Tapak Pelupusan Sanitari Mencemar Air Sungai Di Sibuti
SIBUTI – Sebuah projek pelupusan sampah di Bekenu di sini yang masih belum siap sepenuhnya telah mengganggu kehidupan penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut. Sepatutnya projek Tapak Pelupusan Sanitari Sibuti itu siap pada 18 Disember 2012 tetapi sehingga kini ianya masih sekitar 60% - 70% dalam kemajuan.

Sistem perawatan air sampah (leached) sudah tidak beroperasi lagi dan air sisa sampah dilepaskan ke sungai yang berdekatan menyebabkan penduduk Kg Subak di hilir tapak projek itu terpaksa menanggung derita akibat air sungai yang tercemar.

Kata salah seorang dari penduduk kampung, Asit bin Hj Ahmad “Apabila air sampah itu dilepaskan, air sungai Nibong yang melalui Kg Subak akan menjadi hitam dan berbau busuk. Kawasan sekitar kampung akan mengalami bau busuk yang amat dahsyat.”

Sebelum adanya projek pelupusan sampah wujud, air sungai Nibong sangat jernih dan bersih. Penduduk kampung bergantung kepada air sungai untuk mandi dan mencuci pakaian dan sebagainya. Ikan dan udang banyak terdapat dalam sungai yang tidak tercemar. Kalau dulu mereka mandi dalam sungai ini dengan selesa tetapi sekarang untuk meletak kaki pun rasa takut.

Air sungai sudah kotor dan tercemar.  Anggota badan akan menjadi gatal-gatal kalau mandi menggunakan air sungai tersebut kata Asit. Taraf kesihatan penduduk kampung terjejas akibat Tapak Pelupusan Sanitari Sibuti yang mencemar air sungai yang berdekatan.

Selain masalah pelupusan sampah, jalanraya rosak juga adalah masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut.  Salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Dapor pernah mengadu kepada wakil rakyat dalam kawasan tersebut tetapi ianya tidak menepati janji untuk memperbaiki jalan masuk ke dalam kampung mereka. Jalan yang sempit dan rosak menyukarkan pengerakan mereka terutama sekali waktu musim hujan.

Perkara ini sudah pun dilaporkan sebelum ini oleh penduduk kampung, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah tersebut.

Kita mengesa pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan agar segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk tersebut, jangan biarkan kehidupan penduduk kampung tercemar dan kesihatan mereka terjejas akibat pencermaran yang berpanjangan.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai, semoga masalah ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak yang berkenaan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak




English version

Sanitary Landfill pollute River Water in Sibuti

SIBUTI - A garbage disposal project in Bekenu here that has yet to be completed has been disrupted the lives of the villagers in the area. Sibuti Sanitary Landfill project supposed to be completed on December 18, 2012 but until now it is still around 60% - 70% in progress.

Waste water treatment system (leached) has ceased operations and the garbage waste water released into a nearby river causing the Kg Subak residents at the downstream of the project site had to endure hardship consequence of polluted river water.

Said one of the villagers, Asit bin Hj Ahmad "When waste water is discharged, the Nibong river water through Kg Subak will turns black and smelly. The area around village will suffer a terrible stench."

Before the advent of the landfill project exists, the Nibong river water is very clear and clean. Villagers rely on river water for bathing and washing clothes and so on. Fish and shrimp are abundant in unpolluted rivers. In the past, they bathe in the river with comfortable but now to the put leg even fear.

River water is dirty and polluted. The body will be irritated if bath using river water Asit said. The health status of the villagers was affected by the Sibuti Sanitary Landfill which pollutes the nearby river.

In addition to the problem of waste disposal, road damage is also a major problem faced by the villagers. One of the villagers known as Dapor had complained to the elected representative in the area but it does not keeping promises to improve the access road into their village. Roads are narrow and damaged makes it difficult for their movement especially during the rainy season.

This matter has already been reported earlier by the villagers, but to date no action has been taken by the relevant authorities to address the problem.

We urge the authorities and those concerned to immediately solve the problems faced by the residents, do not let the life of the villagers contaminated and their health affected by the prolonged Pollution.

Cooperation with the parties concerned is very much appreciated; hopefully this problem can be resolved immediately by the parties concerned.