Masalah Rakyat Sibuti Yang Masih Belum Dapat Diatasi
Masalah Elektrik dan Kemudahan Asas Di Sibuti Masih Belum Dapat Diatasi Sepenuhnya
SIBUTI - Kampung Bulau terletak dalam kawasan parlimen Sibuti. Kebanyakan penduduk di situ adalah berketurunan Melayu dan kebanyakannya bekerja sebagai petani dan juga bekerja sendiri.
Baru-baru ini, Roselin salah seorang penduduk di Kg Bulau mengadu kepada pihak kami tentang masalah bekalan elektrik di kampung mereka. Katanya tiang dan kabel elektrik sudah lama dipasang lebih kurang dua tahun yang lalu tetapi masalahnya meter elektrik dipasang tetapi tiada bekalan elektrik masuk ke rumah mereka. Dia sudah pun membayar deposit cagaran (collateral deposit) untuk memasang eletrik ke rumahnya tetapi sehingga kini masih belum lagi dapat digunakan.
Menurutnya lagi masalah bekalan elektrik di Kg Bulau sudah lama berlaku, penduduk kampung terpaksa menggunakan genset dimana kos petrol yang digunakan sebanyak rm500 sehingga rm600 sebulan. Bagi mereka yang kurang berkemampuan terpaksa menggunakan lilin kerana tidak mampu membeli genset.
Sepatutnya masalah ini tidak berlaku lagi dikawasan kampung mereka kerana baru-baru ini Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM66 juta untuk melaksanakan elektrik untuk Sibuti 2009-2014. Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Duat Kalom, Sungai Kelintang, Sibuti pada Selasa yang lalu.
Perkara yang sama berlaku kepada penduduk Kg Tiris, di mana ada di antara mereka telah lama memohon elektrik sehingga kini meter elektrik juga tidak dapat digunakan. Dalam masalah yang berkaitan terdapat juga berlaku kabel wayar di tiang elektrik di Kg Tiris yang bergulung seperti ular yang boleh mengancam keselamatan atau pun kejutan elektrik kalau pihak SESCO tidak bertindak cepat untuk mengatasinya.
Selain masalah bekalan elektrik, penduduk kampung di Kg Bulau juga mengesa agar pihak kerajaan segera memperbaiki jalan masuk ke kampung mereka sekitar 6.5km dari jalan utama kerana tiada turapan jalan / premix atau jalan tar kerana sukar untuk mereka keluar ke bandar terutama sekali musim hujan.
Disamping itu juga, selain masalah bekalan eletrik dan jalanraya, penduduk kampung juga mengesa pihak kerajaan memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk di situ yang sudah menetap di kampung itu lebih dari 100 tahun.
Walaupun baru-baru ini ada lot rumah di sukat dalam keadaan tergesa-gesa tetapi mereka mahu hak milik kekal agar tempat kediaman mereka lebih selamat dan tidak diganggu gugat oleh pihak tertentu sekiranya pihak kerajaan mahu membangunkan tempat mereka.
Kita mengesa agar pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Electrical problems and Basic Amenities in Sibuti yet to Fully Resolved
SIBUTI – Bulau village is located in Sibuti constituency. Most of the residents are Malay origin and mostly work as farmers and self-employed.
Recently, Roselin residents one of Kg Bulau complained to us about the problems of electricity in their village. She said the pole and electric cables have long been installed about two years ago but the problem is the electricity meter is installed but no electricity supply to their house. She has already paid the collateral deposits to install electricity to her house, but to date has yet to be used.
According to her the problem of electricity supply in Kg Bulau has long occur, the villagers had to use gensets where the cost of petrol used by rm500 to RM600 a month. For those who are less fortunate had to use candles because they could not buy a generator.
This problem should not happen again in their villages because of the recent Sarawak government had approved an allocation of RM66 million to carry electricity to Sibuti 2009-2014. Allocation was announced by the Minister of Resource Planning and Environment Second Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan at-the-people session at Rh Leaders Kalom Duat, Kelintang River, Sibuti recently.
The same thing happened to the residents of Kg Tiris, where some of them have long been apply for electricity until now the electric meter also cannot be used. In a related problem also occurs the wire cable on the electric pole in Kg Tiris that curled like a snake that can threaten the safety or electric shock if the SESCO do not act quickly to overcome them.
Apart of the problems of electricity supply, the villagers in Kg Bulau also urges the government to immediately repair the road in their village about 6.5 km from the main road as there are no pavements / premix or tarred road because it is difficult for them to go out to town especially in the rainy season.
Additionally, besides the problem of electricity supply and roads, the villagers also urged the government to give permanent land titles to residents who have lived in the village for more than 100 years.
Although recently there are the lot of houses measured in haste but they want permanent land titles so that their living quarters are safe and not threatened by certain parties if the government wants to develop their place.
We urge that the relevant authority able to resolve this matter as soon as possible, in collaboration with the relevant authorities is highly appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
April
(13)
- Masalah Rakyat Sibuti Yang Masih Belum Dapat Diatasi
- Indah Khabar Dari Rupa, Peruntukan Ada Tapi Rakyat...
- Masalah Penduduk Sibuti Yang Masih Belum Dapat Dis...
- Penduduk Baram Masih Menanti Janji Ditepati BN
- Calon PAS Untuk Semua Kaum Di Sibuti
- Bulan PAS Lambang Perpaduan Umah
- Tapak Pelupusan Sanitari Menganggu Kehidupan Pendu...
- Masalah Infrastruktur Punca Penduduk Luar Bandar S...
- Calon PAS Sarawak Mendapat Restu Pimpinan PAS dan ...
- Hospital Di Daerah Sarawak Masih Kekurangan Doktor
- PAS Semakin Dihati Rakyat Berbagai Kaum dan Agama
- Masalah Air Masih Berlaku Kawasan Sekitar Lambir
- Penduduk Luar Bandar Sarawak Masih Kekurangan Kemu...
-
▼
April
(13)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment