KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.
Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.
Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lepas, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.Dr Sulaiman,bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doctor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an. — Bernama
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Allahyarham ketika hayatnya mempunyai hubungan yang baik dengan PAS sewaktu berada dalam kabinet.
"Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kami mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum.
"Beliau sangat sedih bila PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada tahun 1978 menunjukkan betapa eratnya hubungan almarhum dengan PAS," katanya ketika ditemui di Parlimen pagi ini.
Ujarnya lagi, Almarhum juga seorang pemimpin yang tidak pernah menunjukkan sikap kedaerahan dan kepartian khususnya kepada PAS sewaktu PAS memerintah Kelantan.
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman turut mengumumkan Dewan Rakyat ditangguh seketika bagi memberi penghormatan kepada Allahyarham.
PAS Miri merakamkan takziah pada keluarga Dr dan berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2)
"Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).
Al-Fatihah buat Tan Sri Dr Sulaiman Daud
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
March
(23)
- Pentas Pemuda Pakatan Rakyat Miri 2010
- Ubah Gaya Hidup VS Ubah Kerajaan
- Takutkah Kita Pada ALLAH
- Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat- Mu...
- Himpunan Pemuda Islam 2010
- Suntikan Motivasi buat Pemuda PAS Miri
- Al-Fatihah buat Tan Sri Dr Sulaiman Daud
- Insiden Kebakaran Asrama Muslimin SMKA Miri: PAS M...
- PAS Miri Sedia Gempur PR DUN Sarawak
- BN: Barang Naik..Giliran Tambang bas di Sarawak pula
- PAS Miri Desak Tindakan Drastik Pihak Berkuasa Te...
- The Controversial Bakun Dam
- Datuk Lee Chong Wei and Lotus F1...
- Selamatkan Negara Melalui Penghayatan ISLAM
- Tarbiyyah: Wala’, Taat dan Thiqah dalam PAS
- Tahniah pada pelajar SPM 2009
- Program Pembelaan Rakyat di Kpg. Senadin
- Melawat Keluarga Yang Kurang Berkemampuan
- Jerebu di Bumi Miri...Dimana Silapnya?
- TANAH NCR Rakyat dan anak cucu cicit punya MANA? H...
- TANAH NCR PENDUDUK SARAWAK HABIS DI BAWAH POLITIK ...
- Ucapan YB Drs Khalil Idham Lim
- Royalti: Rakyat Sabah, Sarawak juga bimbang
-
▼
March
(23)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment