Di mana Pergi Peruntukan Jutaan Ringgit Untuk Rakyat?
SIBUTI - Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM66 juta untuk melaksanakan elektrik untuk Sibuti 2009-2014. Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Duat Kalom, Sungai Kelintang, Sibuti pada Selasa yang lalu.

Masalah bekalan eletrik di luar Bandar masih jadi isu utama di kawasan Sibuti dimana sehingga kini masih banyak lagi kawasan yang belum mendapat menikmati kemudahan asas tersebut walaupun sudah berpuluh-puluh tahun BN diberi peluang memerintah Sarawak.

Adakah rakyat masih memberi harapan dan memberi peluang sekali lagi untuk BN memerintah dan mengaut hasil bumi Sarawak untuk kepentingan diri mereka sendiri?

Kuasa ada ditangan rakyat, rakyat yang akan menentu nasib diri mereka sendiri sebab Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri mengubahkannya.

Walaupun pemimpin BN cuba hendak menyakinkan penduduk setempat tentang peruntukan berjuta-juta ringgit tersebut tetapi masalah kemudahan asas tetap menjadi masalah utama yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Masalah rakyat yang tidak dihiraukan oleh pemimpin BN selama ini menyebabkan rakyat sudah bosan dengan janji-janji pemimpin BN. Mereka ingin perubahan yang lebih baik.

Ini terbukti dengan kehadiran Robby calon PAS Sibuti, yang berkunjung ke Rh Madang Sebatu baru-baru ini mendapat sambutan diluar dugaan dari penduduk rumah panjang tersebut.

Mereka mengadu masalah bekalan air bersih, isu jalan yang masih teruk, isu tanah mereka yang kena ceroboh dan juga lain-lain masalah yang sudah sekian lama kerajaan BN tidak mampu tunaikan janji untuk selesaikan.

Pemimpin BN hanya datang membawa janji-janji yang sama setiap kali pilihanraya apabila datang ke rumah panjang mereka tetapi selepas pilihanraya semuanya senyap tanpa sebarang tindakan diambil.

Mereka menyatakan, setiap kali pilihanraya pemimpin BN akan datang berjanji bermacam-macam perkara untuk mendapatkan undi tetapi selepas pilihanraya semua janji tinggal janji walaupun berjuta-juta ringgit peruntukan sudah diluluskan.

Kemana perginya peruntukan berjuta-juta ringgit tersebut digunakan? Adakah ianya hanya memberi manfaat kepada rakyat atau kepada pihak tertentu saja?

Mereka yakin apabila kawasan pembangkang kuat, maka disitulah bermacam-macam projek rakyat akan dilaburkan.

Mereka sudah bosan dengan janji-janji pemimpin BN yang tidak pernah ditunaikan, mereka bertekad untuk mengubah keadaan dengan memberi sokongan padu kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk P218 Sibuti.

Semoga harapan rakyat untuk melihat perubahan besar selepas PRU13 nanti menjadi kenyataan. Ini kalilah untuk rakyat menukar kerajaan yang lebih telus, perihatin, dan adil untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version
Where Go the Provisions Millions of Ringgit For the People?
SIBUTI - The Sarawak government has approved an allocation of RM66 million to implement electricity to Sibuti 2009-2014. Allocation was announced by the Minister of Resource Planning and Environment Second Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said during a leader-meet-the people session at Rh Duat Kalom, Sungai Kelintang, Sibuti on Tuesday recently.

Electricity supply problems in rural areas are still a major issue in the Sibuti where until now there are many more areas that have not been able to enjoy the basic amenities even after many years BN given the chance ruled Sarawak.

Do people still give hope and give another chance for BN to rule and raking Sarawak natural resources for their own self-interest?

Power is entirely up to the people, the people who will determine their own destiny because God does not change the destiny of a people unless their own change it.

Although BN leaders tried to convince the local population about the allocation millions of ringgit in but the basic problem remains a major problem faced by the local population.

Problems of people who are ignored by the BN leaders all this while cause the people are fed up with promises of BN leaders. They want to change for the better.

This is evidenced by the presence of PAS Sibuti Robby, visiting the Rh Madang Sebatu recently got an unpredictable response from the people of the longhouse.

They complained of the shortage of clean water, the issues of road is still bad, land issues which encroached and also other long-standing problems of the BN government cannot fulfill its promise to solve.

BN leaders just came by the same promises every time an election when it comes to their longhouse but all silent after the elections without any action being taken.

They said, every time during the elections BN leaders come promise all kinds of things to get votes, but after the elections all promise stay promise despite the millions of provisions already approved.

Where it goes allocation of millions of ringgit are used? Is it only beneficial to the people or to certain parties only?

They are confident where the area opposition is strong, then that is where all kinds of people project will be invested.

They are fed up with promises of BN leaders who have never met and they decided to change the situation by giving support to the PAS candidate who represents the People's Alliance for P218 Sibuti.

Hopefully the people hope of to see a big change after the 13th GE will become a reality. This is the only time for the people to change the government for more transparent, humane, and fair to all.