Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Selaras itu;PAS Miri mengucapkan syabas dan tahniah pada kesemua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2009 terutama kepada adik Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak yang merupakan pelajar terbaik SPM kebangsaan.Seramai 78.15 peratus atau 364,046 daripada 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berjaya mendapat sijil.Daripada jumlah itu, seramai 199,155 calon lulus semua mata pelajaran dan seramai 214 calon memperoleh gred tertinggi atau A dalam semua mata pelajaran.Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 3009 pula, seramai 3,138 daripada 6,920 calon lulus dalam sijil itu.

Pun begitu PAS mahu Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan membuat kajian segera tuntas tindakan yang lebih tersusun dan efektif dalam mengurangkan jurang prestasi antara Sekolah Bandar dan diluar bandar. Keputusan SPM 2009 sekali lagi menunjukkan prestasi sekolah luar bandar tidak mencapai sasaran yang dijangkakan.

Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"