of the Moon indicate all mankind will be guided by the Moon to determine something.

If this becomes a reality indirectly Malaysians will be able to see a change and good development to strengthen the relationship between the component parties in the coalition.

The combination would be an alternative coalition or as a replacement of BN government in the future. Whereby the people can make a decision that is the best for their government. With this two-party system it is easy for people to assess the performance of government. They are free to choose without fear because the two parties have advantages and disadvantages respectively.

Now people have the right and freedom to choose which party they feel responsible, the best and fair for all.

To all members and supporters of Pakatan Rakyat (PR) choose wisely and do not fight one another because we have almost and will capture Putrajaya after 13GE later. In sha-Allah

Together we are BN will fall, divided we are Alliance will disintegrate

PAS for All

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii