Dewan Pemuda PAS Miri sekali lagi menganjurkan program BBQ Pemuda PAS Miri Bersama Rakyat di perkarangan perumahan rakyat di DUN Senadin. Hampir 100 penduduk setempat hadir memeriahkan majlis yang dimulai ucapan Naib ketua Pemuda Kawasan,Alfadhil Ustaz Al Bhuti disusuli dengan tazkirah oleh Ketua Pemuda PAS Selangor yang hadir dalam kerangka lawatan di Miri. dalam ucapan ringkasnya,Alfadhil Ustaz menegaskan permulanya siri "engagement" dengan masyarakat setempat khasnya muda-mudi dalam mendekatkan mereka pada dakwah dan keadilan ISLAM dalam mengembalikan hak rakyat yang sebenarnya.

Pemuda PAS,pesannya mesti yakin dan optimis dengan perjuangan Islam yang didokongi oleh PAS dan ia mesti dikemukakan kepada semua pihak termasuk bukan Islam ‘non muslim’ secara jujur dan berani.Islam adalah satu untuk semua dan tidak ada yang berlain pakej antara satu sama lain.Namun, PAS perlu realistik dalam merealisasikan gagasan Malaysia Baru mengikut kerangka kepelbagaian kaum di negara ini.Sesungguhnya, tidak ada Islam yang berlainan pakej untuk dikemukakan kepada rakan-rakan kita (rakyat) dari kalangan ‘non muslim’. Islam mesti disampaikan berasaskan hikmah dan dalam penyampaian risalah Islam kepada masyarakat golongan non-muslim, mereka bukanlah musuh tetapi mad’u (sasaran).Oleh itu, usahlah PAS bermusuh dengan mereka (non-muslim) kerana mereka adalah madu’u (sasaran) kita (PAS) malah rapatkan jurang prejudis ‘non muslim’ terhadap PAS

Tambahnya lagi; medium penerangan parti mesti diperkasakan serta dipelbagaikan.
Gerakan ziarah mesti di aktifkan, berdakwah, pentas dialog peradaban dan program silang budaya dalam masyarakat meti diadakan.Apa yang penting, semua pendekatan tersebut perlu mematuhi prinsip, akhlak dan disiplin ‘Tahaaluf Siyasi’ ISLAM.