Sokongan kepada PAS dari Berbagai Kaum Di Sarawak Meningkat
MIRI - Baru-baru ini PAS Miri bersama dengan Naib Pengerusi DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) Pusat, Vincent Lee telah melancarkan jentera pilihanraya DHPP bahagian Sibuti di salah sebuah kelab di Miri. Antara yang hadir selain Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee ialah YDP PAS Miri, Ketua Pemuda PAS Sibuti Robby Tandang, Ketua DHPP Sibuti Ramba dan Setiausaha DHPP Sarawak Yeo kian Leong.


Ramai ahli DHPP yang berada di sekitar kawasan Sibuti hadir mendengar taklimat yang di sampaikan oleh pemimpin PAS dan juga DHPP untuk persediaan menghadapi PRU13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee mengingatkan ahli DHPP Sibuti supaya berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan sebaran berita yang belum pasti terutama berita yang berbentuk fitnah dan spekulasi.

Sambutan dari kaum bumiputera yang bukan beragama Islam terhadap PAS di Sarawak sungguh memerangsangkan dan ini petanda bahawa PAS sudah mula diterima dengan hati terbuka oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Seperti mana kata Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee bahawa kalau tidak kenal, maka tidak cinta. Bila orang ramai sudah mengenali PAS lebih dekat, maka mereka mula suka dengan cara pentadbiran PAS.

Semoga dengan sokongan padu dari masyarakat berbagai kaum dan agama di Sarawak dapat memberi sumbangan untuk PAS menawan kerusi parlimen di Sarawak. In Shaa Allah.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Support for PAS from Various Races in Sarawak Rises

MIRI - PAS Miri recently together with the Vice-Chairman of Central DHPP (PAS Supporters Congress) Vincent Lee has launched its election machinery for DHPP Sibuti at one of the clubs in Miri. Among those present besides vice-chairman of Central DHPP, Vincent Lee, is PAS Miri Chief Jofri Jaraiee, PAS Sibuti Youth Chief Robby Tandang, PAS Sibuti DHPP Chief Ramba and DHPP Sarawak Secretary Yeo Kian Leong.

Many DHPP members who were in the area of Sibuti attend a briefing which was presented by PAS leaders and DHPP to prepare for the 13th General Elections that will occur at any time Vice Chairman of Central DHPP, Vincent Lee reminded the member of DHPP Sibuti so that cautious and do not be easily influenced by the spread of news that has not been identified, especially defamatory news and speculation.

The response of indigenous people who are not Muslims in Sarawak to PAS is very encouraging and this is an indication that PAS has began to be accepted with an open heart by all the people regardless of race and religion.

As said by the Vice Chairman of Central DHPP, Vincent Lee that if do not know, it is no love. When people already know PAS closer, then they start to love the way the PAS administration.

Hopefully, with strong support from people of all races and religions in Sarawak can contribute to PAS capture parliamentary seats in Sarawak. In Shaa Allah