Jentera pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak sudah bersedia- siaga untuk berkampung dan membantu memastikan calon dari PR memenangi pilihanraya kecil parlimen Sibu yang Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof , penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei2010.

"Kami sudah bersedia dan boleh dikerah pada bila-bila masa sahaja"kata Ketua Pemuda Pas Abang Eddy Allyanni beliau juga mengulas akan perancangan strategi yang akan di gunakan bagi menambah pengundi melayu mengundi PR khusus di kawasan Dun Nangka dan Dun Pelawan.Jentera Pemuda PAS Sarawak telah mengatur beberapa program sepanjang sebelum pilihanraya di adakan dan beliau amat yakin jentera BN akan menghadapi satu piliharaya yang sengit sepanjang sejarah penglibatan mereka di dalam politik di Sarawak.Tambahnya lagi "Kita akan buktikan bahawa kuasa rakyat adalah penentu kepada sesuatu pemerintahan.bila tiba masanya rakyat sudah jemu dengan kezaliman dan penindasan maka kebangkitan Rakyat untuk menuntut perubahan tidak akan dapat disekat lagi"dalam ucapan mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak(DPPNS)

InsyaALLAH pada minggu ini DPPNS bersama rakan Pakatan Rakyat yang lain akan berkampung di SIbu menjelang pengumuman calon PR dari DAP yang dijadualkan akan diumum oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.