Hospital Di Daerah Sarawak Masih Kekurangan Doktor
Lawas Perlu Sebuah Hospital Baru
LAWAS - Lawas adalah sebuah pekan kecil di utara Sarawak, dalam Malaysia timur di pulau Borneo. Lawas, berdasar kepada lokasi geografi, terputus dari seluruh rangkaian jalan raya di Sarawak. Ia bagaimanapun dihubungkan dengan jalan utama ke Sabah dan daerah Temburong Brunei. Perjalanan ke atau dari Lawas melalui jalan raya perlu menjalani pemeriksaan imigresen. Perjalanan ke negara lain di Sarawak memerlukan pasport. Dua lintasan sempadan jalan yang terletak di daerah Lawas terpaksa menggunakan pasport.
Penduduk di Lawas terdiri daripada suku kaum Lunbawang, Kedayan, Melayu Brunei, Murut Tagal dan Cina. Bahasa utama yang dituturkan adalah Melayu Brunei, Kedayan, Lunbawang dan Hokkien.
Baru-baru kita ada buat lawatan di Daerah Lawas, isu utama yang sering menjadi persoalan penduduk Lawas adalah hospital lama. Keadaan hospital Lawas yang agak usang dan hanya dijaga oleh pembantu hospital dimana tiada doktor sepenuh masa menjaga pesakit di situ.
Kalau ada kes-kes pesakit yang kritikal atau kronik, pihak hospital Lawas terpaksa menghantar pesakit tersebut ke luar daerah seperti ke hospital Miri atau Kota Kinabalu.
Disebabkan masalah urusan perjalanan yang memerlukan pasport maka penduduk Lawas sukar untuk membawa pesakit melalui darat disebabkan terpaksa melalui sempadan Brunei. Kalau melalui udara tambangnya mahal dan sukar kerana penerbangan adalah terhad.
Masalah kadar bayaran pasport yang agak mahal perlu dikurangkan khas untuk penduduk Lawas
yang terpaksa berulang alik keluar masuk melalui sempadan Brunei. Kebanyakan penduduk di Lawas adalah terdiri daripada para nelayan, petani dan juga bekerja dengan kerajaan dengan pendapatan sederhana, untuk mereka yang mempunyai keluarga di luar daerah Lawas sudah tentu sulit untuk keluar melawat keluarga atau pun apabila berlaku kecemasan.
Kami juga dimaklumkan oleh salah seorang penduduk di Lawas yang dikenali sebagai Haji Tuah, terdapat sebuah hospital baru yang disewa di sebuah bangunan kedai sehingga kini masih belum beroperasi sepenuhnya. Walaupun sudah 2 tahun bangunan tersebut disewa oleh pihak hospital tetapi ianya tidak dibuka kepada orang ramai lagi. Adalah suatu pembaziran wang rakyat sekiranya hospital yang menyewa bangunan tersebut tidak digunakan sepenuhnya.
Antara permintaan penduduk Lawas ialah kerajaan dapat membina sebuah hospital yang lengkap dengan peralatan perubatan dan di tapak tetap tanpa perlu untuk menyewa sebuah bangunan kedai.
Hospital Lawas perlu seorang atau lebih doktor pakar atau doktor sepenuh masa untuk menjaga kesihatan penduduk di Lawas. Menurut penduduk di Lawas nama saja hospital tetapi tiada seorang pun doktor sepenuh masa yang menjaga hospital tersebut.
Mereka berharap apabila isu ini dibangkitkan, masalah hospital di Lawas dapat diatasi dengan segera tanpa perlunya menunggu janji-janji pilihanraya yang sering mereka dengar sebelum ini.
Sudah berpuluh-puluh tahun mereka menanti dengan penuh harapan, agar dapat sebuah hospital baru tetapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan.
Kita mengesa pihak kerajaaan segera membina sebuah hospital baru untuk Lawas yang lebih canggih dan mampu menangani masalah pesakit yang begitu ramai yang terpaksa dihantar keluar dari daerah Lawas.
Harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan dan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini dari berpanjangan sangat hargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Lawas Need a New Hospital
LAWAS- Lawas is a small town of northern Sarawak, eastern Malaysia on the island of Borneo. Lawas, by virtue of its geographical location, is cut off from the rest of Sarawak's road network. It is however linked by main road to Sabah and Brunei's Temburong district. Travelling to or from Lawas by road requires undergoing immigration checks. Travelling to the rest of Sarawak requires a passport. Two road border crossings are located in Lawas district had to use a passport.
Residents in Lawas consist of Lunbawang tribes, Kedayans, Brunei Malay, Murut Tagal and Chinese. The main language spoken is Brunei Malay, Kedayans, Lunbawang and Hokkien.
We recently have made a visit at the Lawas District and the main issue has always been a question of the Lawas residents is old hospital. A Lawas hospital condition is quite dilapidated and is only care by hospital assistants where there is no full-time doctor caring for patients there.
If there are cases of patients with critical or chronic conditions, the Lawas hospital had to send the patient out of district such as Miri hospital or Kota Kinabalu.
Due to travel arrangements which require passports then the people of Lawas difficult to bring the patient by land due to go through the Brunei border. If by air the fare is costly and difficult because the flights are limited.
The problem of passport rate fee is relatively expensive it should be reduced special to the people of Lawas of having to commute in and out through the Brunei border. Most of the people in Lawas is made up of fishermen, farmers and also work with the government with the moderate income, for those who have family outside the Lawas district certainly difficult to get out visiting family or even in the event of an emergency.
We were also told by one of the people in Lawas known as Haji Tuah, there is a new hospital in a rented shops building up till now could not fully operational. Although already 2 years the building was been rented by the hospital but it was not open to the public yet. It is a waste of public funds if the hospital which rent of the building is not fully utilized.
Among the Lawas residents demand is that the government was able to build a hospital complete with medical equipment and at the permanent site without having to rent a shop building.
Lawas hospitals need one or more medical specialists or full time doctors to take care of the people in Lawas. According to the people in Lawas, it just a call as hospital but no one is a full-time doctor in charge of the hospital.
They hope that when this issue is raised, the problem of hospital in Lawas can be resolved immediately without the need to wait for the election promises that often they had heard before.
They have been waiting for a dozens of years with hope in order to have a new hospital but so far have not materialized.
We urge the governments quickly build a new hospital in Lawas that is more sophisticated and able to handle the problems of which so many patients that had to be sent out of the Lawas district.
Hope this matter gets adequate attention from the relevant authorities and the cooperation with the government to solve the problem from prolonged is highly appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
April
(13)
- Masalah Rakyat Sibuti Yang Masih Belum Dapat Diatasi
- Indah Khabar Dari Rupa, Peruntukan Ada Tapi Rakyat...
- Masalah Penduduk Sibuti Yang Masih Belum Dapat Dis...
- Penduduk Baram Masih Menanti Janji Ditepati BN
- Calon PAS Untuk Semua Kaum Di Sibuti
- Bulan PAS Lambang Perpaduan Umah
- Tapak Pelupusan Sanitari Menganggu Kehidupan Pendu...
- Masalah Infrastruktur Punca Penduduk Luar Bandar S...
- Calon PAS Sarawak Mendapat Restu Pimpinan PAS dan ...
- Hospital Di Daerah Sarawak Masih Kekurangan Doktor
- PAS Semakin Dihati Rakyat Berbagai Kaum dan Agama
- Masalah Air Masih Berlaku Kawasan Sekitar Lambir
- Penduduk Luar Bandar Sarawak Masih Kekurangan Kemu...
-
▼
April
(13)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment