Najib minta PAS keluar Pakatan
Apr 30, 11 4:18pm - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam."Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat Kuala Terengganu.Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno."Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti PKR".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR."Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim)."Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini."Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. --Bernama


Kenyatan Akhbar PAS Miri, Sarawak
PAS Sarawak ingin merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


Kenyataan PM Najib seperti seorang yang tidak sedar diri dengan mengatakan "DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam." Memang DAP tidak pernah memperjuangkan Islam sebab DAP bukan parti Islam, PAS nak tanya balik dengan Najib adakah MCA dan MIC juga pernah berjuang untuk Islam? Sebelum menyeru PAS tinggalkan Pakatan lebih baik lihat sendiri dalam Umno/BN apakah mereka benar-benar berjuang Islam? PAS Sarawak menyeru pula agar Umno tinggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai PAS supaya kita bersama-sama berjuang untuk agama Islam, Bangsa dan Negara. PAS Sarawak minta Umno dan sekutunya PBB supaya tinggalkan BN marilah kita bersama Pakatan untuk menuju sebuah negara yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman ideologi politik.
PAS bukanlah alat kepada DAP seperti yang didakwa oleh Umno/BN tapi PAS berjuang bersama DAP dan PKR dalam Pakatan adalah untuk kebajikan semua rakyat. Insya-Allah PAS boleh buktikan dalam PR13 nanti sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan bandar dimana DAP dan PKR akan bersama-sama membantu PAS menang dalam kawasan bandar. Ini tanda menujukkan bahawa Pakatan lebih sesuai daripada BN kerana Pakatan berjuang untuk menegak keadilan dan kebajikan untuk semua. PAS untuk semua.

English version
PAS Miri, Sarawak Press statement


PAS Sarawak want to refer to a statement by Prime Minister Najib Razak urged PAS to leave the Pakatan Rakyat coalition as only DAP is reaping benefits from three-member opposition coalition.PM Najib's statement as insensible person by saying "DAP is apparently never even fight for Islam." Indeed, DAP has not been fighting for Muslims because DAP is not Islamic party, PAS want to ask back to Najib is MCA and MIC also fighting for Islam? Before calling for PAS to leave PR it is better for Umno / BN to look at themselves if they are really fighting for Islam? PAS Sarawak also called for Umno to leave Barisan Nasional (BN) and join PAS to fight for Islam as a Muslim and for the Nation. PAS Sarawak urged Umno and PBB to leave BN alliance to let us go into a welfare state for all people regardless of race, religion, political ideology or faith. PAS is not a tool of DAP as claimed by UMNO / BN, but PAS struggled with the DAP and PKR in the Alliance is for the welfare of all citizens. God willing, may proven in the coming PR13 if PAS given the chance to compete in the town areas where the DAP and PKR will work together to assist the PAS to win in the urban areas. This will shows that the based of Pakatan Alliance is better than BN which Pakatan fight for justice and the welfare for all. PAS for all.

PAS Miri