Penduduk Luar Bandar Sarawak Masih Kekurangan Kemudahan Asas
Kemudahan Asas Masih Belum Ditepati di Kawasan Sibuti
NIAH - Setelah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan negara Malaysia, Sarawak yang akan menyambut ke 50 tahun hari kemerdekaan pada 16hb september masih lagi jauh ketinggalan dari segi infrastruk dan kemudahan asas kepada penduduk di luar bandar.
Masih terdapat ramai penduduk di Sarawak tidak merasai kemudahan asas untuk hidup dengan selesa. Di Bekenu, kawasan parlimen Sibuti, masih banyak rumah panjang yang tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalanraya yang baik.
Sebagai contoh, penghuni di Rh Alaxander Agap di Sepupok masih bergantung dengan air hujan sebagai sumber air untuk kegunaan harian, dan masih menggunakan janakuasa diesel untuk mendapatkan bekalan elektrik. Keadaan ini amat menyukarkan penduduk kerana mereka terpaksa berjimat dan hanya menggunakan elektrik di waktu malam kerana harga diesel sangat mahal.
Menurut Jawing yang mengadu masalah tersebut berkata "50 tahun kerajaan BN sudah berkali-kali berjanji mahu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik, tetapi sampai sekarang janji hanya tinggal janji, sedangkan jarak kampung mereka ke jalan utama tidak jauh, hanya 1.5 kilometer sahaja”.
Tambah Jawing, di waktu hari perayaan Gawai, air tadahan tidak mencukupi. Penduduk kampung yang lain juga menambah, keadaan akan bertambah susah terutama waktu musim kemarau, dimana tadahan air hujan kekeringan dan mereka perlu mendapatkan air dari sumber yang jauh dalam keadaan kesukaran.
Majoriti penduduk di ‘Rancangan Sepupok’ juga tidak mendapat jalan tar berturap. Sehingga sekarang mereka masih menggunakan jalan batu kerikil untuk keluar dan masuk ke kediaman mereka. Keadaan ini sangat mengganggu pergerakan mereka terutamanya waktu musim hujan, jalan tanah menjadi licin dan kenderaan mereka sukar dikawal. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika ada berlaku kecemasan, dimana kesukaran untuk penduduk untuk keluar mendapat bantuan dari luar.
Penduduk di Rh Alaxander berharap kerajaan segera bertindak untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas di kampung mereka khasnya dan di tempat-tempat lain dalam kawasan Sibuti dan negeri Sarawak amnya. Mereka percaya kerajaan negeri Sarawak sebenarnya mampu menyelesaikan masalah rakyat jika tiada ketirisan berlaku dalam pengurusan sumber hasil negeri memandangkan negeri Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia.
Kita mengesa pihak yang berkaitan dapat mengatasi masalah tersebut dengan segera dari terus berlarutan kerana kemudahan asas rakyat adalah keutamaan yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak yang memerintah sekarang.
Kerjasama dengan pihak yang berkaitan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Basic Amenities still unfulfilled at the Sibuti area
NIAH - After achieving independence through the formation of Malaysia, Sarawak, which will celebrate its 50th Independence Day on September 16th are still far behind in terms of the infrastructure and basic amenities to the rural population.
There are still many people in Sarawak not feel the basic amenities to live comfortably. In Bekenu, Sibuti parliamentary constituency, many longhouses still do not get the basic amenities such as clean water, electricity and good roads.
For example, residents in Rh Alaxander Agap Sepupok still rely on rainwater as a source of water for daily use, and still use “diesel engine generator" to obtain electricity. Situation is very difficult for the people because they had to save money and just use electricity at night because the price of diesel is very expensive.
According to Jawing who complained of the problem says "50 years BN government has repeatedly promised to provide basic amenities such as clean water supply and electricity, but until now promises only stay as promises, while the distance of their village to the main road not far, just 1.5 kilometers away.
Add Jawing, during Gawai festival days, not enough water catchment. Other villagers also added that condition would get difficult especially during the dry season, where rain water catchment dryness and they have to get water from distant sources in difficulties.
The majority of the population in 'Sepupok Plan' also did not get tar road paving. Until now, they still use the gravel road for entry and exit from their residence. This is particularly disturbing their movement especially during the rainy season, the dirt road is slippery and difficult to control their vehicles. Things will get worse if there is an emergency, where the difficulty of the people to come out to get help from outside.
A resident in the Rh Alaxander hopes that the Government act quickly to solve the basic amenities problems in their village in particular and other places in the area Sibuti and the State in general.
They believe the state government is actually able to solve people's problems if no leakages occur in the management of state revenue as the state of Sarawak is the richest state in Malaysia.
We urge the relevant authorities to solve the problem as soon as possible from persisted because the people's basic facilities are a priority that should be given attention by the ruling party now.
Cooperation with the relevant parties is highly appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
April
(13)
- Masalah Rakyat Sibuti Yang Masih Belum Dapat Diatasi
- Indah Khabar Dari Rupa, Peruntukan Ada Tapi Rakyat...
- Masalah Penduduk Sibuti Yang Masih Belum Dapat Dis...
- Penduduk Baram Masih Menanti Janji Ditepati BN
- Calon PAS Untuk Semua Kaum Di Sibuti
- Bulan PAS Lambang Perpaduan Umah
- Tapak Pelupusan Sanitari Menganggu Kehidupan Pendu...
- Masalah Infrastruktur Punca Penduduk Luar Bandar S...
- Calon PAS Sarawak Mendapat Restu Pimpinan PAS dan ...
- Hospital Di Daerah Sarawak Masih Kekurangan Doktor
- PAS Semakin Dihati Rakyat Berbagai Kaum dan Agama
- Masalah Air Masih Berlaku Kawasan Sekitar Lambir
- Penduduk Luar Bandar Sarawak Masih Kekurangan Kemu...
-
▼
April
(13)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment