Kalau di Brunei yang hanya beberapa kilometer dari Miri begini keadaannya;bagaimanakah kita di Miri. Ayuh muhasabahlah diri kita. Perbanyakkan amal ibadah dan kembalilah pada ISLAM sepenuhnya. ISLAM cara hidup kita.
Pesan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi......
Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]
Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .
Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .
Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .
Seperkara lagi yang dilihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .
Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .
Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .
[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]
Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .
Takutkah Kita Pada ALLAH
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
March
(23)
- Pentas Pemuda Pakatan Rakyat Miri 2010
- Ubah Gaya Hidup VS Ubah Kerajaan
- Takutkah Kita Pada ALLAH
- Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat- Mu...
- Himpunan Pemuda Islam 2010
- Suntikan Motivasi buat Pemuda PAS Miri
- Al-Fatihah buat Tan Sri Dr Sulaiman Daud
- Insiden Kebakaran Asrama Muslimin SMKA Miri: PAS M...
- PAS Miri Sedia Gempur PR DUN Sarawak
- BN: Barang Naik..Giliran Tambang bas di Sarawak pula
- PAS Miri Desak Tindakan Drastik Pihak Berkuasa Te...
- The Controversial Bakun Dam
- Datuk Lee Chong Wei and Lotus F1...
- Selamatkan Negara Melalui Penghayatan ISLAM
- Tarbiyyah: Wala’, Taat dan Thiqah dalam PAS
- Tahniah pada pelajar SPM 2009
- Program Pembelaan Rakyat di Kpg. Senadin
- Melawat Keluarga Yang Kurang Berkemampuan
- Jerebu di Bumi Miri...Dimana Silapnya?
- TANAH NCR Rakyat dan anak cucu cicit punya MANA? H...
- TANAH NCR PENDUDUK SARAWAK HABIS DI BAWAH POLITIK ...
- Ucapan YB Drs Khalil Idham Lim
- Royalti: Rakyat Sabah, Sarawak juga bimbang
-
▼
March
(23)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment