Miri, 7hb Mac 2010 - PAS Kawasan Miri sekali lagi pada hari ini telah bersama-sama menterjemahkan manifesto PAS dalam mengetengahkan konsep Negara Berkebajikan ;dengan terus turun kepada masyarakat memberikan bantuan. Pada kali ini, PAS Kawasan Miri telah turun ke Kpg. Senadin yang terletak kira-kira 10KM daripada pusat bandaraya Miri. Sebanyak 13 keluarga telah menerima bantuan berupa keperluan kehidupan seharian.
Sebagai rekod, Kpg. Senadin ini terletak di persisir pantai. Terdapat rumah penduduk yang terbabit telah runtuh akibat daripada selalu dinaiki air dan bahan binaan yang tidak baik. Ada diantara rumah penduduk terbabit yang dibina dan dibaiki dengan menggunakan bahan binaan terbuang dan ini menyebabkan struktur rumah penduduk terbabit tidak selamat untuk didiami.
Seorang ibu tunggal yang diziarahi turut melaporkan sebelum ini, dia dan Almarhum suaminya pernah mendapat wang sumbangan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumalh RM250 sebulan. Namun setelah kematian suami, lebih 10 tahun yang lepas bantuan tersebut telah diberhentikan tanpa alasan yang kukuh daripada pihak yang berwajib. Inilah dia penterjemahan kerajaan BN 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Di dalam ziarah kali ini juga, PAS Kawasan Miri telah menerima aduan daripada penduduk kampung berkenaan status tanah yang belum tetap diberikan oleh kerajaan Negeri Sarawak walaupun telah menduduki kampung tersebut lebih daripada 30 tahun. Dimaklumkan oleh wakil penduduk, lebih kurang 60 keluarga yang terlibat. PAS Kawasan Miri berjanji untuk bersama-sama dengan penduduk yang terlibat memperjuangkan hak mereka dan mendesak pihak yang berwajib bagi menunaikan hak yang sepatutnya menjadi milik penduduk kampung terbabit.
0 Comments Received
Post a Comment