Nasib Penduduk Kampung Usaha Jaya
Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Sibuti pada 7hb Jan 2011 dalam Utusan Borneo mengenai peruntukan projek jalan di Kampung Usaha Jaya,Tukau, kita dapati jalan serta kemudahan asas bagi penduduk kampungtersebut masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan kampung yang berada diluar jalan masuk di kampung tersebut.
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku sebab kalau kampung diluar jalan masuk kampung tersebut dapat kemudahan bakalan api letrik dan bakalan air bersih mengapa pula kampung di belakang kampung tersebut jauh ketinggalan.Adakah penduduk di pedalaman dipinggirkan dari arus pembangunan? Dimana janji kerajaan BN untuk menyediakan kemudahan infrastrutur dipedalaman? Menurut kata YB Ahmad Lai "Dibawah NKRA, kerajaan janjikan perkhidmatan terbaik". Sekali lagi kita dengar janji-janji pemimpin BN untuk rakyat di pedalaman. Penduduk kampung sudah jemu dan muak dengan janji-janji pemimpin BN apabila musim pilihanraya janji-janji yang sama akan diberi kepada penduduk kampung. Bukan penduduk kampung tidak bersabar untuk mendapatkan keperluan asas tersebut tapi masalahnya sampai bila? 10 atau 20 tahun lagi nak tunggu? Sudah berbelas-belas tahun bahkan ada yang sampai berpuluh-puluh tahun penduduk kampung menagih janji-janji pemimpin BN untuk memberi kemudahan asas kepada penduduk kampung tapi janji tinggal janji.Sampai ada yang sudah meninggal dunia tapi janji-janji pemimpin BN terhadap penduduk kampung masih belum ditunaikan.
Kita berharap pihak yang berwajib dan mereka yang telah diamanahkan perlu menunaikan janji-janji mereka dengan segera tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.Kita bagi pihak penduduk kampung sangat perihatin dengan masalah mereka yang seolah-olah mereka terus dipinggirkan dari arus pembangunan. Kita menyeru agar pihak yang berkenaan terus melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing.
Kerajaan BN mempunyai peruntukan untuk membantu rakyat sedangkanPakatan Rakyat tiada peruntukan tetapi tetap berusaha untuk membantu rakyat marhaen.PAS dan Pakatan Rakyat sedia membela rakyat yang tertindas dan dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan yang menyalahgunakan kuasa. Kita menolong tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik masing-masing. PAS untuk semua.
0 Comments Received
Post a Comment