
Baru-baru ini PAS Miri buat lawatan bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu untuk meninjau keadaan kehidupan penduduk Kampung Lusut Jaya 3 yang mengalami masalah bekalan air yang sering kali terputus. Menurut salah seorang penduduk di situ yang dikenali sebagai Jimbai ak Sigi, mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dari tangki yang mereka beli sendiri untuk mendapatkan air bersih sebab air paip tidak dapat digunakan sama sekali walaupun meter air sudah dipasang.
Loji Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya beberapa kilometer saja dari tempat kediaman mereka tapi tekanan air amat rendah sehingga menyebabkan air tidak keluar dari pili air dan yang keluar hanya tekanan angin. Mereka sudah lama memohon bekalan air bersih sejak tahun 2008 dan sebelum itu mereka juga pernah menyuarakan masalah yang sama kepada pihak yang berkenaan tetapi sehingga kini masalah bekalan air bersih masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Ada juga dikalangan mereka terpaksa mengunakan air tadahan hujan dalam kolam untuk kegunaan harian tetapi apabila musim kemarau, air takungan dalam kolam akan kering dan sudah tentu ini akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.
Lagi pun air takungan dalam kolam tidak begitu sesuai untuk membersihkan bahan makanan dan juga tidak selamat untuk diminum, dan ianya paling sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes terutama sekali selepas musim hujan.
Antara masalah lain masih ramai lagi penduduk kampung Lusut Jaya yang belum mendapat bantuan tangki air 1Malaysia seperti yang dijanjikan oleh pihak kerajaan BN. Mereka amat memerlukan tangki tersebut untuk menadah air hujan untuk kegunaan semasa musim kemarau atau ketika bekalan air terputus.
Kita mengesa pihak LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara), dan pihak yang berkaitan agar segera mengatasi masalah ini dari berpanjangan. Perkara ini sudah pun dilaporkan sebelum ini tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah ini.
Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah kampung Lusut Jaya 3 ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Water Shortages Still Occurs in Kampung Lusut Jaya 3

Recently Miri PAS make a visit with PAS Deputy President Haji Mohamad Sabu to survey the living conditions of the residents of Kampung Lusut Jaya 3 who experiencing water shortages which are often disconnected. According to one of the residents known as Jimbai ak Sigi, they had to use water from the catchment tank which they bought their own to get clean water because tap water cannot be used at all even though the water meter is installed.
Water Treatment Plant LAKU (Northern Region Water Board) in Lambir just a few kilometers from their place of residence but very low water pressure until cause no water come out from the tap and that out only air pressure. They have been applying for clean water supply since 2008 and before that they also had voiced a similar problem to the relevant authorities but until now the problem of clean water supply has yet to be fully resolved.
Although the tap water does not come out, they had to pay a water bill every month RM5 for water meter pipe. They feel the loss by paying for water meters that does not functioning and there is no service and they are also very disappointed with the attitude of those responsible in the management of water supply to disregard their problems all this while.

Furthermore, the water reservoir in the pool is not very suitable for cleaning the food and also not safe to drink, and it is most suitable for mosquito breeding especially after the rainy season.
Among others problem there are still many Lusut Jaya villagers who have not received assistance of 1Malaysia water tank as promised by the BN government. They are very much in need the tank to collect rain water for use during the dry season or when water runs out.
We urge the LAKU (Northern Region Water Board), and related parties to immediately address this problem from prolonged. This matter has already been reported before, but until now there was no follow-up action taken to overcome this problem.
Cooperation with all parties involved to resolve the problem of Lusut Jaya 3 village is very much appreciated.
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-