Contoh paling jelas, Tanah NCR rakyat Orang Ulu di Belaga sangat luas di ulu Sungai Balui (ratusan ribu hektar), diberi ganti hanya dengan Satu(1) hektar sahaja. Malang lagi kalau tanah itu berbatu dan berpasir dan tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Tanah yang luas di kawasan Asap Belaga pula telah diberi kepada syarikat-syarikat. Penduduk mengatakan mereka umpama dalam "penjara" di Asap Belaga. Pihak tertentu pula mengatakan mereka tidak merampas tanah rakyat dan memberi amaran kepada rakyat agar jangan dengar hasutan pihak tertentu yang melawan kerajaan. Rakyat ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan dan gertakan sama ada dari rakyat kelas kurang berpelajaran hinggalah kepada mereka yang memiliki PHD. Semua ditakut-takutkan. Rakyat tidak perlu takut. Negara ini adalah negara demokrasi. Rakyat bebas memilih. Rakyatlah yang empunya kuasa kerajaan. Kalau pihak kerajaan mengatakan mereka tidak merampas tanah NCR rakyat, berikan geran kepada mereka berbanding memberikannya kepada syarikat-syarikat yang bukan penduduk ASAL sesuatu tempat itu. Rakyat (termasuk pemimpin masyarakat)jangan takut apabila digertak dan diugut oleh pihak tertentu. Mungkin ugutan itu berbentuk diberhentikan kerja, dipindahkan kerja, tidak akan dilantik lagi dan sebagainya. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, mereka - mereka yang "diugut" tidak hilang kerjapun. Sekolah tidak hilang, klinik tidak hilang dan jalanraya tidak hilang dan sebagainya tidak hilang. Yang pasti hilang adalah pemimpin-pemimpin yang tamak haloba dan yang merampas tanah NCR rakyat. Tapi rakyat kenna faham isu dan berani membuat PERUBAHAN. Kita tidak mahu kehilangan tanah NCR dari Tenggelam oleh DAM dan DIRAMPAS oleh polisi yang memberi lesen kepada syarikat berbanding Orang Asal. Secara ringkasnya KESAN langsung akibat politik pembangaunan Taib di sini adalah:
1. Tanah NCR yang luas di tepi sungai akan diTENGGELAMkan dan diganti hanya dengan 1 hektar SAHAJA (Contoh Bakun);
2. Tanah NCR di tanah tinggi pula DISERAH kepada SYARIKAT-SYARIKAT perladangan selama 60 tahun dan boleh diperbaharui.
Dan jika BN terus berkuasa bermakna :
1. DAM terus dibina walaupun dibantah; dan
2. Tanah NCR Rakyat diberikan lesen kepada Syarikat-Syarikat perladangan.
0 Comments Received
Post a Comment