"YDP menyampaikan sumbngan kepada wakil keluarga"

Pada malam 4 Mac 2010, rombongan PAS Kawasan Miri yang diketuai oleh YDP Kawasan iaiut Tn Hj Jofri B Jaraiee, telah menziarahi sebuah keluarga yang kurang berkemampuan di Kpg. Luak, Miri. Rombongan telah sampai ke rumah keluarga tersebut pada jam 9 malam.

Di dalam ziarah tersebut, pihak PAS Kawasan Miri telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian bagi mengurangkan bebanan keluarga terbabit. Untuk makluman, rumah keluarga terbabit telah terputus bekalan elektrik sejak lebih 4 bulan lepas akibat daripada ketidak mampuan untuk membayar bil elektrik.

PAS Kawasan Miri merasa amat kecewa dengan tindakan pihak yang berkenaan, mana janji Perdana Menteri 1Malaysia yang melaung-laungkan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Yang kita lihat, Company Didahulukan, Wang Diutamakan.

Keluarga terbabit, memiliki 5 orang anak dan yang paling bungsu baru berusia 7 hari. Kepada pihak-pihak yang ingin sama-sama memberikan sumbangan, boleh salurkan sumbangan melalui bendahari PAS Kawasan Miri di talian 0124657256.

"YDP turut sama-sama mendoakan yang terbaik untuk anak kecil ini"


"Sebahagian kerosakan di dalam rumah yang turut perlukan pembaikan"
"Bil elektrik terakhir keluarga terbabit yang berjumlah RM2200 tuut memerlukan bantuan"