Program selama dua hari Dewan Pemuda PAS (DPP)Miri bersama Pimpinan Ulama Terengganu Ustaz Hisham membawa banyak makna dan peringatan kepada Pemuda PAS Miri dalam menggiatkan usaha dakwah Islamiyyah di Miri ini.

Program yang diisi dengan kuliah haraki bermula malam Rabu sehingga petang Jumaat meninggalkan kesan mendalam ,ditambah menjadi perangsang kepada DPP Miri dalam bersiap siaga menghadapi cabaran besar Pilihanraya DUN Sarawak kelak. Asas utama yang diterapkan oleh Ustaz adalah untuk menggunakan saluran siasah ini dalam menyebarluaskan keindahan Agama Islam dikalangan Masyarakat di Sarawak ini. Antara yang diterapkan adalah untuk menggiatkan usaha mencari lebih ramai tenaga kerja tempatan dalam memastikan kesinambungan dakwah di sini. Mengambi intipati ayat 95 Surah AnNisa ;akan peripentingnya untuk setiap ahli bersungguh menjadi pejuang Islam;bukan sekadar duduk diam dalam memastikan tertegaknya Hukum ALLAH dimuka bumi ini.
--------------------------------------------------------------------------------


لاَّ يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُوْلِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُـلاًّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْراً عَظِيماً
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang karena uzur) dengan kelebihan satu derajat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada uzur) dengan pahala yang amat besar."
(QS An-Nisa 95)

Sesi ini juga turut disertai dengan program bersama Setiausaha Pehubungan PAS Negeri Sarawak Saudara Saidin yang memberi motivasi dan perancangan yang lebih jelas dalam menggerakkan jentera Pilihanraya yang akan datang.Komitmen yang jitu ditegaskan oleh saudara Saidin akan diberikan oleh PAS Pusat dan Negeri dalam membantu gerakerja di Miri ini agar dapat sama sama memastikan PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kesemua kerusi di Miri nanti.

Sementara itu YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri semasa menutup program Sesi bersama Pimpinan PAS Negeri dan Pusat ini mengingatkan jentera Pemuda PAS akan wadah perjuangan PAS iaitu Politik yang berteraskan Politik Li Ta'arafu - politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.Tuan Haji ; menegaskan PAS akan terus komited dalam menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan Negeri bersama setiap rakan Pakatan Rakyat.