السلام عليكم ورحمة الله وبكاته

KENYATAAN MEDIA PAS Miri

Kejadian Jerebu buruk minggu ini membangkitkan 1001 persoalan tentang ketelusan pihak penguasa dalam memastikan kejadian ini dari tidak berlaku lagi. Kejadian sebegini rupa yang kerap berulang; malahan makin teruk, jelas menyukarkan masyarakat setempat. Komen dari pimpinan BN YB Lee Kim Shin dan George Chan tidak lebih dari komen politik yang diragui keikhlasannya. Mana mungkin setiap kali berlaku kebakaran hutan sekitar Kuala Baram dan terbaru sekitar Permyjaya dan Tudan; acap kali dikaitkan kononnya dek kerana cuaca panas dan pembakaran terbuka oleh penduduk semata-mata.

PAS mahu tindakan konkrit diambil terhadap pihak yang melakukan pembakaran terbuka; malahan mahu mereka yang terlibat dalam kelulusan tanah –tanah perladangan atau projek perumahan sekitar Permyjaya dan Tudan yang diberi permit ini disiasat seadil-adilnya.
Kepimpinan BN juga perlu jujur dalam mengatakan agensi penguatkuasaan yang lemah dalam memberi kelulusan permit pembakaran kerana apa yang dikhuatiri mungkin terdapat unsur ketirisan dan rasuah dalam kelulusan ini. Rakyat tidak akan lupa terhadap ketirisan 60% projek kerajaan Negeri seperti yang dilaporkan SPRM. Begitu juga isu tanah NCR seperti di Belaga yang dirampas kerajaan untuk tujuan perladangan dan dijual kepada syarikat-syarikat gergasi di Sarawak. Isu-isu kritikal ini amat dipandang serius oleh PAS dan PR.

Pembakaran biasanya dilakukan oleh pihak syarikat perladangan yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah ladang dan projek secara cepat. Menunggu bahan-bahan bio-mass itu lupus secara semulajadi mengambil masa yang panjang. Jalan pintas ialah dengan membakar sahaja. Dan masa yang paling sesuai untuk membakar ialah semasa musim kemarau ini. Sebenar cara pelupusan dengan membakar adalah cara yang kuno. Cara yang lebih maju dan ’hijau’ adalah dengan mengumpul bahan bahan-bahan biomass itu dan dikomposkan untuk dibuat baja. Baja itu pula nanti dapat digunakan untuk membaja ladang mereka. Jadi, bukan cara ini lebih mesra alam dan menjimatkan bagi pihak ladang itu sendiri?.

Mengambil jalan pintas dengan cara pembakaran sangat tidak mesra alam dan sememangnya menyalahi undang alam sekitar. Kementerian Alam Sekitar dan Tenaga Hijau perlu meniliti perkara ini dengan sungguh dan memperkuatkan penguatkuasaan undang-undang yang ada. Kita tidak mahu undang-undang itu hanya dihalakan kepada para petani atau peladang huma biasa, tetapi tidak kepada syarikat gergasi seperti Shin Yang dan SOP.Dan mana mungkin kita lupa kaitan syarikat-syarikat ini sebagai kroni BN. Sudah banyak kali tanah NCR diambil untuk kepentingan syarikat kroni dan sehingga ada rumah panjang yang dirobohkan. Hak rakyat perlu dikembalikan dan ia perlu dibuat segera.Sekiranya ketirisan dan rasuah ini berterusan; ia pasti merosakkan alam sekitar. Kerajaan BN harus bertanggungjawab dalam memastikan slogan ”Rakyat Didahulukan - Pencapaian Diutamakan” menjadi satu realiti bukan retorik .


PRESS RELEASE-Iban Version

Asap bedebu ti pemadu udu nyadi kemari enggau saharitu nimbul ke baka ni perentahti berkuasa .Tau ngadu ke asap debu baka tu enda nyadi agi jemah ila.asap debu baka tu ti selalu nyadi udah tentu mai penusah ke bala maioh di Miri ditu.Yb Lee Kim Shin bisi negor pasal debu tu tang semina ke penguntong politik ia aja ukai sepatut ti tau mai ator ti tau di- karap ke orang maioh.Setiap kali utan angus ia madah hari telalu panas serta madah ke orang bisi nunu utai ba tengah laman sida lalau api nyerarai ke babas bukai;ngambi ke banding babas angus di kuala baram tang diatu ba permajaya enggau Tudan, ia madak ke orang bisi nunu utai lalu ngejong ke apai nyerarai ke babas bukai.Sangka di baka tu mai 1001 tanya, tau ke kitai ngamat ke tau ke enda.

Parti PAS minta opis ti bekuasa bejalai ke tugas sida serta ngukum orang ti nunu babas enda tentu pasal baka tu enggau pengabis berat. Pengawa baka tu ukai mangkit pemaju aja tang nyengkaum opis berkuasa ti ngemendar ke tanah tu kena begaga ke rumah enggau ladang besai ba menoa baka ba Tudan enggau Permajaya.Sida tu patut di siasat enggau pengabis adil.

Ketuai Perentah BN mesti mega jujur leboh meri pemendar nunu babas laban pengawa baka tu tau bendar meransang makai suap ba opis penguat kuasa ti meri permit nunu ladang besai.orang maioh tentu enda mudah enda ingat pasal 60% duit kena ngaga projek perentah lesap ngapa, baka ti di temu serta repot oleh SPRM. Bakanya mega tanah adat di Belaga di rampas perentah kena nanam kelapa sawit ji dual perentah ngagai kompani besai di sarawak. Pengawa ti enda manah baka tu di kutuk kuat kuat oleh PAS enggau PR.Nunu babas ukai pengawai orang bukai tang selalu nyadi ba kompeni besai kena sida jimat belanja ngupas ladang sida enggau jampat.enti sema sida nganti tunggol kayu burok tu nganti be taun-taun baru oleh burok. Chara jampat tunu babas aja.pengawa ngaga ladang baka tu pemadu kuno (kotor).Enda sida nemu enti sema sida ngumpol samoa utai ti mati ba ladang lalau di kompos kena nupi kebun sida chara ti pemadu beresi? Utai ti di kopos tu nyadi baja kena nupi kebun tentu oleh nyimat belanja sida ngaga ladang besai.Enda sida nemu pengawa baka tu enda ngerusak menoa?Pengawa ti ngutor menoa baka tu patut di perati ke oleh menteri pemeresi rampa menoa lalu nyasat pekara bakatu serta ngukum sida ti ngelanggar adat ti udah di gaga.kitai enda setuju adat tu kena ngukum orang bumai padi enggau orang ti bekebun mit betanam ke sayor.

Selalu mega utai tu nyadi ba kompeni kroni BN. Maioh udah nyadi tanah adat di rampas lalu diberi ngagai kompeni kroni sampai ke rumah panjai abis di ruboh ke. Harta serta Penguntong orang maioh mesti di pulai ke.Perentah BN mesti ngamat ke jako “orang maioh mesti dulu”,ukai semina jako sampi aja tau ke pantun manah di dinga aja. Tentu ke makai suap enggau pengelenyau duit projek perentah di jaga enggau mahah anang sampai nngerusak pemeresi menoa.

’PAS FOR ALL’
www.pas-miri.blogspot.com